Sunday 12 May 2013

Senator Nalla, Senator Ezam & YB Anwar

 
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum PKR) wajib menunaikan janji beliau untuk menjadi pensyarah sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta GAGAL untuk menakluki Putrajaya menurut Datuk S Nallakarupan, bekas sahabat karibnya. Datuk Nalla turut mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah banyak kali berbohong dan perlu mengotakan apa yang di janjikan. baca disini

 
Dapat dilihat pada PRU-13 masyarakat cina turut di tipu oleh Anwar Ibrahim apabila menyatakan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya maka dengan itu masyarakat cina telah memilih pakatan pembangkang dengan menolak Barisan Nasional (BN) yang selama ini banyak berjasa kepada masyarakat cina.
 
Faktor penolakkan kepada BN turut disumbang dengan isu perkauman yang cuba di bawa oleh pembangkang khasnya DAP hingga boleh menjejaskan perpaduan yang selama ini di bina dengan amat susah payah pemimpin-pemimpin terdahulu keadaan menjadi lebi teruk apabila parti-parti Melayu tidak bersatu hati hinggakan sanggup menghina sesama Islam hingga menyatakan kafir, solat orang UMNO tidak sah dan lain-lain kenyataan yang mengelirukan serta memecahkan umat Islam di Malaysia. .Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat pemimpin PAS yang menyokong isu kalimah ALLAH dalam Bible atas desakan sekutu pakatan pembangkang iaitu DAP

 
Merujuk kepada penerangan Senator Ezam Mohd Nor bahawa PRU-13 ini membuktikan orang Melayu Islam memihak kepada UMNO dan BN serta sebagai BUKTI golongan ini telah mula menolak Anwar Ibrahim. Keputusan PRU-13 juga menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah GAGAL memaksimakan undi Melayu hinggakan terpaksa mengharapkan undi dari kaum Cina itu pun atas bantuan DAP dan permainan politik kotor dengan membawa Isu perkauman untuk menolak BN. lihat disini
 
Bukti kedua boleh dilihat apabila PKR mengalami kemerosotan kerusi parlimen dengan hanya menag 30 daripada 99 calon bertanding dengan pecahan kaum 16 Melayu, 9 Cina, 4 India dan 1 Bumiputra manakala yang benar-benar untung dalam pakatan pembangkang adalah DAP iaitu 38 kerusi daripada 58 yang di pertandingkan.

No comments: