Saturday 7 February 2009

Karpal Ingkar Titah Sultan


Apabila saya membaca kenyataan Karpal didalam laman web Malaysiakini yang dengan penuh bongkak dan sombong ingin mengambil tidakan undang-undang kepada Sultan Perak merupakan satu tindakan biadap dan kurang-ajar.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini siapa Karpal ingin memaksa dan mendesak Sultan Perak menghentikan dan berhenti daripada melantik YAB Menteri Besar Perak yang merupakan Ketua Eksekutif bagi Kerajaan Negeri.

Saya mencadangkan seharusnya Karpal melihat diri sendiri serta memahami konsep sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Tidak guna menjadi Peguam jika Karpal sendiri tidak memahami konsep berkenaan.

Saya juga dengan lantang menyatakan kepada Karpal dan sesiapa yang berhajat seperti Karpal "JANGAN SESEKALI MENCABAR SULTAN, KERANA ORANG MELAYU CUKUP HORMAT KEPADA SULTAN & TITAH SULTAN HARUS DIIKUTI".

Diruang ini saya menyeru agar Karpal melihat kembali diri beliau dan jika tidak boleh mengikuti titah Sultan serta berani pula mencabar Keputusan Sultan yang sudah pasti mengikuti lunas undang-undang, Jangan berada disini lagi

KEPADA ORANG MELAYU MARILAH KITA BERSATU MEMPERTAHANKAN SULTAN

2 comments:

Anonymous said...

Karpal tidak sedar diri

Anonymous said...

Memahami Pindaan kekebalan Raja:

Pindaan Perlembagaan hanya membuka sedikit ruang bagi membincangkan hal-ehwal Raja-Raja didalam Dewan bukannya lesen besar untuk mempertikaikan kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja. Immuniti Raja juga kekal melainkan tindak-tanduk Raja2 dalam urusan peribadinya terhadap apa-apa kesalahan2 saksi sivil dibawah mana-mana undang2 bertulis Negara.

Maksudnya, Raja2 tetap memiliki dan menikmati kedudukan, keistimewaan, kemartabatan tinggi termasuk kekebalan selari dengan kedaulatan dan Ketuanan Baginda-Baginda Tuanku. Maka jangan beranggappan Raja sekadar simbolik kerana Kuasa sememangnya ditangan Raja2 jelas termaktub didalam Perlembagaan.

Pandangan NASPAZI (MAC 21, 2009 - http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html) sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari. saya dengan Prof Dr Aziz Bari tiada masaalah – saya dan beliau dalam satu Jabatan dan Fakulti yang sama. Kalau Prof Dr Aziz Bari hendak mengulas pandangan saya biarlah dia sendiri yang mengulas – beliaukan Professor. Malahan Naspazi juga telah menyalah ertikan pandangan Prof Dr Aziz Bari – rakan setugas saya dalam Fakulti Undang2 dan juga Tun Dr Mahathir dalam pindaan kekebalan Raja2.

Beberapa Petikan dari blog diatas Marhean apa yang Prof Aziz kata;

"Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat."

Prof Dr Aziz ujar lagi;
"Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok," ujarnya."

Dalam dua kenyataan Prof Dr Aziz Bari ini cukup sebagai pengendosan akan Ketuanan dan Kedaulatan Tuanku. Naspazi dari negeri mana – takkan tidak ada Tuanku yang memerintah dinegeri itu?

Apakah saya bias atau awak (Naspazi)? Nampaknya, Beginilah, Naspazi sebenarnya tidak faham apa yang dipindapun – baca betul2 ucapan Tun Dr Mahathir sekali lagi apa yang sebenarnya dipinda. Tun Dr Mahathir sememangnya setia (lahir dan batin)kepada Raja2 Melayu. Inilah masaalahnya bila tidak faham apa yang dibaca.

Petikan (beberapa sahaja) dibawah dari;
SELAYANG PANDANG KECAMUK POLITIK DI PERAK
Oleh: Naspazi - 22 Mac, 2009 -
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html
UCAPAN : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
JAWATAN: PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA
LOKASI : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
TARIKH : 18 JANUARI, 1993

Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
26. Justeru ……….. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.
27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.
28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.
37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity`.
38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.
55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.
60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

RAJA BERPERLEMBAGAAN TIADA KEKEBALAN
- Mahathir Mohamed

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamrudin
Pensyarah Undang2 IIUM
sebagai menjawab kepada Naspazi bahawa pandangan saya bias seperti dapat dilihat di didalam blog Marhean;
SELAYANG PANDANG KECAMUK POLITIK DI PERAK
Oleh: Naspazi - 22 Mac, 2009 -
http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html