Tuesday 9 June 2009

Ada Pihak Tertentu Menghalang Penyatuan Melayu

Selepas Presiden PAS mempertahankan cadangan dan idea Kerajaan Perpaduan bersama UMNO ramai Pemimpin Pakatan Pembangkang melatah dan bersuara dengan menyatakan PAS adalah Parti yang tidak prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama kata Teresa Kok. Bergitu juga dengan Lim Kit Siang dalam blognya berkata "Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers". Kenyataan ini dikeluarkan pada 9 jun 2009.


Dari kenyataan ini jelas menunjukkan Lim Kit Siang takut akan bersatunya UMNO-PAS yang merupakan parti orang Melayu. Walau bagaimanapun adalah amat menyedihkan apabila ada pihak yang cuba mempertikaikan cadangan Hadi Awang yang bergitu baik demi mempertahankan Ketuanan Melayu, lebih menyedihkan lagi apabila orang dalam PAS sendiri menolak cadangan ini terutama Husam yang bergitu jelas Pro-Anwar Ibrahim (Penasihat PKR).

Husam juga turut mengeluarkan kenyataan dengan meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?. Persoalannya mengapa Husam bergitu terasa dengan kenyataan Haron Din dan menunjukkan jelas Husam adalah musuh dalam selimut PAS. Taniah juga diucapkan kepada perwakilan PAS kerana memilih dan mengekalkan Nasaruddin Mat Isa yang jelas selari dengan kenyataan Presiden PAS.

Pada hari ini dalam utusan online Dr. Tan Seng Giaw mahu diadakan perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan dan mahu ahli kompenan Pakatan Pembangkang duduk semeja membincangkannya. Kenyataan ini boleh dilihat dalam utusan. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja Dr. Tan Seng Giaw mahu mengadakan perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, jelas DAP semakin takut akan bersatunya PAS dan UMNO.

Kesimpulan yang dewakampung boleh katakan dari apa yang berlaku jika PAS masih lagi tidak mahu bersatu dan bersama-sama UMNO, maka DAP akan terus-menerus mendapat untung dari perpecahan Orang Melayu yang secara jelas telah terbahagi kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Jangan nanti Orang Melayu hanya menang sorak kampung tergadai seperti apa yang berlaku pada sebuah Kepulauan Tanah Melayu iaitu Singapura dan ingatlah sejarah tidak berbohong dan telah membuktikkan Parti menguasai Kerajaan Singapura ialah People Action Party (PAP) manakala adiknya ada disini Tanah Melayu iaitu DAP.

Dewakampung memohon kepada semua pimpinan Melayu renungkan statistik berkenaan dan fikir-fikirkan perjuangan Ketuanan Melayu.

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Taniah tuan satu pandangan dan ulasan yang baik..saya merasakan tuan telah melakukan sebaik mungkin dan persoalan disini tidak ramai Orang Melayu sedar akan apa yang berlaku.

Saya berharap agar ramai lagi oarang seperti taun yang terus menganalisis dan bercerita pada masyarakat akan erti kebenaran

Cik. Sarifah Md. Said
Kuala Lumpur

Jelin said...

satu huraian yang bagus. Melayu sebenarnya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu untuk kuat, sekiranya antara Melayu sendiri kita kuat.

Satu post yang menarik.

Panglima Perang Cyber said...

saya juga sentuh isu yang sama....jemput komen blog saya...

saya juga sudah linkkan blog saudara dalam link BPN..

salam.

Generasi Pejuang Bangsa said...

syabas sdr ...teruskan berjuang !!


pejuangbangsa