Tuesday, 24 February 2009

Penghinaan Kepada Islam Apa Kata Nik Aziz & Hadi Awang???


Shabudin Yahaya (YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang)dan ADUN Permatang Berangan, Tasek Gelugor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP yang menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama. Penubuhan majlis tersebut seolah-olah kelihatan cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain serta ia secara tidak langsung memberi penghinaan kepada agama Islam yang sudah semestinya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agak menghairankan juga bagaimana Orang Melayu yang mengaku beragama Islam ini boleh bersetuju dengan tindakan penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama malahan hingga sanggup menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Majlis tersebut.

Tujuan penubuhan majlis tersebut adalah untuk menuntut kesamarataan antara agama, Persoalan yang ingin dibangkitkan adakah agama Islam ini sama seperti agama Kristian, Budhha, Taoims dan lain-lain.

Sukacita diingatkan menurut perlembagaan "perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian persekutuan"

Jika kita melihat dari konteks undang-undang adalah jelas menunjukkan Islam adalah agama yang tertinggi dalam kedudukannya di Malaysia kerana Perlembagaan sendiri hanya menyebut AGAMA LAIN, bukan nya menyebut Kristian, Hindu, Buddha, Taoims atau Ananisme.

Dapat dilihat juga penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama ini secara jelas telah melanggar atau percubaan untuk mencabar kuasa SPB Yang Dipertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam. Situasi ini dilihat satu lagi bentuk penderhakaan yang cuba dilakukan oleh pembangkang selepas melakukan perbuatan derhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Diharapkan Orang Melayu Beragama Islam dari mana parti pun dapat bangkit menentang penubuhan Majlis ini dan kepada AJK Majlis Perundingan Antara Agama yang dianggotai oleh Orang melayu beragama Islam dapat insaf dan kembali ke pangkal jalan.

No comments: