Wednesday 17 June 2009

Nizar Semakin Terlanjur


Dewakampung percaya rakyat berasa malu dengan sikap bahalul Nizar yang melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN" selepas upacara angkat sumpah dan tindakan Nizar jelas menunjukkan kebodohan yang nyata serta tidak menghormati Dewan Yang Mulia. Adalah amat bertepatan apabila Speaker Dewan menjatuhkan tindakan tatatertib kepada Nizar atas kebodohannya.


Jelas membuktikan Rakyat Bukit Gantang yang memilih Nizar telah ditipu kerana Nizar hanya memperjuangkan pangkat dan kedudukan beliau sebagai bekas Menteri Besar Perak sahaja dengan menjerit dalam Parlimen?. Tahukah Nizar perbezaan antara Dewan Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tindakan Nizar ini menujukkan sikap dan sifat beliau tidak pernah puas dengan jawatan ADUN dan Ahli Parlimen. Nizar juga berjaya menipu perwakilan PAS hingga mendapat undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai seorang yang berimej baik lagi sopan dan perjuang, dewakampung mengharapkan agar ulama dapat menasihatkan Nizar mengikut peraturan serta menerima qada' dan qadar. Sekali lagi diingatkan tindakan Nizar jelas memalukkan PAS dan menjatuhkan imej serta maruah Orang Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

ORANG BUKIT GANTANG TELAH MELAKUKAN KESILAPAN BESAR

Aspirasi said...

Nizar ni tak boleh di selamatkan lagi patutnya masuk kan ke dalam zooo je... baru lah sesuai melompat-lompat kat dalam tu