Friday 26 June 2009

Kiasan cara Ulama PAS

Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS menyatakan kenyataan beliau semasa berucap di Manek Urai pada 21hb Jun 2009 adalah satu kiasan iaitu menyamakan UMNO sama dengan komunis dan ajaran sesat "Ayah PIN" rujuk disini. Peristiwa ini merupakan bukti nyata sikap Ulama PAS yang tidak mempunyai budi bicara dan percakapan yang sopan, maka tidak hairanlah apabila penyokong PAS pun bersikap biadap terhadap Sultan Perak dan pemimpin negara. Dewakampung melihat Nik Aziz telah mencetuskan konflik di kalangan orang Melayu terutama di Kelantan kerana perlu ditegaskan disini bukan semua rakyat Kelantan menyokong PAS.

Kemungkinan besar Nik Aziz telah nyanyuk dan bercakap berlandaskan emosi, mungkin juga Nik Aziz masih marah berkaitan pembentukkan Kerajaan Perpaduan. Agak keterlaluan apabila Dewakampung menyatakan Nik Aziz nyanyuk tetapi suka cita diingatkan Nik Aziz pernah bertanding dibawah tiket Barisan Nasional (BN) tahun 1967 dan 1974 bertanding di Bachok juga atas tiket BN. Kenapa pada masa itu tidak menyatakan UMNO berjuangan sama seperti ajaran sesat??, sebab Nik Aziz tidak menyatakan demikian kerana PAS bersama BN.....kesimpulan paling mudah Nik Aziz adalah politikus yang hanya menyokong kepada pihak yang memberi keuntungan kepada beliau sahaja walaupun parti yang PAS anggap seperti saudara iaitu DAP jelas menentang pembetukkan negara Islam.

suasana semasa pembubaran DUN Perak

Kenyataan yang Nik Aziz ini telah menjatuhkan imej beliau sebagai Tuan Guru @ Ulama kerana seorang Tuan Guru @ Ulama tidak akan memburukkan orang lain, apakah lagi menuduh secara membuta-tuli. Dewakampung mencadangkan agar gelaran Ulama dan Tuan Guru itu jangan digunakan kerana merosakkan imej Islam. Perubahan Nik Aziz terhadap Parti Se-Bangsa dan Se-Islam (UMNO) amat drastik kemungkinan fikiran Nik Aziz ini telah diprogramkan oleh PKR dan DAP.

Dewakampung merasakan Nik Aziz telah melakukan dosa kerana menuduh tanpa bukti dan hukumnya adalah HARAM....dipohon juga kepada Ketua Penerangan PAS tolong cerita sedikit perkara yang boleh atau tidak dalam Islam kepada Tuan Guru anda.

dewakampung berpesan tolong jangan menghancurkan perpaduan Melayu.

3 comments:

FFCrew Team said...

orang melayu adalah orang yang lemah lembut, sopan santun dan berbudi bicara tinggi. Pelancung asing juga suka akan perangai orang melayu.

tapi, orang melayu sekarang sudah senang. Sudah mampu berfikir dengan waras, dan mampu meletakkan ilmu sebagai medium utama.

Huh, tapi bila sudah kaya... ia semakin sombong. Semakin senang semakin sombong. Habis semua ditolaknya, sejarah ditolaknya. Bahkan perpaduan bangsa juga ditolaknya..

Maklumla, semua dah mampu berfikir. Dikuasi oleh unsur-unsur khianat org lain yang menampalkan ideologi khianat pada bangsa kepada anda.

diharap, kita sedar.... akan pentingnya perpaduan...

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Persoalannya disini apabila ada dikalangna pemimpin Melayu yang sanggup menjual Bangsa Melayu & Agama demi kuasa serta mangadaikan prinsip kepartian

Mohd Afdzal Mokhtar said...

SALAM BRO...ORG2 DALAM PARTI PAS NI CKP KERAJAAN UMNO-BN MEMERINTAH X MERUJUK AL-QURAN DAN SUNNAH ITU ADAKAH TUDUHAN YG X BERASAS.. TAPI ADAKAH MEREKA DI KALANGAN PEMIMPIN PAS MEMIMPIN PARTI ITU MERUJUK PADA AL-QURAN DAN SUNNAH JIKA MAHU MENYELESAIKAN SESUATU PERKARA?JAWAPANNYA TIDAK,SBB KALAU PEMIMPIN PAS MEMIMPIN PARTI ITU BERLANDAS KAN AL-QURAN DAN SUNNAH,MEREKA X KAN TTUP PERBINCANGAN TTG KERAJAAN PERPADUAN,DAN MEREKA X KAN MENGUTUK DAN MENGELUARKAN KENYATAAN YG MENYAKITKAN HATI ORG LAIN..SEBALIKNYA PEMIMPIN PAS YG MEMIMPIN PARTI ITU HANYA MERUJUK KEPADA MUSRIDUL AM PAS,DATUK NIK AZIZ,ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG BUKAN MERUJUK KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH..SKARANG KITA LIHAT PARTI MANE YG SESAT SEBENARNYA...


anakmelayu30.blogspot.com

support bro!!