Monday 29 June 2009

Pada Nik Aziz Debat Lebih Baik Dari MUZAKARAH


Sekali lagi, dunia politik Malaysia terkejut dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mahu mengadakan perdebatan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. Tujuan debat ini adalah untuk menyelesaikan segala permasalahan dan kekalutan antara PAS-UMNO dan ia bukan diselesaikan melalui media...itulah diantara intipati yang disuarakan oleh seorang yang bergelar Tuan Guru dan Ulama PAS.

Apabila mendengar ungkapan menyelesaikan segala kekalutan adakah dengan berdebat???... bukankah lebih elok diadakah perbincangan @ mesyuarat kerana dewakampung merasakan Tuan Guru lebih sedia maklum Islam sendiri menggalakkan umatnya berbincang. Jika kita kaji tercetusnya idea perdebatan ini adalah Respond apabila laporan Polis dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan tetapi sebelum ini beberapa pemimpin UMNO mengajak mengadakan perbincangan mengapa Nik Aziz menolak malahan melahirkan kemarahan kepada Presiden & Timbalan Presiden PAS yang mewar-warkan Kerajaan Perpaduan sehingga meminta Tuan Timbalan Presiden PAS meletak jawatan dan dengan lantang menyuruh Tuan Timbala Presiden PAS memasuki UMNO, disini jelas menunjukkan Nik Aziz lebih berminat bermain politik dari memikirkan perpaduan Melayu.

Satu lagi persoalan adakah Islam menggalakkan debat??. setahu saya Islam lebih menggalakkan umatnya mengajurkan MUZAKARAH kerana itulah cara Islam. Kalau dilihat dengan lebih mendalam kaedah debat untuk menyelesaikan masalah adalah cara PKR & DAP atau lebih tepat lagi cara kegemaran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.?? Jadi adakah Nik Aziz bertuankan Lim Kit Siang??? atau bertuankan Anwar Ibrahim??? maka dimanakah jati diri serta pegangan Tuan Guru Nik Aziz dan Parti PAS?....kesimpulannya PAS adalah Parti Politik dan Nik Aziz adalah Politikus, kerana jika Ulama lebih galakkan mengadakan perbincangan secara rasional.

Keenakkan Makan Berlatar Belakang Logo DAP kesayangan Tuan Guru

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah menyatakan PAS dan UMNO patut berbincang dan dewakampung merasakan itu cara pemikiran seorang yang mempunyai ketinggian ilmu terutama dalam agama Islam rujuk disini. Dewakampung menyeru kepada semua pengikut PAS sila tanya dalam diri masing-masing adakah PAS ini benar-benar berlandaskan prinsip Islam dalam perjuangan....renung-renungkan dan selamat beramal....demi Bangsa Melayu Beragama Islam

HIDUP ISLAM
HIDUP MELAYU

Sunday 28 June 2009

Sokong Saiful


Diseru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menyokong Saiful agar kebenaran dapat di BUKTIKAN

HIDUP SAIFUL, TAKBIR ALLAH MAHA BESAR

Friday 26 June 2009

Kiasan cara Ulama PAS

Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS menyatakan kenyataan beliau semasa berucap di Manek Urai pada 21hb Jun 2009 adalah satu kiasan iaitu menyamakan UMNO sama dengan komunis dan ajaran sesat "Ayah PIN" rujuk disini. Peristiwa ini merupakan bukti nyata sikap Ulama PAS yang tidak mempunyai budi bicara dan percakapan yang sopan, maka tidak hairanlah apabila penyokong PAS pun bersikap biadap terhadap Sultan Perak dan pemimpin negara. Dewakampung melihat Nik Aziz telah mencetuskan konflik di kalangan orang Melayu terutama di Kelantan kerana perlu ditegaskan disini bukan semua rakyat Kelantan menyokong PAS.

Kemungkinan besar Nik Aziz telah nyanyuk dan bercakap berlandaskan emosi, mungkin juga Nik Aziz masih marah berkaitan pembentukkan Kerajaan Perpaduan. Agak keterlaluan apabila Dewakampung menyatakan Nik Aziz nyanyuk tetapi suka cita diingatkan Nik Aziz pernah bertanding dibawah tiket Barisan Nasional (BN) tahun 1967 dan 1974 bertanding di Bachok juga atas tiket BN. Kenapa pada masa itu tidak menyatakan UMNO berjuangan sama seperti ajaran sesat??, sebab Nik Aziz tidak menyatakan demikian kerana PAS bersama BN.....kesimpulan paling mudah Nik Aziz adalah politikus yang hanya menyokong kepada pihak yang memberi keuntungan kepada beliau sahaja walaupun parti yang PAS anggap seperti saudara iaitu DAP jelas menentang pembetukkan negara Islam.

suasana semasa pembubaran DUN Perak

Kenyataan yang Nik Aziz ini telah menjatuhkan imej beliau sebagai Tuan Guru @ Ulama kerana seorang Tuan Guru @ Ulama tidak akan memburukkan orang lain, apakah lagi menuduh secara membuta-tuli. Dewakampung mencadangkan agar gelaran Ulama dan Tuan Guru itu jangan digunakan kerana merosakkan imej Islam. Perubahan Nik Aziz terhadap Parti Se-Bangsa dan Se-Islam (UMNO) amat drastik kemungkinan fikiran Nik Aziz ini telah diprogramkan oleh PKR dan DAP.

Dewakampung merasakan Nik Aziz telah melakukan dosa kerana menuduh tanpa bukti dan hukumnya adalah HARAM....dipohon juga kepada Ketua Penerangan PAS tolong cerita sedikit perkara yang boleh atau tidak dalam Islam kepada Tuan Guru anda.

dewakampung berpesan tolong jangan menghancurkan perpaduan Melayu.

Wednesday 24 June 2009

PAS merakamkan Kesyukuran menolak Kerajaan Perpaduan


Dalam HarakahDaily.net, Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) telah merakamkan kesyukuran dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22hb Jun 2009 menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan sambil yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat dan isu berkenaan Kerajaan Perpaduan tidak diperkatakan lagi.

Sekali lagi Ustaz Idris Ahmad dengan angkuh menyatakan pimpinan Pakatan Pembangkang sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13. Kenyataan Ustaz Idris Ahmad menyatakan PAS tidak pernah melanggar perjanjian serta menuduh UMNO tidak mempunyai "Roh Ukhwah Islamiah" seperti DAP dan PKR. Persoalan disini adakah DAP & kafir dalam PKR memahami maksud "Roh Ukhwah Islamiah" seperti dikatakan oleh Ustaz Idris Ahmad?

Sekali lagi Ustaz Idris Ahmad ciptaan PAS ini telah mengeluarkan fitnah dengan menuduh pihak media telah mencorak pemikiran dan suasana politik sedangkan semasa Muktamar PAS Ke- 55 di Shah Alam, Selangor, Presiden PAS sendiri berucap berkenaan Kerajaan Perpaduan. Dewakampung merasakan mungkin Ustaz Idris Ahmad terlupa sebab terlalu sibuk menerangkan kebaikan DAP serta kejayaan PAS memberi hak milik tanah selama 999 tahun di Perak, ye la itu adalah tanggungjawab Ketua Penerangan PAS.

Ustaz Idris Ahmad menyebut tentang konsep setiakawan tetapi lupakah Ketua Penerangan PAS yang bergelar Ustaz ini Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah, ayat 80 yang bermaksud:

"Kamu melihat kebanyakan mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan"

Jika pemimpin PAS masih tidak faham, ingatan dan pesanan dari Allah SWT, mungkin ada yang tidak betul dalam hati dan diseru kepada Ustaz Idris Ahmad terangkan Firman Allah SWT ini kepada seluruh pemimpin dan pengikut PAS yang menentang pembentukkan Kerajaan Perpaduan di kalangan saudara se-Islam kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang beliau perlu laksanakan sebagai Ketua Penerangan PAS dan Ingatlah amanah itu akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Jika inilah sikap yang ditunjukkan oleh PAS serta tiada keikhlasan dalam memperjuangkan Bangsa Melayu Beragama Islam maka sampai bila-bila pun PAS-UMNO tidak akan bersatu, persoalan disini adakah PAS benar-benar mengamalkan seperti apa yang Allah SWT Firman di dalam Surah Al-Imram, ayat 103 bermaksud:-

"Dan berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Dewakampung merasakan PAS mengetahui setiap inci butiran yang mempersendakan Agama Islam oleh Anwar Ibrahim (contohnya bersetuju penggunaan perkataan Allah SWT untuk orang bukan Islam semasa berkempen pilihanraya kecil di DUN Batang Ai) dan Karpal (pernah menyatakan langkah mayat saya dahulu, jika mahu menubuhkan negara Islam), persoalan disini mengapakah PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Pembangkang adakah ini dikatakan konsep setiakawan seperti dinyatakan oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) dan ingatlah Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mai'dah, ayat 57 bermaksud:-

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan"


Adakah pemimpin PAS masih terlupa dengan ayat ini...dewakampung semakin keliru dan hairan dengan PAS!!!!!

Tuesday 23 June 2009

Hadi Awang Kata UMNO buat FITNAH Tapi di Muktamar PAS Hadi Awang Kata Berpadu


Dewakampung telah menjangkakan keputusan yang dikeluarkan oleh Pakatan Parti Pembangkang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi selepas keputusan mesyuarat pada Isnin 22hb Jun 2009 Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut rujuk disini. Dari kenyataan ini jelas menunjukkan Hadi Awang takut dengan tekanan yang dikenakan oleh DAP & PKR.

Adalah amat pelik apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan Kerajaan Perpaduan adalah fitnah dari UMNO sedangkan seluruh Malaysia mendengar, melihat malahan mengetahui idea penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah dari beliau sendiri diucapkan pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu serta mempertahankan ideanya mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara lihat disini. Walau bagaimanapun Kerajaan Perpaduan ini telah ditentang hebat bukan sahaja dari Pakatan Parti Pembangkang tetapi dari seorang yang bergelar ulama iaitu Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS). Persoalan disini siapa yang melemparkan FITNAH????.

Jika kita kembali kepada sejarah Nik Aziz sendiri pada tahun 1976 berkata perpaduan satu nikmat besar tapi sekarang Nik Aziz kata lain, Kemungkinan besar Nik Aziz telah diracun oleh kumpulan menyokong Anwar dalam PAS atau seseorang menjanjikan sesuatu kepada Nik Aziz hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Ingatlah kepada seluruh pemimpin Berbangsa Melayu Beragama Islam, saudara-saudara kita di Pakistan sudah meletup, Iran tengah merusuh, Indonesia sudah huru-hara, Thailand sudah dibunuh dalam masjid manakala Afganistan & Iraq sudah lebur. Hanya tinggal adalah Malaysia, Mengapakah susah sangat PAS hendak berpadu dengan UMNO yang sudah pasti seagama dan sebangsa berbanding dangan DAP & PKR ingatlah firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa ayat 138 dan 139 yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih...iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah"

Jika pemimpin dan pengikut PAS lupa, cuba lihat, renung dan teliti dalam surah yang sama, ayat 144 Allah SWT telah berfirman
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu??"

Dewakampung bukan orang yang layak untuk menasihati sesiapa tetapi dewakampung merasakan ia perlu menyampaikan dan berpesan-pesan demi Agama, Bangsa & Negara. Paling mudah ingatlah Alif. Ba & Ta

Renung-renungkan

Sunday 21 June 2009

Ulama Lebih Rela Berbaik Dengan DAP dari pertahankan Bangsa Melayu Beragama Islam?


Hari ini adalah menjadi saksi bagaimana seorang bergelar ulama telah melafazkan kerjasama dengan DAP & PKR adalah lebih baik daripada menjalinkan Kerajaan Perpaduan antara PAS-UMNO. Ketegasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) telah jelas menghampakan ramai Bangsa Melayu Beragama Islam wal hal pembentukkan Kerajaan Perpaduan ini demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara lihat disini.

Dewakampung juga agak hairan dengan kenyataan Nik Aziz dengan mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara PAS - UMNO dan menyifatkan Kerajaan Pakatan Pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan.

Jelas menunjukkan Nik Aziz amat menentang keras pembentukan Kerajaan Perpaduan, persoalan disini mengapakah seorang bergelar ulama tidak boleh berfikir secara rasional tanpa mengikut emosi dan apa yang jelas Nik Aziz seorang yang tidak mengenang budi?. Selama ini peruntukkan yang diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membantu mentadbir Kelantan tidak pernah diucapkan dan itu pun tidak pernah diminta oleh Barisan Nasional, jadi mengapakah untuk berbincang berkenaan kepentingan Bangsa Melayu Beragama Islam tidak memdapat perhatian yang wajar dari seorang bergelar ulama.

Hati kecil dewakampung mula terlintas adakah Nik Aziz tidak mahu menjaga Bangsa Melayu Beragama Islam hingga sanggup menentang sesuatu yang baik untuk Bangsa Melayu Beragama Islam @ Nik Aziz lebih bersetuju Malaysia akan jadi seperti Singapura? .

Nada dan gerak tari Nik Aziz seiringan dengan nada dan gerak tari DAP serta PKR sekiranya dianalisis Nik Aziz seolah-olah mahu membawa PAS kepada prinsip DAP yang secara terang lagi jelas menentang pembentukkan negara Islam. Satu lagi persoalan yang boleh ditimbulkan mengapakah Nik Aziz bersungguh-sungguh mempertahankan Kerajaan Perpaduan sedangkan apabila dilihat DAP & PKR tidak menyuarakan perkara berkaitan Kerajaan Perpaduan, malahan adalah amat bodoh apabila PAS cuba meletakkan syarat agar perbincangan Kerajaan Perpaduan mesti melibatkan DAP & PKR.

Tindakan dan kenyataan Nik Aziz amat angkuh dan bongkak apabila sanggup menolak cadangan seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan pemimpin negara, sedangkan dalam Islam "Ulama dan Umara" harus saling berkerjasama maka satu lagi persoalan boleh ditimbulkan adakah Nik Aziz ini benar-benar ulama?.

Adalah amat memalukan apabila seorang bukan Berbangsa Melayu bernama Hu Pang Chaw (Pengerusi Kebangsaan Kelab Penyokong Pas), berkata dengan lantang ahli kelab tersebut tidak menerima cadangan kerajaan perpaduan dan tetap dengan pendirian untuk bersama serta menyokong pakatan pembangkang.

Adakah Nik Aziz, pemimpin tertinggi & penyokong PAS masih tidak nampak atau sahaja buat tidak faham???..mohon fikirkan demi Bangsa Melayu Beragama Islam

Friday 19 June 2009

Nik Aziz Semakin Bercelaru


Dewakampung agar terkejut dengan kenyataan dan tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan anggota Parlimen Bachok kerana menyokong penubuhan kerajaan perpaduan, adalah tidak wajar dan agak bernafsu lihat mstar online.

Tiba masa pengikut PAS merenung kembali adakah ini sikap seorang ulama yang telah menolak pembetukkan kerajaan perpaduan secara jelas memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada agama, bangsa & negara. Sebagai seorang dikatakan ulama seharusnya Nik Aziz restui cadangan Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang memikirkan nasib Agama Islam, Bangsa & Negara malahan membantu mengukuhkan cadangan tersebut.

Kenyataan kasar Nik Aziz mengatakan kerajaan perpaduan yang bertujuan menyatukan Bangsa Melayu Beragama Islam dilabelkan sebagai sampah adalah amat melampau dan tidak mempunyai sensitiviti sayang kepada Bangsa Melayu Beragama Islam. Persolannya adakah Nik Aziz ini benar-benar ulama seperti selalu diwar-warkan "Membangun Bersama Islam" dan "Gemilangnya Islam dibawah Kepimpinan Ulama"?.



Hai pening dengan Tuan Guru Nik Aziz

Wednesday 17 June 2009

Nizar Semakin Terlanjur


Dewakampung percaya rakyat berasa malu dengan sikap bahalul Nizar yang melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN" selepas upacara angkat sumpah dan tindakan Nizar jelas menunjukkan kebodohan yang nyata serta tidak menghormati Dewan Yang Mulia. Adalah amat bertepatan apabila Speaker Dewan menjatuhkan tindakan tatatertib kepada Nizar atas kebodohannya.


Jelas membuktikan Rakyat Bukit Gantang yang memilih Nizar telah ditipu kerana Nizar hanya memperjuangkan pangkat dan kedudukan beliau sebagai bekas Menteri Besar Perak sahaja dengan menjerit dalam Parlimen?. Tahukah Nizar perbezaan antara Dewan Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tindakan Nizar ini menujukkan sikap dan sifat beliau tidak pernah puas dengan jawatan ADUN dan Ahli Parlimen. Nizar juga berjaya menipu perwakilan PAS hingga mendapat undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai seorang yang berimej baik lagi sopan dan perjuang, dewakampung mengharapkan agar ulama dapat menasihatkan Nizar mengikut peraturan serta menerima qada' dan qadar. Sekali lagi diingatkan tindakan Nizar jelas memalukkan PAS dan menjatuhkan imej serta maruah Orang Melayu.

Thursday 11 June 2009

Bila Sultan Bertitah


DYMM Sultan Perak telah melahirkan rasa kegusaran dengan bertitah gerakan mempertikaikan orang Melayu dan Bumiputera yang tertulis dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri secara langsung pertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Dewakampung melihat titah DYMM Sultan Perak adalah amat jelas bahawa setiap perkara yang dipertikaikan secara tidak langsung telah menghina Kedaulatan Raja-raja Melayu. Titah DYMM Sultan Perak ini boleh dilihat dalam Utusanonline.

Jika dilihat setiap perkara dan item yang termaktub dalam Perlembagaan adalah hasil dari persetujuan secara bersama dalam semangat memberi dan menerima. Suka cita dewakampung ingat Raja-raja Melayu telah pun memberi kuasa kepada Rakyat dan seharusnya rakyat bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan Raja-raja Melayu. ,

Seharusnya Parti Pakatan Pembangkang terutama DAP dan PKR faham konsep dan Prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Jika pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tidak memahami seharusnya mereka tidak layak bercakap mengenai Kedaulatan Raja-raja Melayu apakah lagi untuk memimpin negara ini. Sedarkah DAP beberapa ahli Parlimen mereka menang dikawasan jajahan DYMM Sultan Perak seperti Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur).

Tindakan pemimpin seperti Nizar yang mempersoalkan DYMM Sultan Perak telah mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan dan apa yang jelas rakyat Perak menjadi mangsa keadaan. Kemungkinan besar ini merupakan petunjuk Allah SWT apabila seorang pemimpin itu tidak mempunyai sikap keikhlasan dalam memimpin.

Kepada yang tidak faham bahasa titah DYMM Sultan Perak elok jangan jadi pemimpin kerana kepada mereka yang tidak faham bahasa anda telah menyusahkan rakyat

Wednesday 10 June 2009

Mustafa Ali Tolak Perpaduan Melayu

Hari ini dewakampung agak teperanjat dengan kenyataan dan desakan Mustafa Ali yang mahu semua pihak dalam PAS menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Mustafa Ali meluahkan kenyataan yang tidak menjurus ke arah perpaduan Melayu boleh dilihat dengan nyata dalam HarakahDaily.net. Jelas menunjukkan Mustafa Ali tidak mahu orang Melayu bersatu hingga sanggup mendakwa AJK PAS Pusat tidak bersetuju dengan idea tersebut dan lebih mendukacitakan Mustafa Ali sanggup pula melawan Tuan Presiden PAS sendiri, ini satu lagi bukti menunjukkan Mustafa Ali tidak mempunyai sikap setia kepada pemimpin.

Dari kenyataan penuh Mustafa Ali telah membuktikan beliau tidak mempunyai semangat sayang pada bangsa Melayu dan seharusnya ahli-ahli PAS menolak beliau dari menjadi pemimpin tertinggi dalam PAS kerana dewakampung merasakan ramai lagi pemimpin PAS yang lebih layak dari beliau dan lebih penting sayang pada Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Persoalan disini mengapa Mustafa Ali susah sangat berbaik dengan UMNO yang seagama dan sebangsa. Adalah amat melucukan apabila Mustafa Ali lebih cenderung untuk bersama-sama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. dewakampung berani membukti kenyataan yang dinayatakan oleh Karpal Sing sendiri seperti keratan dibawah

Adalah jelas membuktikan Mustafa Ali mempunyai sikap yang sama seperti Husam dimana lebih suka bersama dengan kelompok erdogoan yang lebih mirip kepada perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Persoalan disini PAS semakin hilang arah dan semakin lari dari tujuan asal penubuhan?

Tuesday 9 June 2009

Ada Pihak Tertentu Menghalang Penyatuan Melayu

Selepas Presiden PAS mempertahankan cadangan dan idea Kerajaan Perpaduan bersama UMNO ramai Pemimpin Pakatan Pembangkang melatah dan bersuara dengan menyatakan PAS adalah Parti yang tidak prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama kata Teresa Kok. Bergitu juga dengan Lim Kit Siang dalam blognya berkata "Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers". Kenyataan ini dikeluarkan pada 9 jun 2009.


Dari kenyataan ini jelas menunjukkan Lim Kit Siang takut akan bersatunya UMNO-PAS yang merupakan parti orang Melayu. Walau bagaimanapun adalah amat menyedihkan apabila ada pihak yang cuba mempertikaikan cadangan Hadi Awang yang bergitu baik demi mempertahankan Ketuanan Melayu, lebih menyedihkan lagi apabila orang dalam PAS sendiri menolak cadangan ini terutama Husam yang bergitu jelas Pro-Anwar Ibrahim (Penasihat PKR).

Husam juga turut mengeluarkan kenyataan dengan meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?. Persoalannya mengapa Husam bergitu terasa dengan kenyataan Haron Din dan menunjukkan jelas Husam adalah musuh dalam selimut PAS. Taniah juga diucapkan kepada perwakilan PAS kerana memilih dan mengekalkan Nasaruddin Mat Isa yang jelas selari dengan kenyataan Presiden PAS.

Pada hari ini dalam utusan online Dr. Tan Seng Giaw mahu diadakan perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan dan mahu ahli kompenan Pakatan Pembangkang duduk semeja membincangkannya. Kenyataan ini boleh dilihat dalam utusan. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja Dr. Tan Seng Giaw mahu mengadakan perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, jelas DAP semakin takut akan bersatunya PAS dan UMNO.

Kesimpulan yang dewakampung boleh katakan dari apa yang berlaku jika PAS masih lagi tidak mahu bersatu dan bersama-sama UMNO, maka DAP akan terus-menerus mendapat untung dari perpecahan Orang Melayu yang secara jelas telah terbahagi kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Jangan nanti Orang Melayu hanya menang sorak kampung tergadai seperti apa yang berlaku pada sebuah Kepulauan Tanah Melayu iaitu Singapura dan ingatlah sejarah tidak berbohong dan telah membuktikkan Parti menguasai Kerajaan Singapura ialah People Action Party (PAP) manakala adiknya ada disini Tanah Melayu iaitu DAP.

Dewakampung memohon kepada semua pimpinan Melayu renungkan statistik berkenaan dan fikir-fikirkan perjuangan Ketuanan Melayu.

Monday 8 June 2009

PKR & DAP Sokong SIS Marah PAS



PAS ada memohon dan mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mengharamkan Sisters in Islam (SIS)kerana merosakan akidah umat Islam. Apa yang menghairankan dewakampung selepas keputusan muktamar PAS beberapa Parti Pakatan Pembangkang terutamanya DAP dan PKR dengan pantas menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mutakmar PAS.

DAP dan PKR menyatakan apa yang diutarakan oleh SIS merupakan ia kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik. Mustaffa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR) dengan lantang menyatakan PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli PAS menjalani proses pemulihan.

Teresa Kok (Setiausaha Organisasi DAP dan selaku ahli Parlimen Seputih) menyatakan PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan serta menuduh sikap mengharamkan sesuatu adalah sifat UMNO dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.

Dewakampung tidak hairan dengan kenyataan PKR dan DAP kerana parti ini sememangnya menyokong SIS yang selama ini jelas menunjukkan perjuangan Islam liberal maka diingatkan disini perkara berkaitan agama Islam tiada istilah liberal.

Thursday 4 June 2009

PKR Boikot YDP MPSP



Dewakampung agak terperanjat, hairan dan lucu dengan sikap keanak-anak Ahli Majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memboikot upacara mengangkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Dewakampung difahamkan tindakan itu adalah membantah pelantikan Mokhtar Mohd Jait selaku YDP MPSP.

Persoalan disini adakah Ahli Majlis PKR memboikot perlantikan itu kerana tiada perbincangan atau Mokhtar Mohd Jait ini bukan penyokong PKR maka mereka membantah perlantikan tersebut?

Jelas menunjukkan PKR lebih berminat bermain politik daripada bekerja hinggakan perlantikkan YDP pun perlu dibincangkan yang sudah pastinya ia merupakan jawatan penting dalam kerajaan. Jelas juga menunjukkan apabila sesuatu parti itu wujud disebabkan "GILA KUASA" maka perebutan setiap post-post penting sentiasa di intai?.

Tindakan ini menunjukkan tiada persefahaman antara DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini hanya TAHU MEMBANGKANG DAN BEREBUT, BUKANNYA PARTI YANG MENTADBIR. Dewakampung mencadangkan agar DAP dan PKR merenung kembali adakah mereka telah melaksanakan tugas selaku pentadbir di Pulau Pinang dan adakah janji-janji manis semasa pilihanraya dipenuhi manakala kepada Rakyat Pulau Pinang fikir-fikirkan adakah pentadbiran kerajaan pimpinan DAP ini menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang.

Ingat-mengingati digalakkan dalam Islam