Sunday, 5 May 2013

YAB Najib Pemimpin Popular Dunia Ke-11

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers". Ini menunjukkan Najib popular di kalangan generasi muda yang banyak mengakses media sosial serta menggambarkan Perdana Menteri popular di Malaysia dan seluruh Dunia.

Pemantauan Sosialbakers (www.sosialbakers.com) twitter Najib (@NajibRazak) mencatatkan jumlah pengikut yang tertinggi dengan 1.5 juta selain mencatatkan 100,312 pengikut baru bulan lepas. Pemimpin Kedua selepas YAB Perdana Menteri ialah YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dengan 477,893 pengikut, manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat ketiga dengan 278,535 pengikut dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dengan 264,734 pengikut di twitter.

 Bagi laman Facebook YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mencatatkan jumlah "like" kedua tertinggi selepas bekas Perdana Menteri Kelima Y.A.Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad.

sumber :-http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=946666 

No comments: