Wednesday 25 February 2009

MALAYAN UNION

Bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, merupakan bibit-bibit akhir kekalahan pihak Jepun di tangan pihak Berikat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Atas perintah Maharaja Hirohito, enam hari selepas kejadian tersebut, maka Jepun pun menyerah kalah. Semua askar-askarnya, diarahkan supaya berundur. Pada tanggal 12 September 1945 pihak Jepun telah menyerah kalah secara rasminya di Tanah Melayu dengan menandatangani perjanjian antara Itagaki dan Lord Louis Mountbatten, di Bangunan Perbandaran Singapura.

Rentetan peristiwa yang berlaku, penduduk tempatan mula memikirkan semula samada mereka perlu terus bergantung kepada kuasa-kuasa Barat untuk berlindung daripada sebarang ancaman luar, kerana telah terbukti pihak British telah gagal dalam mempertahankan Tanah Melayu serta melindungi rakyatnya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu, selepas perang tamat, mereka telah menubuhkan satu pemerintahan peralihan bercorak ketenteraan, yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) pada bulan September 1945, dengan tujuan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang telah terhakis. Pada ketika itu, pasukan Bintang Tiga, iaitu bekas kumpulan gerila Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), yang dianggotai kebanyakannya orang Cina, telah cuba untuk menguasai Tanah Melayu dengan melakukan keganasan. Keadaan telah menjadikan beberapa kawasan di Tanah Melayu huru-hara, terutama sekali di Batu Pahat, Johor dan di Sungai Manik, Perak.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, maka pihak British telah mengambil kesempatan memulakan rancangannya untuk menjajah Tanah Melayu dengan lebih serius.


Malayan Union

Sistem Kesatuan merupakan sebuah sistem pentadbiran negara. Dalam konteks di Tanah Melayu ini, ianya dikenali sebagai Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu). Sebenarnya, rancangan British untuk membentuk Malayan Union ini adalah sejak pihak Jepun menawan Singapura pada tahun 1942. Pihak British mendapati, antara faktor utama kekalahan Tanah Melayu kepada pihak Jepun adalah disebabkan oleh masalah penyelarasan antara ketiga-tiga sistem pentadbiran, iaitu Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang), dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Johor). Jadi, rancangan Malayan Union adalah untuk menyatukannya di bawah satu pentadbiran sahaja.

Sir Harold MacMichael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orang-orang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi menjadi ‘duri dalam daging.’

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.

Sir Harold MacMicheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa bersamanya ‘Kertas-kertas Penyerahan Kuasa’ yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu ‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Ja’afar Onn 2007).


Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.

Pastinya, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu. Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda, adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat kedengaran di seluruh Semenanjung.

Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya, Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor.

Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.

Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

Keenamnya, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr. Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) dan Dato’ Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato’ Nik Ahmad Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff.

Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang sama kepada semua kaum secara jus soli.

Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melaui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan politik berhaluan kiri. Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti Kongres India.



Kongres Melayu Se-Malaya dan Penubuhan UMNO

Maka, buat julung kalinya, pada 1 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah dapat dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ja’afar Onn (2007) menjelaskan, hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan, persatuan, pergerakan, dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura telah bersidang. Kongres Melayu pertama itu telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Hishamudin Alam Shah, Raja Selangor, sebagai tanda perpaduan Raja dengan Rakyat.

Hasil daripada persidangan kongres selama empat hari tersebut, Dato’ Onn Ja’afar telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Beliau juga telah mencadangkan supaya membentuk sebuah ‘Pertubuhan Kebangsaan’ yang bertujuan untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Seorang perwakilan - Dato’ Hamzah Abdullah telah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan tersebut disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Maka dengan itu, Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau sinonim dengan panggilan UMNO (Mohd. Isa Othman 2007).

Menurut Ruslan Zainuddin et al. (2005), Kongress Melayu Se-Malaya kedua telah diadakan di Johor pada 11 Mei 1946, meluluskan pembentukan UMNO yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Sekali lagi, Dato’ Onn telah diberi mandat dan kepercayaan, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.



Persekutuan Tanah Melayu

“Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” (Ja’afar Onn 2007).

Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 April 1946.

Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negeri-negeri Melayu daripada taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Ja’afar Onn 2007).

Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.

Dalam pada itu, rancangan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah mengundang bantahan dengan melancarkan hartal (hurt all) oleh kaum Cina (terutamanya), yang dipimpin Tan Cheng Lock. Namun ianya gagal.


Perjanjian Persekutuan

Menurut Mohd. Isa Othman (2007), Perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani oleh Sultan-sultan dengan British pada 21 Januari 1948 dan diisytiharkan dengan rasmi pada 1 Februari 1948. Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 adalah seperti berikut:

(a)Persekutuan mengandungi sembilan (9) buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura terus menjadi koloni British.

(b)Seorang Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai kerajaan dan menjadi pengerusi kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja.

(c)Majlis Undangan Persekutuan dianggotai oleh tiga orang ahli ex-officio, sembilan orang Menteri Besar dan dua orang wakil Majlis Tempatan (Pulau Pinang dan Melaka), sebelas orang ahli rasmi dan lima puluh orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

(d)Sebuah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk dan setiap kali persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Sultan yang dipilih oleh persidangan.

(e)Majlis Negeri ditubuhkan di tiap-tiap negeri bagi membuat undang-undang negeri. Pegawai eksekutif penting di peringkat negeri ialah Menteri Besar.

(f)Kedudukan istimewa orang Melayu terus dipelihara disamping kepentingan sah kaum-kaum lain juga dijaga.

(g)Dari segi kerakyatan, prinsip jus soli telah digugurkan dan diperkenalkan kewarganegaraan bersama. Dengan ini penduduk bukan bumiputera boleh menjadi rakyat Tanah Melayu mengikut undang-undang.

(h)Dalam hal pertahanan dan hal-ehwal luar akan dipegang oleh kerajaan British.


Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-raja Melayu dengan British, maka bermulalah satu evolusi politik Tanah Melayu untuk melangkah ke arah pemerintahan sendiri, iaitu Kemerdekaan. Beberapa siri Pilihan Raya telah berjaya diadakan bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula di Pulau Pinang pada Disember 1951, Kuala Lumpur pada Februari 1952, dan seterusnya Pilihan Raya Umum yang pertama iaitu pada 27 Julai 1955. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum imigran, namun, selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta kedudukan orang Melayu, selain bahasa dan agamanya dapat dipelihara dan diakui oleh semua pihak, ianya amat memadai bagi mereka yang bergelar Melayu.


"Buat tatapan keluarga besar Melayu seluruhnya. Sebuah cebisan nukilan tulisan, supaya kita tetap bersatu dan berdiri teguh, tanpa dibezakan dengan fahaman politik." Nazir Dalimi, 2008.www.nazirdalimi.blogspot.com

Tuesday 24 February 2009

Penghinaan Kepada Islam Apa Kata Nik Aziz & Hadi Awang???


Shabudin Yahaya (YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang)dan ADUN Permatang Berangan, Tasek Gelugor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP yang menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama. Penubuhan majlis tersebut seolah-olah kelihatan cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain serta ia secara tidak langsung memberi penghinaan kepada agama Islam yang sudah semestinya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agak menghairankan juga bagaimana Orang Melayu yang mengaku beragama Islam ini boleh bersetuju dengan tindakan penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama malahan hingga sanggup menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Majlis tersebut.

Tujuan penubuhan majlis tersebut adalah untuk menuntut kesamarataan antara agama, Persoalan yang ingin dibangkitkan adakah agama Islam ini sama seperti agama Kristian, Budhha, Taoims dan lain-lain.

Sukacita diingatkan menurut perlembagaan "perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian persekutuan"

Jika kita melihat dari konteks undang-undang adalah jelas menunjukkan Islam adalah agama yang tertinggi dalam kedudukannya di Malaysia kerana Perlembagaan sendiri hanya menyebut AGAMA LAIN, bukan nya menyebut Kristian, Hindu, Buddha, Taoims atau Ananisme.

Dapat dilihat juga penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama ini secara jelas telah melanggar atau percubaan untuk mencabar kuasa SPB Yang Dipertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam. Situasi ini dilihat satu lagi bentuk penderhakaan yang cuba dilakukan oleh pembangkang selepas melakukan perbuatan derhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Diharapkan Orang Melayu Beragama Islam dari mana parti pun dapat bangkit menentang penubuhan Majlis ini dan kepada AJK Majlis Perundingan Antara Agama yang dianggotai oleh Orang melayu beragama Islam dapat insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Takziah kepada Adun Batang Air



Satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di Malaysia iaitu di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang dimana Datuk Dublin Unting Ingkot Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Air telah meninggal dunia. Mendiang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Normah (NSMC), Petra Jaya pada jam 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar.

Apa yang pasti pilihanraya kecil akan berlaku dan kepada parti-parti yang bertanding diharapkan dapat berkempen dengan profesionalisme

Monday 23 February 2009

Kemelut POLITIK Perak Semakin Parah


Dilihat senario politik Perak semakin meruncing dengan tindak-tanduk tidak bertamadun Pembangkang walaupun Mohammad Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak)telah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar.

Pakatan Pembangkang bercadang mengemukakan undi tidak percaya Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (Menteri Besar Perak) yang sah serta diterima rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri(DUN)serta mendapat perkenan DYMM Sultan Perak.

V. Sivakumar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah menulis surat meminta perkenan DYMM Sultan Perak bagi melaksanakan sidang DUN Khas. Nizar turut menyatakan surat permohonan dihantar oleh ADUN Tronoh. Tindakan ini jelas menunjukkan sekali lagi Pakatan Rakyat melanggar titah DYMM Sultan Perak serta melakukan perbuatan derhaka dengan tidak iktiraf Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang mendapat persetujuan DYMM Sultan Perak.

Kepada Nizar mengapa masih berebut kerusi Menteri Besar Perak adalah lebih baik dan elok rupanya jika Nizar terus menjalankan tugas sebagai wakil Rakyat di kawasan beliau bukan nya seperti "Anjing Menyalak Bukit". Bukannya memohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak

Kepada V. Sivakumar selepas melanggar peraturan dengan mengantung Menteri Besar selama 18 bulan dan barisan Exconya 12 bulan apa lagi kemelut politik yang ingin dipamerkan. Jangan sekali-kali melibatkan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam permainan politik pembangkang kerana DYMM Sultan Perak tidak perlu mencemar duli dengan permainan politik.

RAKYAT SUDAH MULA MUAK DENGAN KEMELUK POLITIK ORANG-ORANG GILA KUASA DAN TIDAK MENERIMA HAKIKAT

DAULAT TUANKU



DAULAT TUANKU
HIDUP RAJA-RAJA MELAYU

Guan Eng, DAP, Pakatan Rakyat & Janjinya



YAB Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengakui gagal menunaikan janji menghapuskan miskin di negeri ini seperti manifesto pilihanraya pemimpin pakatan Rakyat. Semasa pilihanraya yang lepas pakatan Rakyat selalu menyatakan dengan penuh bangga serta berkebolehan membasmi kemiskinan tegar dalam tempoh setahun tetapi apa yang jelas YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri telah mengumumkan kegagalan tersebut.

Guan Eng menyatakan kerajaan negeri pimpinan beliau gagal menyelesaikan masalah bekenaan kerana kesukaran membuka akaun amanah kerana perlu melalui prosedur yang panjang tanpa memberi penjelasan yang jelas kepada rakyat dan hanya menyatakan ia berpunca dari masalah teknikal.



Antara kata-kata beliau
"Kita menghadapi kesukaran membuka akaun amanah. Akaun ini akan digunakan untuk memasukkan dana yang disumbangkan penderma supaya turut mendapat faedah," katanya selepas merasmikan klinik kesihatan percuma sempena kempen kesihatan di Padang Lucky Garden, di sini semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP telah membuat janji yang kedua dengan berkata membasmi kemiskinan tegar pada hujung tahun ini jika akaun amanah berjaya dibuka Mac ini. Sukacita ingin dikatakan hanya lagi 7 hari hendak cukup bulan Mac 2009 adakah perlu mengikuti prosuder yang panjang akan disalahkan lagi oleh Guan Eng.

Tunggu & Lihat Mac ini... (",)

Thursday 19 February 2009

V.Sivakumar Ingkar Titah DYMM Sultan Perak

V.Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri, Perak, ADUN DAP Tronoh) telah mengambil tindakan mengejutkan dan tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (Menteri Besar) bersama enam Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru dari menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. Tindakan Sivakumar ini yang masih bermimpi kerajaan Pakatan Rakyat masih memerintah negeri Perak.

Apa yang jelas V.Sivakumar tidak menghormati keputusan Institusi Raja-Raja Melayu, mempersoalkan dan mempermainkan kuasa DYMM Sultan Azlan Shah (Selaku Sultan Perak) yang melantik Menteri Besar baru iaitu Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

V.Sivakumar juga seakan-akan mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang jelas termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 181. V.Sivakumar juga telah melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan). V. Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak selama 18 bulan dan barisan Exco pula selama 12 bulan, apa yang jelas V.Sivakumar takut kepada bayang-bayang sendiri dan seharusnya V.Sivakumar bersama-sama Nizar meletak jawatan sebagi ADUN kerana menderhaka dan ingkar titah DYMM Sultan Perak.



Kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama di Perak belajar menerima kenyataan dan jangan cabar kedudukan serta Kedaulatan Raja-Raja Melayu kerana Bangsa Melayu cukup menghormati Institusi Raja.

Kepada Nizar JANGAN JADI hamba yang DERHAKA KEPADA RAJA ingat jawatan ADUN yang beliau miliki adalah di kawasan jajahan DYMM Sultan Perak.

Benarkah Ini Teman Lelaki Elizabeth Wong



Lelaki Kacak bernama ini dipercayai dan didakwa merupakan teman lelaki Elizabeth Wong dan mempunyai hubungan rapat dengan (ADUN) Bukit Lanjan yang mewakili PKR. Elizabeth Wong pernah merakamkan penghargaan lelaki ini selepas menang dalam pilihanraya lepas dengan mendakwa beliau seorang penyabar serta sentiasa beri sokongan pada beliau.

Persoalannya adakah Hilmi lelaki tersebut? selain itu juga adakah Hilmi ini merupakan ahli PKR. Saya merasakan Elizabeth Wong harus menjawab persoalan ini jika beliau merasakan diri itu layak sebagai pemimpin......

Hairan dengan pemimpin yang mempunyai masalah MORAL

Perbezaan HUDUD PAS di Kelantan & Terengganu????



HUDUD, QISAS & TA'ZIR adalah perkara yang berkaitan dengan hukum dan perundangan Islam yang mempunyai definisi-definisi yang tersendiri dan sangat berbeza maksud dan hukum perlaksanaan walaupun dalam satu kategori.

SEMUA ULAMA FIQHBERSEPAKAT BAHAWA KESALAHAN HUDUD IALAH 7 PERKARA IAITU
1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA
7. MEMBERONTAK

TAJUK DRAF HUDUD PAS DI ANTARA KELANTAN & TERENGGANU TIDAK SAMA BERGITU JUGA KESALAHAN HUKUM HUDUD

TAJUK DRAF HUDUD KELANTAN :- Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Susunan Seksyen-Seksyen Permulaan.

TAJUK DRAF HUDUD TERENGGANU :- Draf Cadangan Rang Undang-undang Jenayah Syariah(HUDUD & QISAS)Terengganu.

PERBEZAAN JENIS JENAYAH HUDUD DIANTARA KELANTAN (6 ITEM KESALAHAN) DAN TERENGGANU (7 ITEM KESALAHAN)

KELANTAN

1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA

TERENGGANU

1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA
7. MEMBERONTAK

* nota = MEMBERONTAK TIDAK ADA DI KELANTAN TETAPI DIAKUI DI TERENGGANU

JENAYAH MEMBERONTAK :-
Dalam Bahasa Arab "AL-BAGHY" Penggunaan Biasa Membawa Maksud Berusaha Memperolehi Sesuatu

IMAN SHAFEI MEMBERI ERTI :-
Pemberontakan & Perderhakaan Terhadap Pemimpin. Satu Gerakan Yang Teratur Yang Terancang.

DRAF HUDUD TERENGGANU MEMBERI DEFINI PENDERHAKA "BUGHAH" :-
Keluar Daripada Mematuhi Pemerintah Secara Kekerasan. Sautu Tindakan Sekumpulan Orang Islam Yang Tidak Mematuhi Pemerintah Secara Kekerasan Tanpa Alasan yang Pasti.

TERBAHAGI KEPADA 3 PERKARA IAITU :-
1. Penderhakaan Kepada Pemerintah
2. Menggunakan Kekerasan
3. Niat Jahat.

Ulasan Peribadi Saya berdasarkan kepada Draf HUDUD :- NIZAR JAMALUDDIN & ANWAR IBRAHIM telah melanggar hukum ini secara jelas lagi bersuluh dan boleh diperangi lebih-lebih lagi KARPAL SINGH

Wednesday 18 February 2009

PAS & Elizabeth


Elizabeth bersama muslimah PAS di Ibu Pejabat PKR

Saya merasa hairan mengapa muslimah PAS bergitu bersungguh-sungguh bersama Elizabeth Wong dalam isu gambar bogel, malahan ada yang sanggup menitiskan air mata serta mempertahankan. Apa yang dilihat amat menyedihkan kerana sebagai sebuah Parti yang memperjuangkan Islam seharusnya perkara ini tidak berlaku, mengapakah kerana politik sanggup mengadaikan perjuangan PAS sertamaruah sebagai bangsa Melayu.

Dr Lo' Lo Ghazali (PAS-Titiwangsa)turut tidak bersetuju dengan tindakan Elizabeth Wong meletak jawatan kerana mendakwa ia adalah taktik kotor menjatuhkan ahli politik dikalangan wanita. Dr Lo' Lo' juga turut menyalahkan pihak media dalam isu ini. Satu lagi persoalan yang ini dewakampung bangkitkan mengapa apabila media tidak seteru dengan PAS disalahkan sama seperti kes Mufti Perak di hina akibat kenyataan yang tidak seiring dengan Pakaran Rakyat

Isu gambar bogel Elizabeth Wong adalah benar, malahan Elizabeth Wong sendiri tidak menafikan gambar tersebut, persoalan moral dan etika perlu dijawab bukannya persoalan melanggar undang-undang negara...INGAT MORAL & ETIKA ADALAH PENTING SEBAGAI PENTING SEBAGAI PEMIMPIN.




HAIRAN MEMIKIRKAN PEMIMPIN SEKARANG

Tuesday 17 February 2009

Apa Tok Guru PAS nak kata



Nik Aziz pernah mengeluarkan berkata

Masuk Pakatan Rakyat = Mulia

Masuk Barisan Nasional = Hina

Persoalan sekarang bagaimana nak masuk Tok Guru sebab Pakatan raktan terbukti HINA dengan ADUN yang posing maut dalam gambar dibawah



Kepada Tok Guru fikir-fikirkan...sebab ulamak berkata orang akan ikut tetapi jika ulamak cakap perkara tidak betul tetapi orang ikut..FAHAM-FAHAM DI HARI KEMUDIAN (AKHIRAT)

PESANAN SAUDARA SESAMA ISLAM

Pengakuan Elizabeth Wong



Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan, Exco Selangor) telah pun menawarkan diri untuk meletak jawatan pada jam 11.00 pagi (Selasa. Pengumuman perletakan jawatan sebagai ADUN dan Exco Selangor1 di buat pada 17 Februari 2009 dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tropicana Damansara. Maka dengan satu lagi pilihanraya kecil bagi DUN Bukit Lanjang akan berlaku setelah Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Apa yang jelas pilihanraya di Bukit Lanjang akan mendatangkan implikasi kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR keran apa yang jelas Exco PKR sendiri yang merupakan ADUN dan orang kuat dalam PKR mempunyai masalah moral yang sangat tinggi serta bertentangan dengan budaya masyarakat timur.

Antara pengakuan yang dibuat sendiri oleh Elizabeth Wong dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai penyebaran gambar bogel beliau "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim." Apa yang jelas jika Elizabeth Wong memang tidur secara berbogel berdasarkan kepada pengakuan beliau dalam Malaysiakini.



Hai pemimpin-pemimpin PKR?????

Elizabeth & Gambar Bogel



Negara dikejutkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong (Exco Kerajaan Selangor) yang dipimpin oleh pembangkang. Malahan Elizabeth Wong menyatakan kepada pemberita penyebaran gambar tersebut berniat jahat yang bertujuan memalukan serta mencemar nama baiknya selaku Exco Kerajaan Selangor. Elizabeth Wong turut mendakwa ia merupakan satu serangan peribadi dan pencabulan maruah serta kehidupan peribadi.

Apa yang nyatakan mengapakan Elizabeth Wong tidak menafikan gambar tersebut dan boleh dikatakan itu gamabar sebenar beliau, sebab itu Elizabeth Wong nyatakan sekejap bogel dan sekejap nseparuh bogel kerana dia pun sudah lupa bogel atau tidak. Persoalan yang ingin saya katakan Elizabeth Wong seharusnya bertanggungjawab ke atas gambar tersebut sekiranya itu gamabar sebenar beliau dan beliau seharusnya meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan kerana tidak layak menjadi Wakil Rakyat kerana berkelakuan tidak senonoh walau apa alasan yang diberikan.

Saya masih ingat semasa kes Datuk Seri Chua Soi Lek mereka mendesak beliau meletak jawatan, tetapi pada masa kini Elizabeth Wong pula melakukan aksi yang agak menarik, persoalan disini mengapa YAB Menteri Besar Selangor tidak meminta Elizabeth Wong meletak jawatan???

hai persoalan yang masih belum terjawab

Penyokong Pembangkan maki Mufti Perak

Saya terkejut dengan berita yang didengari apabila penyokong pembangkang mengelar Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) sebagai anjing. Ini berlaku apabila Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepeda pemerintah dianggap derhaka.

Apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak itu adalah benar kerana dalam Islam sekali pun ada pernyataan sedemikian iaitu "TAAT LAH KAMU KEPADA PEMIMPIN, SELAGI PEMIMPIN TIDAK MENYURUH KAMU MENLAKUKAN PERKARA YANG MUNGKAR" maka persoalan disini DYMM Sultan Perak tidak pernah menyuruh rakyat melakukkan perkara mungkar, maksiat atau perbuatan yang keji jadi mengapakah penyokong dan pemimpim pembangkang tidak boleh mentaati titah DYMM Sulatan Perak.

Saya melihat keadaan ini berlaku kerana Pemimpin Pembangkang sendiri tidak mentaati titah DYMM Sultan Perak bukti yang jelas di mana Nizar (Ahli DUN PAS) sendiri memohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak dan ia cerata tidak langsung menjadi ikutan penyokong Pembangkang yang jahil tetang agama atau terlalu kemaruk dengan politik hingga sanggup menuduh ulamak sebagai anjing.

dewa kampung ingin berpesan sudah-sudah berpolitik dan titah DYMM Sultan Perak harus dijunjung,

Hidup Raja-raja Melayu

Thursday 12 February 2009

Karpal Bermain Api


Saya melihat keadaan politik negara pada masa ini sangat kucar-kacir kerana tindakan Karpal yang mahu menyaman DYMM Sultan Perak telah menyebabkan rakyat terutama orang Melayu sangat marah. Saya berasa hairan mengapa Karpal sungguh berani bermain dengan api kerana sebagai Ahli Politik seharusnya beliau mengetahui tindakan tersebut telah menguris perasaan dan hati Orang Melayu.

Untuk pengetahuan Karpal Orang Melayu amat menghormati Intitusi Raja-raja dan Agama Islam dan adalah amat malang sekali jika sesiapa yang mencuba atau menyentuh dua perkara ini. Saya merasakan Karpal sebenarnya lebih memahami keadaan politik Malaysia kerana kesilapan-kesilapan seperti ini boleh mencetuskan keadaan yang huru-hara (besar kemungkinan pergaduhan kaum boleh terjadi).

Saya melihat tindakan Karpal ini sangat tidak profesional, ini terjadi setelah kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebagai ahli politik Karpal seharusnya menerima dengan hati yang terbuka selaras dengan prisip Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan.

Sikap Karpal ini adalah untuk menuntup kesalahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat serta menuntup pepecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, maka dengan cara ini isu kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dialihkan kepada isu saman DYMM Sultan Perak. Suka-cita saya ingatkan kepada Karpal bahawa jangan sekali-kali melibatkan Institusi Raja dalam permainan politik kotor pembangkang. Perkara kedua yang dapat dilihat Karpal seolah-olah cuba menjadi jaguh kepada ahli DAP bahawa beliau adalah pemimpin terbaik...tetapi apa yang jelas tindakan beliau bukan sebagai jaguh tetapi sebagai pengecut


Karpal seharusnya melihat diri beliau kepada bahawa jawatan yang diterima sebagai Ahli Parlimen adalah dari kawasan DYMM Sultan Perak. Oleh yang demikian saya menyeru agar Karpal memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Perak.

Pesanan Ikhlas Jangan Di Jolok Sarang Tembuan

Rampasan Harakah :- Pembetulan Kenyataan Presiden GAMIS

Presiden GAMIS Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor menyeru ahli-ahli di semua peringkat supaya menggembling tenaga dan gerakan demi membetulkan amalan tidak demokratik oleh kerajaan Malaysia yang telah merampas akhbar Suara Keadilan. Disini saya melihat kenyataan penuh angkuh seperti angkuh Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar Perak.

Apa yang ingin saya nyatakan adakah "suara keadilan" itu mempunyai kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan jika kerajaan didakwa zalim saya merasakan akhbar itu tidak boleh keluar dari peringkat awal lagi. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku Suara Keadilan telah dipasarkan sebelum memdapat kelulusan dari KDN lagi.



Bergitu juga dengan akhbar Harakah telah diterbitkan sebelum mendapat kebenaran dari KDN lagi dan hanya dikatakan dijual untuk ahli PAS sahaja tetapi apa yang berlaku akhbar Harakah dijual untuk tatapan umum...Persoalannya disini siapa yang sebenarnya tidak demokrasi dan menjadi pembohong.

Berkenaan Peralihan Kuasa Kerajaan Negeri Perak Saudara Presiden GAMIS mendakwa ia dilakukan secara "kudeta @ rampasan secara paksa" dan suka-cita ingin saya katakan tiada rampasan kuasa yang berlaku kerana ia berjalan mengikut lunas undang-undang.

Kepada saudara saya Presiden GAMIS jangan jadi kambing HITAM kepada mana-mana Parti Politik dan lihat dari sudut yang terbuka kerana anda bakal Perwaris Negara tetapi perlu diingat belajarlah untuk menerima kenyataan dan kebenaran

Memorumdum Mahasiswa/I Universiti Malaya

MEMORANDUM
SOKONGAN PADU MAHASISWA
UNIVERSITI MALAYA
KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH
TUANKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA
DAN
TUANKU RAJA DR. NAZRIN SHAH
TUANKU PRO-CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

OLEH:
SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN
UNIVERSITI MALAYA (SPKUM)
KELAB KEBUDAYAAN CINA UNIVERSITI MALAYA
PERSATUAN BAHASA TAMIL UNIVERSITI MALAYA
PERSATUAN MAHASISWA TINGGAL LUAR KAMPUS


Tarikh : 10 Februari 2009
Rujukan : Memo2/su/spkum/UM/08/09

Kepada:
Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. GHAUTH JASMON
Naib Canselor Universiti Malaya


Y.Bhg.Profesor Datuk,

MEMORANDUM SOKONGAN PADU MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH TUANKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA DAN TUANKU RAJA DR. NAZRIN SHAH TUANKU PRO-CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

Pendahuluan
Kami sebagai mahasiswa Universiti Malaya ingin menyatakan kekesalan dan kekecewaan kami yang tidak terhingga di atas senario politik dan suasana kelam-kabut yang berlaku di Negara ini khususnya di negeri naungan Tuanku Canselor Universiti Malaya, KDYMM Sultan Azlan Shah, Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sebagai Mahasiswa di sebuah Universiti yang di naungi di bawah payung mahkota baginda, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kami untuk sentiasa teguh berdiri mendokong dan menyokong kewibawaan dan maruah baginda. Kemelut politik yang melanda Perak pada hari ini secara langsung telah memberi kesan yang sangat buruk imej Negara di mata dunia. Bahkan lebih teruk lagi, kemelut dan perbalahan antara parti-parti politik ini telah mengheret sama Institusi Kesultanan tercalit kekotorannya.

Seperti juga kuasa Raja Berperlembagaan di lain-lain negeri yang diperintah raja atau sultan, dalam kes di negeri Perak ini, mahasiswa berpendapat bahawa Sultan Perak mempunyai beberapa kuasa khusus yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan.
Pertama baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Dewan Undang Negeri susulan mana-mana permintaan atau nasihat.
Kedua, kuasa melantik seseorang daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN berkenaan.
Ketiga, hak mengemukakan permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai kemudahan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran diraja serta hak dan kuasa penentu sebagai ketua agama Islam dan payung adat istiadat Melayu di negeri Perak.

Baginda berhak menentukan tidak menerima nasihat untuk membubarkan DUN tanpa memberi apa-apa sebab. Kuasa dan peranan diraja ini tidak boleh dicabar di mahkamah sama ada menerusi konsep fraudem legis (muslihat negatif legislatif atau dewan perundangan) atau peruntukan statutori lain.
Keempat, Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)(a) berhak melantik (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Dalam Perlembagaan Negeri-negeri dan juga Persekutuan, peruntukan ini sedia ada, cuma cara dan kaedah bagaimana sultan atau raja menyempurnakan fungsi ini tidak dinyatakan huraiannya di dalam Perlembagaan.
Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.

Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly".
Ada pakar-pakar perlembagaan yang berpandangan bahawa memadai jika pihak diraja membuat keputusan subjektifnya tanpa mengadakan pengundian di sesuatu persidangan DUN bagi menentukan sokongan terhadap seseorang MB.

Mengadakan undian di DUN bukan merupakan satu-satunya cara untuk menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap seseorang MB. Sultan Perak khususnya boleh membuat kaedahnya sendiri sejajar dengan Artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Kes-kes terdahulu yang boleh dijadikan perbandingan, termasuklah kes Stephen Kalong Ningkan (1966) dan kes pertikaian Ketua Menteri di Sabah khususnya pada tahun 1994 dan perihal seorang pembesar di Nigeria melalui kes Adigbenro Akintola.

Memang ramai yang menganggap bahawa kaedah melucutkan jawatan seseorang Ketua Kerajaan ialah melalui konvensyen undian di lantai dewan legislatif.
Tetapi harus ditegaskan kes-kes tersebut adalah nas-nas perundangan case law yang tidak terbit daripada peruntukan perlembagaan yang jelas atau khusus seperti di Perak.

Ia tidak sama dengan kuasa yang ada pada Sultan Perak di bawah Perkara 16(4) Perlembagaan negeri itu yang bermaksud:

Dalam perkara melantik seseorang Menteri Besar, Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah mengikut budi bicara baginda mengecualikan atau tidak memakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini (Perlembagaan Negeri Perak) berkaitan mana-mana had kuasa (restrictions) berhubung dengan pelantikan Menteri Besar, jika pada pendapat baginda tindakan sedemikian perlu untuk menyempurnakan kehendak peruntukan-peruntukan Perkara (16) ini.

Dengan perisai peruntukan ini jelaslah bahawa baginda sultan tidak terikat untuk mengikuti mana-mana kelaziman atau konvensyen seperti untuk mengadakan undian sokongan (vote of confidence) di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan seseorang anggota DUN itu layak dilantik sebagai MB.

Berdasarkan hujahan-hujahan yang di kemukan di atas, kami seluruh mahasiswa/I Universiti Malaya tetap menyokong penuh tindakan dan keputusan yang di buat oleh DYMM Tuanku Canselor kami dalam usaha baginda untuk memperkukuh dan mengekalkan kestabilan rakyat negeri Perak


Justeru kami mahasiswa menuntut agar ;

1. Menuntut agar Kuasa Sultan dan Kewibawaan baginda tidak di cabar oleh mana-mana pihak selaras dengan bidang kuasa baginda sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan dan mengheret mana-mana pihak yang membuat provokasi dan tuduhan melampau terhadap baginda Sultan di kenakan tindakan yang sekeras-kerasnya.

2. Menuntut agar parti-parti politik di Negara ini agar menghentikan segala provokasi dan fitnah-fitnah politik yang melibatkan kesucian dan maruah Institusi Beraja di Negara ini.

3. Semua Mahasiswa dan Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip asas rukunegara yang menjadi tunjang kepada perpaduan di Negara Malaysia.



Penutup:

Kami mengharapkan agar tuntutan ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Selaras dengan kemuliaan dan kewibawaan pemerintahan Baginda Sultan yang adil dan bijaksana, seluruh rakyat Malaysia dapat bersatu dan memperkukuh perpaduan dalam menangani konflik sebeginidaripadaberulang.


Sekian terima kasih.

Memorandum ini di sokong oleh:

Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM)

Saudara Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali
Wakil SPKUM

Kelab-kelab Kebudayaan Cina Universiti Malaya

Saudara Shum Khay Yeap
Wakil CCC UM

Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya

Saudara Muthu
Wakil PBTUM

Persatuan Mahasiswa Tinggal Luar Kampus (PUSPITA)

Saudara Firdaini
Wakil PUSPITA

Wednesday 11 February 2009

Nizar dan Si Luncai


Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan mahu menjalankan ‘tugas’ seperti biasa sebagai Menteri Besar Perak dan mahu memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bersama beberapa orang bekas Exco Pakatan Rakyat. Nizar hadir dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri yang masih belum di pulangkan walaupun Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan surat rasmi agar semua harta Kerajaan Negeri Perak harus di pulangkan. Sedarkah Nizar bahawa beliau telah mengunakan harta kerajaan tanpa sah dan apa yang pasti kereta camry itu dibeli melalui duit rakyat dan sudah pasti ia milik rakyat.

Nizar dan bersama barisan Exco Pakatan Rakyat berdegil dan berusaha menembusi benteng Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Boleh dikatakan Nizar bersikap tidak tahu malu dan amat "GILA KUASA".

Nizar dan bekas Barisan Exco turut diiringi oleh penyokong Pakatan Rakyat yang sama-sama dengan pemimpin mereka yang tidak faham konsep Demokrasi Berparlimen & Raja Berpelembagaan. Apa yang ingin saya katakan Nizar, Bekas Exco, Pemimpin Pakatan Pembangkang tidak memahami Perlembagaan serta boleh dikatakan tidak menghormati undang-undang.

Nizar juga dengan bongkak terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebagai pejabat dan tempat mesyuarat Exco. Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) telah menuduh UMNO mempermainkan isu derhaka terhadap Sultan, ingin saya katakan disini Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman DYMM Sultan Perak bukankah itu satu tindakan yang derhaka.

Tindakan Ngeh Koo Ham menyalahkan UMNO adalah sikap tidak profesional dan keanak-anakkan kerana meletakkan kesalahan pada pihak lain. Kepada Ngeh Koo Ham rakyat melihat apa yang DAP dan Pakatan rakyat lakukan, jangan membohongi rakyat dengan retorik politik beliau.

Pesanan saya kepada Nizar kamu telah tersesat jauh dan kembalilah ke pangkat jalan jangan "GILA KUASA" kamu memalukan Bangsa Melayu.
Saya memohon kepada Nizar tolong HORMATI KEPUTUSAN SULTAN KERANA ANUGERAH DATUK SERI YANG BELIAU PEROLEHI ADALAH ANUGERAH DARI DYMM SULTAN

Aku Pening Memikirkan Nasib Anak Melayu Perak

Penggerak Mahasiswa Pertahankan DYMM Sultan Perak


Selasa 10hb Februari 2009 Penggerak Mahasiswa telah mengadakan Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak dan Canselor Universiti Malaya oleh Penggerak Mahasiswa dan Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya. Perarakan aman tersebut dikhabarkan bermula dari Audotirium Kompleks Perdana Siswa (KPS) terus ke Dewan Tunku Canselor (DTC)UM.

Semasa perhimpunan tersebut lebih 300 mahasiswa telah hadir dan terdiri daripada pelbagai Kaum dimana bagi setiap Kolej Kediaman Universiti. Antara Media yang membuat liputan ialah TV3 dan RTM.

Diantara isi kandungan memorumdum ialah pendirian mahasiswa UM untuk mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan Pro-Canselor daripada dibawa ke Mahkamah, Mengesa agar PAS, DAP dan PKR tidak membawa institusi Raja ke kancah politik serta melindungi Institusi Raja yang memayungi sistem Pentadbiran Negara.

Saturday 7 February 2009

Karpal Ingkar Titah Sultan


Apabila saya membaca kenyataan Karpal didalam laman web Malaysiakini yang dengan penuh bongkak dan sombong ingin mengambil tidakan undang-undang kepada Sultan Perak merupakan satu tindakan biadap dan kurang-ajar.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini siapa Karpal ingin memaksa dan mendesak Sultan Perak menghentikan dan berhenti daripada melantik YAB Menteri Besar Perak yang merupakan Ketua Eksekutif bagi Kerajaan Negeri.

Saya mencadangkan seharusnya Karpal melihat diri sendiri serta memahami konsep sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Tidak guna menjadi Peguam jika Karpal sendiri tidak memahami konsep berkenaan.

Saya juga dengan lantang menyatakan kepada Karpal dan sesiapa yang berhajat seperti Karpal "JANGAN SESEKALI MENCABAR SULTAN, KERANA ORANG MELAYU CUKUP HORMAT KEPADA SULTAN & TITAH SULTAN HARUS DIIKUTI".

Diruang ini saya menyeru agar Karpal melihat kembali diri beliau dan jika tidak boleh mengikuti titah Sultan serta berani pula mencabar Keputusan Sultan yang sudah pasti mengikuti lunas undang-undang, Jangan berada disini lagi

KEPADA ORANG MELAYU MARILAH KITA BERSATU MEMPERTAHANKAN SULTAN

Friday 6 February 2009

NIZAR JANGAN DERHAKA PADA SULTAN


Nizar secara lantang telah mohon derhaka kepada Sultan Perak dan ini merupakan satu tindakan yang amat tidak bertamadun sebagai seorang Rakyat. Saya melihat Nizar dan Barisan Exco Perak harus menerima keputusan Sultan dengan sikap profesionalisme bukannya dengan angkuh menyatakan saya masih Menteri Besar Perak.

Walau dalam apa keadaan pun ingin saya nyatakan Sultan mempunyai kuasa yang sah dan tertinggi dan setiap rakyat termasuk Nizar (Perasan mempunyai kuasa melawan Sultan) harus menuruti apa yang diupeerintahkan oleh Sultan.

Sebagai orang Melayu saya melihat Nizar telah menderhaka kepada Sultan dan suka cita saya ingatkan jangan sesekali mencabar apa yang dititah oleh Sultan kerana pantang Melayu derhaka kepada Sultan.

Kadang-kala saya tertanya-tanya Mengapa Nizar sebagai Orang melayu sanggup menderhaka kepada Sultan??. Saya berharap agar Nizar harus dikenakan tindakan kerana bersikp amat BIADAP dengan titah Sultan.

Kepada seluruh Orang Melayu terutamanya dalam PAS dan PKR jangan bersikap seperti bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang secara jelas menderhaka kepada Sultan Azlan Shah...ingatlah titah Sultan harus di patuhi

aku berfikir, apa sudah jadi dengan sikap Pakatan Rakyat

Sunday 1 February 2009


saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, kita boikot barang buatan Yahudi dan Amerika Syarikat dan belilah barang buatan Malaysia

Perkataan ALLAH dalam Herald Catholic


Saya merasa sangat hairan mengapa Y.B Tan Sri Bernard Dompok (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) boleh merayu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membenarkan "Herald Catholic" menggunakan perkataan ALLAH SWT dalam terbitan mingguan akhbar tersebut. Saya merasakan adakah Y.B Tan Sri tidak memahami konsep beragama di Malaysia dan suka cita ingin saya katakan kepada Y.B Tan Sri mengikut Perlembagaan Persekutuan Per 3 Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian persekutuan.

Saya melihat editor "Herald Catholic" tidak memahami bahawa agama Islam telah termaktud dalam Pelembagaan Undang-undang negara dan adakah Y.B Tan Sri Bernard Dompok yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut tidak memahami Perlembagaan dan jika tidak faham bagaimana Y.B boleh jadi Menteri????.

Kepada mereka yang terbabit saya menyeru jangan sesekali cuba mencabar Islam kerana saya percaya orang Melayu cukup sensitif dengan agama dan ingin saya ingatkan kepada kaum-kaum lain jangan mempersoalkan apa yang telah termaktud dalam Perlembagaan Negara.

sekadar renungan kita bersama