Wednesday, 21 May 2008

Bukan Senang Jadi Pemerintah

Khalid akui tidak berani buat perubahan besar

SHAH ALAM 20 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui beliau tidak berani membuat perubahan yang terlalu besar untuk memenuhi manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, ini memandangkan perbelanjaan kerajaan negeri ketika ini diputuskan dalam belanjawan yang dibuat tahun lepas dan beliau perlu menilai jumlah lebihan perbelanjaan dan kos-kos yang digunakan.

"Kita tunaikan manifesto pilihan raya, ini akan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN), belanjawan untuk negeri dibuat pada tahun sebelumnya, bukan sekarang, saya sebagai Menteri Besar menjaga belanjawan yang digubal pada 2007.

Itulah sebabnya saya tidak berani membawa perubahan yang terlalu besar, katanya ketika ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor di hadapan Sul- tan Selangor, Sultan Sharafuddin Id- ris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25, semalam yang sekali lagi membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri yang didakwa menipu pengundi.
sumber utusan malaysia (Rabu 21 Mei 2008)

suka cita orang kampung ingin menyatakan jangan hanya pandai bercakap sahaja bila jadi kerajaan baru tahu sebelum itu asyik duk kutuk je kerajaan Barisan Nasional tidak tunai janji. Bila hang dah jadi kerajaan baru tau,,,,,ingat senang ke jadi pemerintah

Friday, 9 May 2008

Wajah-wajah comel



wajah-wajah pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang......adakah mereka ini akan terus tersenyum


aku masih berfikir

Thursday, 8 May 2008

ADAKAH KITA PEWARIS (BAHAGIAN 2)


Peneroka juga adalah orang yang berani kehadapan, peneroka yang saya maksudkan bukan sahaja peneroka di felda-felda tetapi mereka yang sanggup berhijrah dan mengambil risiko atas penghijrahan tersebut contoh yang paling jelas boleh diberikan adalah pendatang asing yang memasuki secara haram dan bekerja sebagai buruh di negara yang indah ini. Bukan niat saya untuk mengagongkan mereka tetapi inilah kenyataannya, jika kita melakukan observation dengan jelas dapat dilihat mereka boleh dikatakan datang ke Malaysia seumpama anak yatim yang tiada saudara-mara, ibu dan ayah tetapi mereka boleh survive dalam hidup kerana mereka rajin meneroka peluang pekerjaan, berusaha serta sentiasa beritizam meningkatkan jati diri. Selain itu juga peneroka sedemikian mempunyai hubungan yang akrab sesama mereka dan saling bantu-membantu pepatah melayu lama ada menyebut ”seperti isi dengan kuku” iaitu saling kuat-menguat antara satu sama lain dan bila sifat penerokan ini disemai dikalangan mahasiswa, saya merasakan mahasiswa era 20an akan menjadi ikon kepada generasi akan datang serta kita akan berjaya mengorak satu sejarah demi membentuk kecemerlangan bangsa dan negara.
Masyarakat juga menyatakan mahasiswa adalah kelompok yang hebat dan pintar kerana dilahirkan oleh gedung ilmu yang hebat dan holistik, saya amat yakin dan percaya masyarakat mengharapkan sumbangan dari mahasiswa kerana Prof Madya Dr Azali Mohamed pernah menyatakan semasa ucapan beliau di Mukim Pedas Rembau Negeri Sembilan dimana Yang Bahagia Dr ada menyebut ”dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat kita kembali” dan apabila mahasiswa kembali kepada masyarakat sebagai peneroka yang hebat dalam membantu serta memperjuangkan hak masyarakat barulah pelaburan yang dibuat mencapai matlamat dan hasrat dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang lebih menekankan pembangunan modal insan akan terlaksana dengan jayanya.
Jika kita melihat syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas, PNB, Proton dan sebagainya, telah meneroka hingga ke luar negara bagi pasaran dan saya merasakan mahasiswa di zaman millennium generation ini perlu melakukanya dari sekarang kerana kita bakal membawa hala tuju negara pada masa empat belas tahun dari sekarang. Bergitu jugalah dengan Iskandar Zukarnain yang telah meneroka dunia ini dan hasil dari penerokaan beliau telah membawa kemewahan serta kemakmuran kepada rakyat jelata.
Maka adalah lebih eloknya jika kita menyemai sifat-sifat peneroka dalam diri ini serta sentiasa mencari idea-idea baru bagi memakmurkan negara dan dalam masa yang sama kita akan mewarisi negara. Oleh yang demikian sebagai mahasiswa, kita semestinya bersedia menerima apa yang akan diwarisi disamping itu telah menaman sifat peneroka. Ingin saya mengambil sepotong ayat dalam puisi yang betajuk KU CARI DAMAI ABADI karangan YAB Perdana Menteri ada menyatakan:_
Aku Cari Bukan Kawan-Kawan
Untuk Hidup Berfoya-Foya
Aku Cari Mana Dia AL-GHAZALI
Aku Cari Mana Dia AL-SHAFIE
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri mencari pemimpin yang akan mewarisi kegemilangan negara dengan menjadi peneroka yang hebat kerana saya merasakan pemimpin yang mempunyai 2P (peneroka dan pewaris) akan meneruskan perjuangan agar bangsa tidak dihina, negara tidak tertindas seperti berlaku 450 tahun yang lampau dimana runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka akibat pemimpin yang mengkhianati amanah, masyarakat yang tidak peka dan alpa diulit leka dengan apa yang diwarisi.Sama-samalah kita fikirkan……………

Wednesday, 7 May 2008

ADAKAH KITA PEWARIS (Bahagian 1)


Pewaris, benarkah mahasiswa itu pewaris. Perkataan ini bermain-main diminda saya dan rakan-rakan, kadang-kala terdetik dalam diri ini benarkah aku pewaris, benarkah mahasiswa itu pewaris dan apa yang akan aku warisi?.
Jika direnung dan diperhatikan pewaris adalah orang yang menerima apa yang akan diwarisi. Ia memang tidak dapat dinafikan kita akan mewarisi negara yang makmur dan betuah ini tetapi jika kita mahasiwa tidak pandai mengurus apa yang kita warisi ini nescaya akan hancur lulurlah negara yang tercinta ini. Apabila saya, menonton cerita melayu yang mengisahkan perebutan harta akan wujudlah sikap tamak, keji-mengeji, menjatuhkan orang lain bahkan sanggup membunuh kerana harta adakah sikap ini akan diwaris oleh mahasiswa?
Sejarah juga membuktikan apabila sesebuah tamadun diwarisi oleh pemimpin yang ”buta dan bodoh” maka akan runtuhlah sesebuah tamadun, kerana apabila seseorang itu meletakkan dia sebagai pewaris maka secara tidak langsung dia tidak berusaha kerana telah pasti apa yang akan diwarisinya, sebagai contoh seorang anak tunggal akan mewarisi harta yang berbilion dari ayahnya, tetapi percayalah harta itu akan habis jika anak tunggal tadi ”buta dan bodoh” dalam menguruskan harta, ia akan menjadi sehina-hina manusia kerana orang luar sentiasa mengambil kesempatan atas ”buta dan bodohnya” beliau.
Jika kita melihat agenda WAWASAN 2020, ”membentuk masyarakat yang bersifat sains, progresif, berbudaya cipta dan berpandangan jauh kehadapan, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang”. Dari petikan yang saya ambil ini adakah sesuai kita menjadi pewaris? kerana orang yang mempunyai sifat pewaris ini tidak akan berbudaya cipta, tidak berpandangan jauh, dan saya percaya golongan pewaris ini tidak akan berusaha dengan lebih gigih kerana semuanya telah tersedia dan mereka juga hanya menunggu sahaja keputusan yang dibuat tanpa memikirkan pro dan kontranya keputusan tesebut....dan adakah ini pewaris kepimpinan negara?. Syugianya saya berpesan pada diri sendiri, kepimpinan mahasiswa dan rakan-rakan mahasiswa janganlah kita bangga dengan apa yang kita warisi kerana apa yang kita warisi ini belum tentu menjadi milik kita jika ada diantara kita yang sanggup meminggirkan rakan sendiri demi memenuhi agenda peribadi kerana jika terdapat golongan mahasiswa yang sedemikian rupa, mereka inilah golongan yang akan menghancurkan pembangunan negara yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Saya merasakan pepecahan umat boleh berlaku jika terdapat kelompok yang dinyatakan tadi. Justeru itu, tranformasi pemikiran perlu diregenerasi dengan mahasiswa haruslah di didik bahawa pembentukkan masyarakat adalah paksi utama perjuangan mahasiswa. Jika direnung dampak sosial pada masa kini akibat dari proses globalisasi dan modenisasi ini berupaya merungkai identiti masyarakat tanpa sebarang batasan dan amaran maka terjadilah isu-isu keruntuhan moral dalam masyarakat seperti bohsia, bohjan, hamil anak luar nikah dan sebagainya, saya merasakan isu-isu seperti ini harus difikirkan oleh seluruh mahasiswa. Bergitu jugalah dari sudut kepimpinan dan politik izinkan saya memberi contoh kegagalan parti FIS di Algeria dan parti Refah di Turki mengambarkan persaingan politik yang boleh menghancurkan niat baik sesebuah parti dan jika negara tercinta ini diwarisi oleh kelompok-kelompok yang sedemikian tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Empayar Romawi yang bergitu hebat dan gah dizaman lampau telah runtuh akibat dari kepincangan moral dalam masyarakat.
Izikan saya memberikan satu lagi contoh kejatuhan tamadun dunia iaitu tamadun Islam Cordova telah tertimbus tanpa sisa, kejatuhan tamadun Islam Cordova akibat diwarisi oleh golongan yang kurang penghayatan ilmu dan inilah flaws terbesar kelompok generasi tersebut. Disini saya merasakan adalah baiknya jika mahasiswa yang dilaungkan sebagai penyambung kepimpinan negara meletakan diri sebagai peneroka, mungkin ada dikalangan rakan-rakan mahasiswa tidak bersetuju dengan pendapat saya ini tetapi ingin saya tegaskan disini peneroka adalah orang atau golongan yang sentiasa mencari sesuatu yang baru demi meningkatkan taraf hidup serta membawa sesuatu ke arah yang lebih praktikal dan saya melihat golongan peneroka yang rajin dan sentiasa melakukan anjakan paradigma merupakan orang yang mempunyai daya saing yang tinggi serta tidak bergantung harap pada orang lain. Jika ini berlaku kepada kepimpinan mahasiswa dan seluruh mahasiswa di IPTA, IPTS, politeknik serta kolej-kolej komuniti nescaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih hebat dari kuasa besar dunia.
Tidak dinafikan kekuatan generasi muda amat di dambakan demi keuntuhan agama, bangsa dan negara Saidina Omar Al-Khattab apabila berbicara mengenai anak muda:- Beliau inginkan pejuang-pejuang seperti Abu Ubaidah, Muaz Bin Jabal dan Abu Huzaifah di dalam meneruskan agenda perjuangan. Bergitu juga ungkapan Sukarno bekas Presiden Indonesia ada menyatakan ” berikan aku sepuluh anak muda, pasti aku akan goncang dunia ini” jika dilihat dari dua petikan yang saya pinjam ini jelaslah generasi muda atau mahasiswa itu penentu sesebuah bangsa dan negara tetapi saya merasakan jika setiap mahasiswa mempunyai sifat sebagai seorang peneroka tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan mahasiswa, apakah lagi menyatakan mahasiswa masa kini lesu.

Monday, 5 May 2008

Apa, Mengapa & Kenapa

Hari ini aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian ke ove. Aku melihat dengan perasaan sedih apabila bapak-bapak jurulatih meminta menyanyikan lagu NEGARAKU. Mahasiswa ini menyanyi dengan gelak ketawa, bergoyang-goyang dan tidak serius seolah-olah sendang menyanyikan lagu zapin atau dikir barat
Aku berfikir, lantas terus berfikir adakah ini bakal pemimpin yang akan memimpin aku, anak aku, cucu-cicit aku dan seluruh rakyat Malaysia?.
Aku sedang berfikir lagi berfikir dimanakah silapnya? Palajaran telah diberi, pendidikan telah diberi dan ilmu telah diperolehi tetapi mengapa semangat jati diri, kenegaraan dan kecintaan pada bangsa seakan pudar dalam diri mereka?.
Aku menjadi takut apabila berfikir lagi bila mana negara ini tidak lagi mempunyai pemimpin yang ada jati diri serta sifat sayangkan negara pada masa hadapan.
Aku mengharapkan agar satu masa nanti apabila mereka pulang ke tanah air selepas memperolehi ilmu akan mempunyai semangat jati diri dan kenegaraan yang tinggi serta akan menjadi pemimpin negara yang hebat kerana yang pasti mereka (mahasiswa) hari ini adalah PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA
DAN AKU MASIH LAGI BERFIKIR

Saturday, 3 May 2008

Apa Dah jadi


Hari ini aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana anak-anak muda yang akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian tergelak-gelak dan bergoyang-goyang semasa menyanyikan lagu NEGARAKU?. Aku terfikir tidakah mereka tahu bahawa apabila berkumandangnya lagu NEGARAKU setiap dari kita yang berwarganegara MALAYSIA harus berdiri tegak dan menghormatinya serta menyanyikan dengan penuh semangat kerana lagu itu melambangkan identiti negara.


Aku menjadi sedih melihat keadaan yang demikian mengapakah ini boleh terjadi? dan aku terfikir lagi dimana silapnya?. Lalu aku berfikir lagi adakah mereka ini yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, bakal menjadi pemimpin negara yang akan memimpin aku, anak cucu-cicit aku dan seluruh rakyat MALAYSIA.


Aku berfikir lagi jika keadaan ini tidak diperbetulkan apakah akan jadi pada bangsa aku. Aku masih lagi berfikir didikan telah diberi, pembelajaran telah diberi, ilmu telah diperolehi tetapi dimana SEMANGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai kenegaraan yang merupakan asas pokok yang perlu ada setiap warganegara terutamanya kepada MAHASISWA yang merupakan pewaris kepimpinan negara.


Aku mengharapkan agar ALLAH SWT terus memberi kemakmuran kepada negara ini, dan aku mengharapkan apabila mereka pulang ke tanah air, mereka mempunyai SEMANAGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai negara dan seterusnya memperjuangkan agenda negara dengan berlandaskan kepada prinsip islam, rukun negara, perlembagaan negara serta pemuafakan antara kaum yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin negara


DAN AKU MASIH LAGI TERUS BERFIKIR

Friday, 2 May 2008

fikir-fikir

Pada minggu lepas saya ada berjumpa dengan pensyarah salah sebuah IPTA yang menyatakan beliau belajar di Marocco dengan duit sendiri. Saya cukup berbangga dengan beliau tetapi ada kecewanya apabila berbual mengenai negara beliau menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Sebagai anak kampung saya tertanya-tanya adakah benar apa yang dinyatakan?
Selepas itu, saya bertanya lagi bagaimana runtuhnya tamadun Islam Cardova, bagaimana jatuhnya kerajaan pimpinan Saddam Hussen? lalu beliau menjawad jatuhnya kerajaan tersebut kerana tidak mengikut AL-QURAAN & SUNNAH.Beliau menyatakan kerajaan harus mengamalkan Islam dalam pemerintahan negara.
Pensyarah itu bertanya kepada saya apa yang dimaksudkan dengan kritikal pengajian kerana beliau menyatakan kerajaan memberi penajaan subjek seperti kejuruteraan, doktor, akautasi, bio-perubatan dan lain-lain dalam menghantar pelajar ke luar negeri tidak kepada pengajian agama kerana pada isu murtad sekarang mana yang lebih kritikal?
Sebagai anak kampung kurang pendidikannya saya berpendapat kerajaan Malaysia telah pun mengamalkan pemerintahan Islam, dimana menekankan konsep Islam itu sendiri dalam pemerintahan contoh paling muda menjaga keamanan negara.
anologi mudah yang ingin saya nyatakan jika ibubapa telah memberi pelajaran agama yang secukupnya tetapi apabila besar anak tersebut melakukan zina adakah salah ibubapanya?. Apa yang ingin saya nyatakan disini kerajaan telah menyediakan prasarana yang cukup untuk membentuk masyarakat berilmu agama & dunia kerana diawal persekolahan telah ada ilmu pendidikan Islam.
Persoalannya adakah Malaysia bukan negara Islam adalah satu penyataan yang silap. kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
"BARANG SIAPA PERLU DUNIA, PERLUKAN ILMU
BARANG SIAPA PERLU AKHIRAT, PERLUKAN ILMU
DAN BARANG SIAPA PERLU KEDUA-DUANYA, PERLUKAN ILMU

Thursday, 1 May 2008

PATRIOTISME dari kaca mata AKU



Patriotisme secara umumnya membawa maksud kecintaan dan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap negara dan mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
Patriotisme adalah langkah dalam melahirkan masyarakat beradab dan mampu menangkis cabaran dari dalam dan luar yang ketika ini semakin meruncing. Kemunculan semangat patriotisme berpunca daripada asal usul peradaban manusia itu sendiri, manusia hidup berkonflik bertujuan untuk mencapai keperluan asas.
Kewujudan konflik seterusnya menimbulkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan konflik, dewasa ini pengurusan konflik lebih mencabar khususnya dalam dunia di era globalisasi. Kepincangan dalam pengurusan konflik secara tidak langsung akan memberikan impak yang boleh memecahbelahkan sesuatu masyarakat majmuk. Oleh demikian, semangat patriotisme dilihat menjadi pemangkin kepada pengurusan konflik bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin mampu memecahbelahkan masyarakat.
RUKUN NEGARA merupakan manifestasi ideologi nasional dalam mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, ras dan agama jika difahami dengan jelas. RUKUN NEGARA mempunyai makna sangat besar bagi setiap warganegara Malaysia agar dihayati dan disemat dalam diri. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan menjadi nadi kepada pentadbiran kerajaan di Malaysia.
Pentadbiran negara kini didasari melalui dasar-dasar yang diamalkan oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang. Misi nasional dan kemampanan modal insan menjadi teras kepada rancangan yang dijalankan oleh kerajaan. Asas kepada kejayaan Malaysia berpunca dari perkongsian kuasa yang diamalkan oleh pemimpin dan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, menjadikan perkongsian kuasa pemangkin kepada pemacuan negara menuju kecemerlangan.
Perkongsian kuasa ini, telah menwujudkan kontrak sosial yang menjadi satu memorandum antara kaum dalam mencapai keharmonian dan kesepakatan kaum. "Perlembagaan Negara" menjadi tunjang kepada undang-undang di negara ini menetapkan beberapa kuasa yang tidak boleh diubah dan tidak boleh dipertikaikan antaranya hak keistimewaan orang Melayu dalam perkara 153, bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi (Perkara 152), Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia (Perkara 3(1)), hak istimewa raja-raja Melayu (Perkara 181) dan kewarganegaraan (Perkara 14) ketegasan kerajaan melalui pindaan 1971 yang melarang mana-mana pihak mempersoalkannya perlu diikuti dan tidak dipersoalkan bagi mengelak berlaku perselisihan faham adalah langkah bijak.
Keterlibatan Malaysia di arena dunia memperlihatkan kemajuan dan keprihatinan Malaysia dalam meneroka dunia bagi menuju kegemilangan dan kecemerlangan. Namun, disebalik kejayaan dan kecemerlangan yang telah, sedang dan bakal diperolehi, masyarakat harus sedar bahawa wujud ancaman yang perlu ditangkis secara bersama melalui semangat patriotisme yang bersatu dan bermuafakat. Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan patriotisme nasional yang perlu diperkukuhkan.

Apakah Patriotisme


Patriotisme adalah kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara serta mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Patriotisme merupakan langkah melahirkan masyarakat beradab dan mampu menangkis cabaran dari dalam dan luar yang keadaan ini dewasa ini semakin meruncing.


Kemunculan semangat patriotisme berpunca daripada asal usul peradaban manusia itu sendiri, manusia hidup berkonflik bertujuan untuk mencapai keperluan asas. Kewujudan konflik seterusnya menimbulkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan konflik yang timbul. Dewasa ini, pengurusan konflik lebih mencabar khususnya dalam dunia di era globalisasi.


Kepincangan dalam pengurusan konflik akan memberikan impak yang boleh memecahbelahkan sesuatu masyarakat majmuk. Oleh demikian, semangat patriotisme menjadi pemangkin kepada pengurusan konflik ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang memecahbelahkan masyarakat majmuk.


Rukunnegara yang merupakan manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, ras, keturunan, agama dan ideologi politik. Rukunnegara mempunyai makna yang sangat besar di sisi setiap warganegara untuk dihayati dan disemat dalam diri setiap warganegara. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan menjadi nadi kepada pentadbiran kerajaan. Pentadbiran negara didasari melalui dasar-dasar yang diamalkan oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang.


Misi nasional dan kemampanan modal insan menjadi teras kepada rancangan-rancangan yang dijalankan oleh kerajaan. Asas kepada kejayaan Malaysia kini adalah berpunca kepada perkongsian kuasa yang diamalkan oleh pemimpin dan kesedaran yang wujudnya dari kaum di Malaysia, menjadikan perkongsian kuasa pemangkin kepada pemacuan negara menuju kecemerlangan.


Perkongsian kuasa ini, wujud kontrak sosial yang menjadi satu memorandum antara kaum yang terdapat di Malaysia untuk mewujudkan keharmonian dan kesepakatan kaum. Perlembagaan Malaysia yang menjadi tunjang kepada undang-undang di negara ini menetapkan beberapa kuasa yang tidak boleh diubah malah tidak boleh dipertikaikan, hak keistimewaan orang Melayu dalam perkara 153, Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia (Perkara 3(1)), hak istimewa raja-raja Melayu (Perkara 181) dan kewarganegaraan (Perkara 14). Ketegasan kerajaan melalui pindaan 1971 yang melarang mana-mana pihak mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Malayu merupakan nas yang perlu diikuti dan tidak dipersoalkan merupakan satu langkah bijak.


Keterlibatan Malaysia di arena dunia memperlihatkan kemajuan dalam meneroka dunia bagi menuju kegemilangan dan kecemerlangan. Namun, disebalik kejayaan dan kecemerlangan yang telah, sedang dan bakal diperolehi, masyarakat harus sedar bahawa wujud ancaman yang harus ditangkis secara bersama melalui semangat patriotisme dan permuafakatan. Perpaduan dalam merupakan patriotisme nasional yang diperkukuhkan. Menjadi tanggungjawab bersama melalui patriotisme bahawa agenda politik, ekonomi, sosial dan budaya merupakan tanggungjawab holistik dan perlu disemai didalam diri setiap masyarakat Malaysia.


Malaysia wujud kerana rakyat yang bersatu padu, Malaysia maju kerana rakyat bersemangat dan Malaysia makmur kerana perpaduan rakyatnya.


tulisan anak kampung

maju nya negara kerana pemimpin yang hebat