Wednesday 21 May 2008

Bukan Senang Jadi Pemerintah

Khalid akui tidak berani buat perubahan besar

SHAH ALAM 20 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui beliau tidak berani membuat perubahan yang terlalu besar untuk memenuhi manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, ini memandangkan perbelanjaan kerajaan negeri ketika ini diputuskan dalam belanjawan yang dibuat tahun lepas dan beliau perlu menilai jumlah lebihan perbelanjaan dan kos-kos yang digunakan.

"Kita tunaikan manifesto pilihan raya, ini akan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN), belanjawan untuk negeri dibuat pada tahun sebelumnya, bukan sekarang, saya sebagai Menteri Besar menjaga belanjawan yang digubal pada 2007.

Itulah sebabnya saya tidak berani membawa perubahan yang terlalu besar, katanya ketika ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor di hadapan Sul- tan Selangor, Sultan Sharafuddin Id- ris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25, semalam yang sekali lagi membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri yang didakwa menipu pengundi.
sumber utusan malaysia (Rabu 21 Mei 2008)

suka cita orang kampung ingin menyatakan jangan hanya pandai bercakap sahaja bila jadi kerajaan baru tahu sebelum itu asyik duk kutuk je kerajaan Barisan Nasional tidak tunai janji. Bila hang dah jadi kerajaan baru tau,,,,,ingat senang ke jadi pemerintah

3 comments:

Anonymous said...

PKR selalu tak sedar diri, aysik duk kata dia boleh buat tp sekarang masih tak buat-buat

Anonymous said...

kepada Pemimpin-pemimpin yang ada tunaikan lah janji semasa pilihanraya yang lepas...sesungguhnya antara ciri-ciri orang munafik tidak menunaikan janji ingat tu

Anonymous said...

salam... maaf mencelah. bkn nk kata anti kerajaan malah sy sokong kuat pimpinan negara kita. cuma sy seru kita terima keputusan PRU12 secara terbuka. hidup mcm roda. jgn melatah dgn memandang rendah terhadap pembangkang. mereka bukan tak mampu tetapi mereka baru. pernah kita fikir kerajaan kita sudah terlalu lama memerintah... mustahil utk kerajaan baru bangun dlm masa yg singkat. dlm kata lain, bila kita mula berniaga hari ni... adakah bermakna kita akan menjadi jutawan keesokan harinya. tak salah memberi ruang & peluang sblm menghukum.
-exPres-