Sunday, 21 June 2009

Ulama Lebih Rela Berbaik Dengan DAP dari pertahankan Bangsa Melayu Beragama Islam?


Hari ini adalah menjadi saksi bagaimana seorang bergelar ulama telah melafazkan kerjasama dengan DAP & PKR adalah lebih baik daripada menjalinkan Kerajaan Perpaduan antara PAS-UMNO. Ketegasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) telah jelas menghampakan ramai Bangsa Melayu Beragama Islam wal hal pembentukkan Kerajaan Perpaduan ini demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara lihat disini.

Dewakampung juga agak hairan dengan kenyataan Nik Aziz dengan mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara PAS - UMNO dan menyifatkan Kerajaan Pakatan Pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan.

Jelas menunjukkan Nik Aziz amat menentang keras pembentukan Kerajaan Perpaduan, persoalan disini mengapakah seorang bergelar ulama tidak boleh berfikir secara rasional tanpa mengikut emosi dan apa yang jelas Nik Aziz seorang yang tidak mengenang budi?. Selama ini peruntukkan yang diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membantu mentadbir Kelantan tidak pernah diucapkan dan itu pun tidak pernah diminta oleh Barisan Nasional, jadi mengapakah untuk berbincang berkenaan kepentingan Bangsa Melayu Beragama Islam tidak memdapat perhatian yang wajar dari seorang bergelar ulama.

Hati kecil dewakampung mula terlintas adakah Nik Aziz tidak mahu menjaga Bangsa Melayu Beragama Islam hingga sanggup menentang sesuatu yang baik untuk Bangsa Melayu Beragama Islam @ Nik Aziz lebih bersetuju Malaysia akan jadi seperti Singapura? .

Nada dan gerak tari Nik Aziz seiringan dengan nada dan gerak tari DAP serta PKR sekiranya dianalisis Nik Aziz seolah-olah mahu membawa PAS kepada prinsip DAP yang secara terang lagi jelas menentang pembentukkan negara Islam. Satu lagi persoalan yang boleh ditimbulkan mengapakah Nik Aziz bersungguh-sungguh mempertahankan Kerajaan Perpaduan sedangkan apabila dilihat DAP & PKR tidak menyuarakan perkara berkaitan Kerajaan Perpaduan, malahan adalah amat bodoh apabila PAS cuba meletakkan syarat agar perbincangan Kerajaan Perpaduan mesti melibatkan DAP & PKR.

Tindakan dan kenyataan Nik Aziz amat angkuh dan bongkak apabila sanggup menolak cadangan seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan pemimpin negara, sedangkan dalam Islam "Ulama dan Umara" harus saling berkerjasama maka satu lagi persoalan boleh ditimbulkan adakah Nik Aziz ini benar-benar ulama?.

Adalah amat memalukan apabila seorang bukan Berbangsa Melayu bernama Hu Pang Chaw (Pengerusi Kebangsaan Kelab Penyokong Pas), berkata dengan lantang ahli kelab tersebut tidak menerima cadangan kerajaan perpaduan dan tetap dengan pendirian untuk bersama serta menyokong pakatan pembangkang.

Adakah Nik Aziz, pemimpin tertinggi & penyokong PAS masih tidak nampak atau sahaja buat tidak faham???..mohon fikirkan demi Bangsa Melayu Beragama Islam

4 comments:

Anonymous said...

Teman sungguh sedih melihat keadaan di tanahair. Bangsa sendiri dperbodoh bodohkan oleh mereka yg bergelar Ulama. YG menyedihkan lagi ada orang2 Melayu kita yg senang je termakan apa saja dakyah2 yg dbawa oleh mereka2 ni. Gunakanlah otak berjambul teman2, pikiq lah. Mereka ni Ulama sohih ke atau Ular Mak atau Foolamak? Ulama sohih ada pendirian, Ulama sohih tak berdendam, Ulama sohih tak berhati busok, Ulama sohih tak suka berkata kata yg jijik, mencarut, Ulama sohih tak bersikap samseng, Ulama sohih tak jadi barua kepada Parti Zionist, Parti Anti Melayu dan Parti Anti Islam. Nik Ajis ni Ulama ke? Parti PAS yg dbawa oleh Mur Shit! Dol Ham PAS Kelapa ni mahu perpaduan dengan Parti Anti Melayu dan Perpaduan Anti Islam, ni halal buat PAS, Tapi bkerjasama dan perpaduan dgn orang yg serumpun, sebangsa dan Seagama, ini haram buat PAS. Ishh ishhh ishhh jahil punya Melayu. Marialh bangsa ku, buka mata dan buka hati, Syurga dan Neraka bukan milik Mur Shit Dol Ham PAS, Haram dan Halal bukan milik Parti PAS, semua ini milik dan Hak Allah. Apa yg akan teman2, dan keluarga akan tuju, neraka jahanam atau Keredhaan Allah. Sudah terang lagi bersuloh yg dapat keredhaan Allah adalah perpaduan bangsa Melayu dan Islam. Jangan lah rela bersama Mur Shit Dol Ham PAS yg sudah terang lagi bersuloh ke neraka jahanam.
Jangan biarkan Durjana dan Dajjal bermaharajalela di bumi dan Tanahair kita. Janganlah sanggup menggadai Ugama dan maruah bangsa sewenang wenangnya hanya untuk nafsu serakah dan tomolok sendiri. Jangan biarkan anak bangsa jadi pengemis dibumi sendiri. Jikan kamu bertanggungjawab memecahkan bangsa kamu, semoga dilaknat dunia dan akhirat!!!

shonzu said...

Patutnya N.Ajis ni letak je jawatan yang disandang tu kalau tidak setuju dengan idea dari Presiden PAS sendiri.Orang no. 2 pun bersetuju...

Tapi yang pelik dengan N.Ajis ni seperti mahu jadi diktator menentang idea tu. Orang yang menyokong N.Ajis ni hanyalah sedikit berbanding majoriti yang menyokongnya idea tersebut (saya rasa la). Jika benar hampir semua ahli PAS tidak setuju dengan idea ini, buat la satu pungutan suara. Jika banyak yang menyokong dari menentang teruskan dengan perbincangan. Jika tidak, full stop....

Kenapa di Perak, PAS beria2 mahukan pilihanraya untuk melihat sokongan rakyat? Tetapi perkara yang ditimbulkan oleh Presiden sendiri tak mahu pungutan suara ahli2 PAS? Apakah ini sikap double standard yang N.Ajis selalu amalkan dalam parti? Jika begitu, N.Ajis letak saja jawatan sebagai Mursyidul Am Pas tu.

Keluar dari parti dan tubuh parti baru, lantik diri sendiri sebagai Presiden atau penasihat parti yang beru tu. Jangan suka melihat umat Islam dan Melayu di negara Malaysia ini hidup bercakaran.

FFCrew said...

seharusnya, seorang ulama' harus berfikiran lebih matang. Lebih berfikiran kehadapan. Adakah beliau tidak tahu, bahawa Partinya selalu disindirkan oleh parti DAP yang kononnya sahabat mereka. Huh, Bukannya PAS berada Bersama DAP, tetapi PAS berada di bawah DAP.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Deme mmg mcm ni.Deme pentingkan poket dan perut mereka saja.Rakyat marhein tu lantaklah.Ini perangai ularmak2 sekarang.Lagipun DAP/PAP ade janji nak bawa masuk pelabur dari singapore kpd si nik ajih tu.Semua pasal duit duit duit ler.