Wednesday 10 June 2009

Mustafa Ali Tolak Perpaduan Melayu

Hari ini dewakampung agak teperanjat dengan kenyataan dan desakan Mustafa Ali yang mahu semua pihak dalam PAS menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Mustafa Ali meluahkan kenyataan yang tidak menjurus ke arah perpaduan Melayu boleh dilihat dengan nyata dalam HarakahDaily.net. Jelas menunjukkan Mustafa Ali tidak mahu orang Melayu bersatu hingga sanggup mendakwa AJK PAS Pusat tidak bersetuju dengan idea tersebut dan lebih mendukacitakan Mustafa Ali sanggup pula melawan Tuan Presiden PAS sendiri, ini satu lagi bukti menunjukkan Mustafa Ali tidak mempunyai sikap setia kepada pemimpin.

Dari kenyataan penuh Mustafa Ali telah membuktikan beliau tidak mempunyai semangat sayang pada bangsa Melayu dan seharusnya ahli-ahli PAS menolak beliau dari menjadi pemimpin tertinggi dalam PAS kerana dewakampung merasakan ramai lagi pemimpin PAS yang lebih layak dari beliau dan lebih penting sayang pada Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Persoalan disini mengapa Mustafa Ali susah sangat berbaik dengan UMNO yang seagama dan sebangsa. Adalah amat melucukan apabila Mustafa Ali lebih cenderung untuk bersama-sama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. dewakampung berani membukti kenyataan yang dinayatakan oleh Karpal Sing sendiri seperti keratan dibawah

Adalah jelas membuktikan Mustafa Ali mempunyai sikap yang sama seperti Husam dimana lebih suka bersama dengan kelompok erdogoan yang lebih mirip kepada perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Persoalan disini PAS semakin hilang arah dan semakin lari dari tujuan asal penubuhan?

2 comments:

Anonymous said...

Mustafa Ali itu patut di keluarkan dari PAS kerana menyusahkan Orang Melayu sahaja

Anonymous said...

PAS semakin hilang arah tujuan kerana sejarah pernah membuktikan PAS pernah telah menidakkan dengan tidak menyokong Cina dan India semasa Suruhanjaya Reid


En. Arif Azwan
Wilayah Persekutuan Labuan