Saturday 11 July 2009

Keadilan Agihan Pendidikan di Selangor??

ADAKAH INI SEORANG MENTERI BESAR YANG FAHAM KONSEP PEMBAHAGIAN........

Selaku Menteri Besar Selangor yang mengamalkan prinsip Keadilan, Khalid Ibrahim dengan bijak dan pandai telah membuat satu pembahagian dan bantuan tidak seimbang di antara Sekolah Agama, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil dimana pada 27hb Jun 2009 YAB Khalid Ibrahim telah menyerahkan cek berjumlah RM 2 juta kepada 4 buah Sekolah Menengah Cina (Persendirian) iaitu tiga daripadanya terletak di Klang, Selangor.

Khalid Ibrahim juga telah memberi RM 4 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, apa yang ingin dewakampung nyatakan pembahagian yang dibuat oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor adalah amat tidak adil kerana jika kita melihat bilangan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat & KAFA adalah lebih besar dan murid lebih ramai daripada bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil.

Disini dewakampung melampirkan bilangan dan peratusan sekolah di Selangor.

JENIS SEKOLAH

SAR/SRA/KAFA

SRJK (C)

SRJK (T)

BILANGAN SEKOLAH/ PERATUSAN (%)

498 (70.8%)

108 (15.4%)

97 (13.8%)

BILANGAN PELAJAR /

PERATUSAN (%)

212,000 (59%)

115,000 (32%)

35,000 (9%)


Jika kita melihat dari peratusan diatas dewakampung berpendapat setiap sumbangan atau bantuan pelajaran harus mengikut bilangan murid barulah ia dikatakan adil & saksama, Maka sumbangan RM 12 juta tidak seharusnya dibahagi secara purata iaitu RM 4 juta setiap kaum, Persoalan disini dimana letaknya prinsip keadilan dan negara berkebajikan yang diperjuangakan oleh Pakatan Rakyat semasa kempen pilihanraya yang lepas....janji hanya tinggal janji?

Satu lagi persoalan disini apakah yang dibuat oleh Parti PAS dalam kerajaan negeri Selangor, adakah pimpinan Parti PAS tidak nampak atau buat tidak tahu berkenaan perkara ini?, sedar perkara ini amat merugikan Bangsa Melayu Beragama Islam dan dewakampung percaya jika dasar ini terus dilaksanakan hasrat menyatupadukan rakyat Malaysia tidak akan tercapai.

Dewakampung amat yakin dan percaya peruntukkan berkaitan pendidikan harus dibahagi mengikut keperluan dan komposisi sesuatu kaum, maka di situ akan lahir prinsip keadilan dan kepada Khalid Ibrahim selaku Menetri Besar Selangor dewakampung berharap agar melihat kembali dasar yang dilaksanakan adakah ia menguntungkan seluruh rakyat SELANGOR dan bukannya hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

Dewakampung sayang negeri Selangor

5 comments:

FFCrew Team said...

Inilah dikatakan Keadilan yang sebenarnya mempejuangkan ssatu kaum yang lain.

Menyedihkan bangsa Melayu memperjuangan bangsa Lain.

Anonymous said...

Org cina tau diaorang menguasai ekonomi kawasan bandaar di selangor. Ini kad utama mereka. Khalid pon tau tapi terpaksa ikut demi poket.

Anonymous said...

'Romeo, romeo, wherefore art thou Romeo?' tapi yg berkata bukan karekter romantik shaakespeare tu, tapi si romantis pincang yg skrg jadi MB selangor. adoi!

Anonymous said...

SLM BRO..PERGHH SIAP DATA,ARTIKEL CANTEKKKKK!!!..MMG KENE TET KAT BTG HIDUNG SI KHALID GAGAP HEHEHEHE..BIAR SAMPAI TEKENCING TERBERAK ORG TUA TU BROO!! KEHKEHKEH

Ekeng A/L Etong said...

Apa boleh buat, demi kepentingan politik yang terpaksa bergantung pada kekuatan orang lain, PAS rela menyerah apa segala dan menerima apa sahaja.