Tuesday 23 June 2009

Hadi Awang Kata UMNO buat FITNAH Tapi di Muktamar PAS Hadi Awang Kata Berpadu


Dewakampung telah menjangkakan keputusan yang dikeluarkan oleh Pakatan Parti Pembangkang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi selepas keputusan mesyuarat pada Isnin 22hb Jun 2009 Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut rujuk disini. Dari kenyataan ini jelas menunjukkan Hadi Awang takut dengan tekanan yang dikenakan oleh DAP & PKR.

Adalah amat pelik apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan Kerajaan Perpaduan adalah fitnah dari UMNO sedangkan seluruh Malaysia mendengar, melihat malahan mengetahui idea penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah dari beliau sendiri diucapkan pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu serta mempertahankan ideanya mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara lihat disini. Walau bagaimanapun Kerajaan Perpaduan ini telah ditentang hebat bukan sahaja dari Pakatan Parti Pembangkang tetapi dari seorang yang bergelar ulama iaitu Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS). Persoalan disini siapa yang melemparkan FITNAH????.

Jika kita kembali kepada sejarah Nik Aziz sendiri pada tahun 1976 berkata perpaduan satu nikmat besar tapi sekarang Nik Aziz kata lain, Kemungkinan besar Nik Aziz telah diracun oleh kumpulan menyokong Anwar dalam PAS atau seseorang menjanjikan sesuatu kepada Nik Aziz hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Ingatlah kepada seluruh pemimpin Berbangsa Melayu Beragama Islam, saudara-saudara kita di Pakistan sudah meletup, Iran tengah merusuh, Indonesia sudah huru-hara, Thailand sudah dibunuh dalam masjid manakala Afganistan & Iraq sudah lebur. Hanya tinggal adalah Malaysia, Mengapakah susah sangat PAS hendak berpadu dengan UMNO yang sudah pasti seagama dan sebangsa berbanding dangan DAP & PKR ingatlah firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa ayat 138 dan 139 yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih...iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah"

Jika pemimpin dan pengikut PAS lupa, cuba lihat, renung dan teliti dalam surah yang sama, ayat 144 Allah SWT telah berfirman
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyiksamu??"

Dewakampung bukan orang yang layak untuk menasihati sesiapa tetapi dewakampung merasakan ia perlu menyampaikan dan berpesan-pesan demi Agama, Bangsa & Negara. Paling mudah ingatlah Alif. Ba & Ta

Renung-renungkan

1 comment:

Anonymous said...

Aslkum....

Jelas menunjukkan Hadi Awang tidak mempunyai kekuatan Dalam PAS dan beliau takut dengan Nik Aziz serta kumpulan pembangkang yang lain