KUALA
LUMPUR 26 April - Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra
Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang
itu.
Chandra
berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan
liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik
mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.
"Bekas
Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai
kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr.
Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti
Anwar homoseksual," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan
Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab
Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.
Pada
2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks
mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia
(ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang
pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Maklumat
yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh
November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar
terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang
dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.
Dalam
perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said
Keruak berkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang
'berpenyakit'.
Sehubungan
itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.
Sepatutnya
beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu
perlu meminta maaf kepada semua pihak.
''Saya
ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi
kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf
kerana beliau mempunyai 'penyakit'.
''Tidak
guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa
yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana
kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.
Sementara
itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk
Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak
meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai
kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.
Bermula
dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin
dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya
memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.
''Selepas
siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30
tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah
integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah
Dr. Chandra.
''Masih
terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang
peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana
Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol
dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,''
tegasnya.
No comments:
Post a Comment