Wednesday 24 June 2009

PAS merakamkan Kesyukuran menolak Kerajaan Perpaduan


Dalam HarakahDaily.net, Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) telah merakamkan kesyukuran dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22hb Jun 2009 menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan sambil yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat dan isu berkenaan Kerajaan Perpaduan tidak diperkatakan lagi.

Sekali lagi Ustaz Idris Ahmad dengan angkuh menyatakan pimpinan Pakatan Pembangkang sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13. Kenyataan Ustaz Idris Ahmad menyatakan PAS tidak pernah melanggar perjanjian serta menuduh UMNO tidak mempunyai "Roh Ukhwah Islamiah" seperti DAP dan PKR. Persoalan disini adakah DAP & kafir dalam PKR memahami maksud "Roh Ukhwah Islamiah" seperti dikatakan oleh Ustaz Idris Ahmad?

Sekali lagi Ustaz Idris Ahmad ciptaan PAS ini telah mengeluarkan fitnah dengan menuduh pihak media telah mencorak pemikiran dan suasana politik sedangkan semasa Muktamar PAS Ke- 55 di Shah Alam, Selangor, Presiden PAS sendiri berucap berkenaan Kerajaan Perpaduan. Dewakampung merasakan mungkin Ustaz Idris Ahmad terlupa sebab terlalu sibuk menerangkan kebaikan DAP serta kejayaan PAS memberi hak milik tanah selama 999 tahun di Perak, ye la itu adalah tanggungjawab Ketua Penerangan PAS.

Ustaz Idris Ahmad menyebut tentang konsep setiakawan tetapi lupakah Ketua Penerangan PAS yang bergelar Ustaz ini Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah, ayat 80 yang bermaksud:

"Kamu melihat kebanyakan mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan"

Jika pemimpin PAS masih tidak faham, ingatan dan pesanan dari Allah SWT, mungkin ada yang tidak betul dalam hati dan diseru kepada Ustaz Idris Ahmad terangkan Firman Allah SWT ini kepada seluruh pemimpin dan pengikut PAS yang menentang pembentukkan Kerajaan Perpaduan di kalangan saudara se-Islam kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang beliau perlu laksanakan sebagai Ketua Penerangan PAS dan Ingatlah amanah itu akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Jika inilah sikap yang ditunjukkan oleh PAS serta tiada keikhlasan dalam memperjuangkan Bangsa Melayu Beragama Islam maka sampai bila-bila pun PAS-UMNO tidak akan bersatu, persoalan disini adakah PAS benar-benar mengamalkan seperti apa yang Allah SWT Firman di dalam Surah Al-Imram, ayat 103 bermaksud:-

"Dan berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Dewakampung merasakan PAS mengetahui setiap inci butiran yang mempersendakan Agama Islam oleh Anwar Ibrahim (contohnya bersetuju penggunaan perkataan Allah SWT untuk orang bukan Islam semasa berkempen pilihanraya kecil di DUN Batang Ai) dan Karpal (pernah menyatakan langkah mayat saya dahulu, jika mahu menubuhkan negara Islam), persoalan disini mengapakah PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Pembangkang adakah ini dikatakan konsep setiakawan seperti dinyatakan oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) dan ingatlah Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mai'dah, ayat 57 bermaksud:-

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan"


Adakah pemimpin PAS masih terlupa dengan ayat ini...dewakampung semakin keliru dan hairan dengan PAS!!!!!

4 comments:

pedang srikandi said...

bukan sahaja dewakampung saja yang hairan..ana lagi pening dengan sikap pemimpin PAS ni..

Anonymous said...

entah2 pemimpin PAS dah kena santau..ayah dan abang saya secara rasminya keluar dari PAS semalam setelah NIK aziz menolk kerajaan perpaduan.ayah dah lama dengan PAS tapi terpaksa keluar kerana sikap mereka

sulhairil hafiz hj sulaiman said...

Kita berjuang dan bercakap atas dasar Melayu & Islam tetapi jika PAS sendiri yang selama ini perjuangkan Islam tetapi tidak sanggup membelakangkan saudara se-islam adakah itu perjuangan islam...mari sama-sama kita fikirkan

Anonymous said...

SALAM ZIARAH BRO..BEST2!!..ARTIKEL PAWER!. PAS GUNA AGAMA NAK TARIK PENGUNDI..CINA UNDI PAS SBB MERASAKAN AGAMA ISLAM MUDAH DIPERKOTAKKATIKAN..DUA2 WEL-WEL!

http://jeffrydamien09.blogspot.com