Sekali lagi, dunia politik Malaysia terkejut dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mahu mengadakan perdebatan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. Tujuan debat ini adalah untuk menyelesaikan segala permasalahan dan kekalutan antara PAS-UMNO dan ia bukan diselesaikan melalui media...itulah diantara intipati yang disuarakan oleh seorang yang bergelar Tuan Guru dan Ulama PAS.
Apabila mendengar ungkapan menyelesaikan segala kekalutan adakah dengan berdebat???... bukankah lebih elok diadakah perbincangan @ mesyuarat kerana dewakampung merasakan Tuan Guru lebih sedia maklum Islam sendiri menggalakkan umatnya berbincang. Jika kita kaji tercetusnya idea perdebatan ini adalah Respond apabila laporan Polis dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan tetapi sebelum ini beberapa pemimpin UMNO mengajak mengadakan perbincangan mengapa Nik Aziz menolak malahan melahirkan kemarahan kepada Presiden & Timbalan Presiden PAS yang mewar-warkan Kerajaan Perpaduan sehingga meminta Tuan Timbalan Presiden PAS meletak jawatan dan dengan lantang menyuruh Tuan Timbala Presiden PAS memasuki UMNO, disini jelas menunjukkan Nik Aziz lebih berminat bermain politik dari memikirkan perpaduan Melayu.
Satu lagi persoalan adakah Islam menggalakkan debat??. setahu saya Islam lebih menggalakkan umatnya mengajurkan MUZAKARAH kerana itulah cara Islam. Kalau dilihat dengan lebih mendalam kaedah debat untuk menyelesaikan masalah adalah cara PKR & DAP atau lebih tepat lagi cara kegemaran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.?? Jadi adakah Nik Aziz bertuankan Lim Kit Siang??? atau bertuankan Anwar Ibrahim??? maka dimanakah jati diri serta pegangan Tuan Guru Nik Aziz dan Parti PAS?....kesimpulannya PAS adalah Parti Politik dan Nik Aziz adalah Politikus, kerana jika Ulama lebih galakkan mengadakan perbincangan secara rasional.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah menyatakan PAS dan UMNO patut berbincang dan dewakampung merasakan itu cara pemikiran seorang yang mempunyai ketinggian ilmu terutama dalam agama Islam rujuk disini. Dewakampung menyeru kepada semua pengikut PAS sila tanya dalam diri masing-masing adakah PAS ini benar-benar berlandaskan prinsip Islam dalam perjuangan....renung-renungkan dan selamat beramal....demi Bangsa Melayu Beragama Islam
HIDUP ISLAM
HIDUP MELAYU
2 comments:
Assalamulaikum Tuan,
Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.
Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkah cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers? Mungkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.
Sekian, buah fikiran saya.
Wslm..
satu pandangan dan cadangan yang baik insyaallah kita akan usulkan dikalangan penulis blog
Post a Comment