Wednesday 15 May 2013

Obama Iktiraf Najib


YAB Datuk Seri Najib telah menerima satu panggilan mengejut dari Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan utusan ucapan TANIAH kepada beliau atas kemenangan Barisan Nasional mendapat mandat dari 27.5 juta rakyat Malaysia dan beliau terus menerajui kerajaan Malaysia selaku Perdana Menteri.

Panggilan ini boleh di simpulkan satu pengiktirafan kerajaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia dari segi pelaksanaan sistem demokrasi dan perjalanan pilihanraya yang tulus tidak seperti mana dakwaan Anwar Ibrahim bersama sekutunya yang cuba menghimpunkan rakyat untuk menentang kerajaan sedia ada dan yang di pilih melalui peruntukan undang-undang negara.


Selain ucapan TANIAH, Obama juga bersetuju untuk hadir ke Malaysia pada bulan Oktober untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global. Ini sekali lagi BUKTI bahawa sistem pilihanraya Malaysia di iktiraf oleh negara-negara kuasa besar tidak seperti mana di adu domba oleh Anwar Ibrahim bersama sekutunya.

Apa yang jelas anwar Ibrahim hanya menyebarkan dakyah jahat kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib dengan bertujuan mengugat kestabilan dan keharmonian negara. Jika ini berlaku di saran pihak Polis Diraja Malaysia harus mengambil langkah-langkah khas dan pencegahan menuruti lunas undang-undang kepada perosak kestabilan negara.

Turut baca disini

No comments: