Tuesday, 31 March 2009

Politik & Guru adakah berbaloi



Saya melihat Cadangan membenarkan Guru bergiat aktif dalam politik harus dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan kerana ia boleh memecahbelah warga pendidik serta kemungkinan besar akan menghasut para pelajar sekolah ini terjadi apabila seorang Guru sangat taksub dengan parti tertentu yang disokong.

Jika pada masa sekarang pun terdapat segelintir guru yang taksud dengan parti tertentu hingga telibat dalam kempen pilihanraya apakah lagi apabila kelonggaran diberi. Saya percaya pelajar sekolah pun akan turut dipolitikkan apabila Guru terbabit tidak bersikap profesional.

Sukacita diingatkan disini bukan semua Guru menyokong kerajaan apa yang jelas dalam perlaksanaan Pembelajaran Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut ditentang oleh segelintir guru ini berdasarkan pengalaman penulis semasa menghadiri jemputan ceramah di salah sebuah sekolah di Lembah Klang sedangkan sebagai penjawat awam seharusnya melaksanakan setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seharusnya Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat perkara ini dari aspek positif dan negatif sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Harap Naib Presiden UMNO menpertimbangkan kembali cadangan tersebut

Monday, 30 March 2009

Harga Ayam dan Keprihatinan Kerajaan Pusat



Hasil dari kerajaan yang memperjuangkan rakyat dan memikirkan nasib rakyat dimana hingga harga ayam diturunkan sempena kemerosotan ekonomi global bagi mengurangkan beban rakyat. Sesungguhnya ini lah bukti nyata pemimpin yang memikirkan nasib rakyat serta kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat melalui tindakan bukan sekkadar percakapan kosong seperti diuacpkan oleh Pakatan Rakyat yang hanya sekadar pandai bercakap tanpa melakukan sesuatu untuk memikirkan kebajikan rakyat sempena masalah ekonomi peringkat global

Nizar sukar ditemui oleh wartawan



Selepas pencalonan di Parlimen Bukit Gantang kebanyakan ramai wartawan melahirkan rasa kecewa dengan sikap Calon PAS iaitu YB Nizar yang sukar ditemui untuk ditemu bual oleh wartawan. Perkara ini turut disokong oleh jentera pilihanraya PAS yang menyatakan untuk sebarang proses sidang akhbar hanya perlu bertanya kepada jentera kerana calon PAS mempunyai agenda lain.

Sikap Nizar ini sangat memalukan dan bukanlah sikap sebenar seorang pemimpin kerana sebagai seorang pemimpin ia perlu mempunyai sikap yang merendah diri, bukannya sombong dan tinggi melangit.

Adalah amat mendukacitakan kerana belum menjadi ahli Parlimen sudah sombong dan membangga diri itu belum lagi menjadi Ahli Parlimen. Sikap Nizar ini mungkin disebabkan sikap angkuh semasa menjadi Menteri Besar Perak sehingga sanggup memohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Ini sangat berbeza dengan Calon Barisan Nasional(BN) yang boleh ditemu-bual oleh wartawan pada bila-bila masa jelas menunjukkan calon BN untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah calon yang tidak sombong dan boleh membantu rakyat.

Saturday, 28 March 2009

Nik Aziz, Perokok & Kenyataan Akhbar



Tuan Guru Nik Aziz telah menyamakan perokok sama seperti "haiwan". maka dengan ini kepada penyokong-penyokong PAS yang menghisap rokok adakah mereka ini "haiwan"??? berdasarkan kenyataan Tuan Guru.

Kenyataan Tuan Guru ini amat tidak matang dan seolah-olah tahu semua hal, persoalan disini adakah rokok sama besar dosanya dengan minum arak??

Masalah sosial tertinggi pernah dicatatkan di negeri pimpinan Tuan Guru seperti penglibatan jenayah juvana tahun 2006 dengan pecahan berikut Melayu 681(98.8%), Cina 6(0.9%), India 2(0.3%) dan Lain-lain 0(0%) dengan jumlah keseluruhan 689.



Seharusnya Tuan Guru lebih memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini di Kelantan bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan sebagai pemimpim seharusnya Tuan Guru Nik Aziz memberi nasihat dengan kata-kata yang indah seperti saranan Nabi Muhammad S.A.W.

Dewakampung sayang rakyat Kelantan

AUKU dan Kenyataan Pemimpin Mahasiswa






sumber
http://mahasiswakini.com

Satu Kenyataan Yang Tidak Matang dari seorang pemimpin mahasiswa dan adakah ini sikap seorang pemimpin mahasiswa yang sentiasa melahirkan ketidakpuas-hatian, Agak malang jika ke semua pemimpin mahasiswa bersikap seperti ini

dewakampung sayang akan generasi muda

Friday, 27 March 2009

Mengapa Nizar Tidak Layak Jadi Ahli Parlimen



Semasa menjadi Menteri Besar Perak, Nizar banyak membuat keputusan tidak adil kepada Bangsa Melayu & Kaum India antaranya

1. Mengunci sekolah Tadika KEMAS & dewan serbaguna
2. Perancangan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina sebanyak 1000 hektar.
3. Pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru (19 geran hak milik telah pun dikeluarkan). Persoalan kenapa TIDAK diberikan kepada Orang Melayu & India.
4. Dasar parti campuram didalangi oleh DAP & Menteri Besar hanya sebagai boneka.
5. Demonstrasi jalanan dilakukan oleh Orang Melayu dan ini bukan budaya Malaysia sebaliknya budaya ini dipolopori oleh Anwar Ibrahim dan Parti Campuran. Jika benar parti campuran sepakat, mengapa kaum lain tidak turut serta semasa demonstrasi. Ini menunjukkan Orang Melayu tidak sedar mereka telah dipergunakan.

Nizar juga dengan jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Perak melalui perbuatan, tindakan dan percakapan beliau antaranya

1. Enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak.
2. Enggan menyerahkan kereta hak milik Kerajaan Negeri Perak.
3. Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan DYMM Sultan.
4. Orang Melayu pertama yang menyembah MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan biadab ini mencemarkan Kedaulatan Raja-raja Melayu
5. Nizar melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar melalui Perkara 47 (1) iaitu melanggar sumpah semasa dilantik menjadi ADUN dengan menyatakan SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN

Persoalan Adakah Nizar Layak menjadi Pemimpin Yang Akan Memperjuangkan Bangsa Melayu, Kedaulatab Raja-raja Melayu, Memelihara Agama Islam dan berlaku adil kepada semua kaum seperti termaktud dalam PERLEMBAGAAN NEGARA????

Thursday, 26 March 2009

Pantun Dua Kerat Untuk YB




Letak ubi di atas akhbar
Wahai YB apa khabar?

Orang Petani pergi JB
Pantun ini untuk YB

Sambil baring pandang awan
YB sering sibuk di dewan

Ajak kawan naik rakit
Kisah di dewan teruk sikit

Datuk penghulu beli senangin
Mengapa selalu naik angin

Sakit bahu tenyeh halia
YB tahu dewan itu mulia

Dicelak tingkap cicak terbunuh
Mengapa sikap tidak senonoh?

Tuan doktor makan timun
Cakap kotor makin hamun!

Anak China pergi Taiwan
Sampai kena keluar dewan!

Tidak perlu lobi-melobi?
Tidak malukah wahai YB?

Bakar jerami di kampung Jabi
Takkan kami nak nasihat YB?

Terubatkah sakit menonton tv?
Sedarlah sikit wahai YB?

Karya
Ismail Restu
Kampung Bujang, Kedah

Wednesday, 25 March 2009

Kenapa Cuti Eliza di Lanjutkan



Harian apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) menyatakan cuti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dilanjutkan kerana masih dalam siasatan polis. Mengapa tidak bersetuju dengan permintaan Elizabeth Wong untuk meletak jawatan adakah pakatan pembangkang takut untuk menghadapi pilihanraya kecil akibat dari tindakan kurang bermoral Elizabeth Wong selaku ahli politik?????

Semasa Nizar Jadi MB


Rentetan Nizar Menjadi MB


Kata Keramat Melayu

Kata-Kata Keramat Orang Melayu

“BERSATULAH SEBAGAI MANA BELUM PERNAH KITA BERSATU DAHULU DAN BERUSAHALAH SEBAGAI MANA BELUM PERNAH KITA BERUSAHA.
TUNJUKKANLAH BAHAWA KITA INI SEBENAR-BENARNYA KETURUNAN DATUK NENEK KITA YANG MENGHADAP BERBAHAYA DENGAN BERSATU HATI”

Dato’ Onn Jaafar 1946


“Kita Mestilah Ada Keberanian, Bertanggungjawab & Berusaha. Hendaklah Ingat Bahawa Dasar-Dasar Itu Mengutamakan Faedah Melayu & Anak Cucu-Cicit Kita Masa Hadapan. Oleh Itu Hendaklah Kita Mengorbankan Tenaga, Harta Benda & Segala-Galanya Untuk Menjalankan Dasar Itu. Janganlah Sampai Kita Dituduh Oleh Keturunan Kita Kelak Bahawa Kita Ini Bacul & Hidup Dengan Sia-sia Sahaja”

Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 27 Ogos 1951

“Bangunlah bangsaku! Bangunlah bangsaku! Tanah dan air ini adalah tanah pusaka kita. Kitalah yang memberikan nilai, kitalah yang akan menentukan maruah dan kedaulatannya. Ingatlah bangsaku! Jangan kalah dalam saingan, perlu menang dalam perjuangan”

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia Ke-5) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September 2004.

Melayu Harus Bersama Untuk Pertahankan Bangsa dan Agama Islam (",)

Tuesday, 24 March 2009

Nizar Calon Bukit Gantang????



Nizar telah menjadi Calon Parlimen Bukit Gantang diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)pada majlis ceramah di Taman Kota Jaya turut hadir samasa pegumuman berkenaan ialah Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) & Azmin Ali (Naib Presiden PKR).

Apa yang jelas permilihan Nizar sebagai Calon Parlimen Bukit Gantang tidak mengikut nasihat Tuan Guru Nik Aziz selaku nakhoda kepada PAS. Tetapi persoalan disini adakah Tuan Guru Nik Aziz masih lagi manjadi Nakhoda seperti yang didakwa beliau 2 atau 3 hari yang lalu???

Pemilihan Nizar tidak menghairankan kerana Sultan Perak beliau boleh derhaka ini pula Tuan Guru Nik Aziz

Pemilihan Nizar juga menunjukkan PAS tidak mempercayai anak tempatan menjadi wakil rakyat atau lebih tepat lagi PAS tidak mempunyai calon yang benar-benar layak hingga penderhaka Sultan turut menjadi calon.

Persoalan berikut harus dilihat siapa sebenarnya Nakhoda PAS sebenar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang??

KETUANAN MELAYU DAN SEMANGAT PERKONGSIAN KUASA


Pandangan Pemimpin Kaum India
Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do ? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens... As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”


Pandangan Pemimpin Kaum Cina
Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Monday, 23 March 2009

Apa Dosa Kanak-Kanak ini???


Selepas Tabika KEMAS di Balik Pulau, Pulau Pinang dirantai dan dimangga bulan lalu, kini 32 kanak-kanak di Taman Rakyat Mergong menerima nasib yang sama dan terpaksa belajar bawah panas terik cahaya matahari. Apa yang belaku selepas seminggu sekolah ditutup Tabika KEMAS telah diambil alih oleh Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong.

Apa yang jelas tabika KEMAS ini beroperasi selama 13 tahun dan sudah pasti menghasilkan ramai anak-anak Bangsa Melayu yang pandai membaca, mengira dan menulis.

Lebih menghairankan apabila pihak Pengurusan Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong mendakwa pihak pentadbiran KEMAS gagal menjelaskan bil-bil prasarana dan sewa bangunan. Apa yang berlaku penutupan Tadika KEMAS ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh parti DAP, Pas & PKR.

Kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS mengapa ini berlaku sedangkan kebanyakkan yang belajar di Tadika berkenaan adalah anak-anak Bangsa Melayu dan adalah amat hairan apabila Menteri Besar Kedah yang berbangsa Melayu ini tidak memahami akan Bangsa melayu sendiri.

Jangan jadikan anak-anak pewaris negara ini mangsa politik

Friday, 20 March 2009

Majlis Peguam & Kalimah Allah SWT


Pada baru-baru ini Majlis Peguam telah mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu. Tindakan Majlis Peguam ini telah mendatangkan subjudis kerana pengunaan kalimah itu masih lagi belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi

Tindakan undang-undang yang cuba diambil oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)adalah amat bertepatan dan harus disokong kerana apa yang jelas Majlis Peguam telah melanggar undang-undang agama Islam Selangor yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran Di kalangan Orang Islam) 1998 Seksyen 9 menyatakan "adalah satu kesalahan sekiranya ada mana-mana orang sama ada Islam atau bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam memperihalkan kepercayaan sesuatu agama bukan Islam".

Menurut Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa (Pengerusi MAIS) pengunaan kalimah itu oleh badan berkenaan dikhuatiri boleh menggugat sensitiviti umat Islam.

Adalah amat menghairankan apabila Majlis Peguam membuat tinjauan berkenaan sedangkan ramai peguam-peguam yang ada dalam Majlis tersebut dan yang sudah pastinya mereka lebih arif dengan undang-undang.

Majlis Peguam seharusnya lebih bersifat "Neutral" selagi keputusan tidak buat oleh Mahkamah Tinggi kerana tindakan majlis Peguam amat tidak profesional. Diharapkan agar Majlis peguam lebih rasional dan berhati-hati.

Dewakampung sayang perpaduan kaum

Thursday, 19 March 2009

Haji Hadi Buat Nik Aziz Murka



Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melontarkan kemarahan dan membidas tindakan Hj. Hadi Awang (Presiden PAS) yang mencadangkan kerajaan campuran PAS dan BN. Nik Aziz dengan tegas menyatakan tindakan Hj Hadi telah membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh pada Ogos 2008 yang menolak usul pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Nik Aziz mendakwa itu adalah kenyataan peribadi Hj. Hadi dan satu mesyuarat khas harus diadakan bagi membincangkan perkara itu. Antara kata-kata Nik Aziz ialah "Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju. Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan Pas ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin,"

Apa yang jelas cadangan Hj. Hadi mendapat persetujuan Dewan Pemuda Pas Pusat, tetapi apa yang menghairankan YB Lim Guan Eng(Setiausaha Agung DAP) mahu Hj. Hadi memberi penjelasan berhubung cadangan pembentukkan kerajaan campuran BN.



Persoalan yang jelas disini, kenapa Nik Aziz bergitu murka kepada cadangan Hj. Hadi sedangkan cadangan itu baik kepada kesinambungan ketuanan Melayu dan perjuangan Bangsa Melayu dan adalah amat hairan nada Tuan Guru Nik Aziz senada dengan YB Lim Guan Eng...apa sudah jadi dengan Tuan Guru PAS?????

Thursday, 12 March 2009

Pembangkang Keluar Dewan Rakyat

Semasa sidang Parlimen berlansung kelihatan Ahli Parlimen Pembangkang telah keluar dari Dewan Rakyat sebelum jam 4.00 petang semasa YAB Timbalan Perdana Menteri membentangkan pakej RM 60 bilion ransangan ekonomi negara. Ahli Parlimen Pembangkang keluar seorang demi seorang, persoalan yang perlu difikirkan mengapa ini berlaku?. Adakah ini satu kebetulan atau perancangan? hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui

Jelas dilihat pakatan pembangkang hanya mementingkan politik asahaja tanpa memikirkan kesan kejatuhan ekonomi negara adakah ini pemimpin. Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dan perlu menasihati anak buah anda dengan abaikan perbalahan politik seketika dan bersama-sama kerajaan memikirkan cara untuk memulihkan ekonomi negara.

Kelihatan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pembangkang adalah satu sikap kurang prihatin dan adalah perlu Ahli Parlimen pembangkang menjadi wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Ingatlah jawatan yang dipikul adalah amanah dan dewa kampung sebagai rakyat Malaysia memohon agar setiap Ahli Parlimen lebih prihatin dan bertanggungjawab

Kekebalan Ahli Parlimen Adakah Perlu?????



Semalam YB Ibrahim Ahli (Ahli Parlimen Bebas Kawasan Pasir Mas) mencadangkan di dalam Dewan Rakyat yang mulia agar kekebalan Ahli Parlimen ditarik balik agar Ahli Parlimen lebih bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan.

Walaupun Malaysia mempunyai Akta Hasutan adalah jelas menunjukkan ia seakan-akan tidak mencukupi bagi mengawal keceluparan mulut-mulut Ahli Parlimen samada dari Parti Pembangkang atau Parti Kerajaan.

Cadangan YB Ibrahim Ali sewajarnya disokong oleh setiap Ahli Parlimen kerana apabila kekebalan ditarik balik maka Karpal Singh (Ahli Parlimen DAP) tidak akan mengucapkan perkataan “CELAKA” lagi. Bergitu juga dengan Ahli Parlimen yang lain.

Adalah amat memalukan apabila Ahli Parlimen boleh mengucapkan perkataan yang tidak wajar dan ia ditonton oleh masyarakat dan seharusnya setiap Ahli Parlimen mempunyai Akauntabiliti, Intergriti dan Etika semasa berbahas atau dari segi tingkah-laku kerana mereka merupakan “public figure”.

Selain dari Akauntabiliti, Intergriti dan Etika, sikap moral yang tinggi amat diperlukan bagi setiap Wakil Rakyat dan ia merupakan perkara yang wajib dipatuhi walaupun berbogel di rumah sendiri seperti kes Elizabeth Wong (Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Kawasan Bukit Lanjan) yang gambarnya ditangkap dalam keadaan separuh bogel seperti tersebar di Internet.



Persoalan Etika Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan dan ADUN Pulau Melaka) harus dilihat kembali apabila Tuan Guru menyatakan Eliza harus dilindungi

Dewa Kampung pening memikirkan pemimpin masa kini......

Wednesday, 11 March 2009

Siapa Pemusnah Bangsa Melayu


Raja Dr. Nazrin Shah (Raja Muda Perak) bertitah dan mengingatkan orang Melayu kewujudan usaha radikal oleh pihak tertentu yang ingin mengubah resipi kekuatan Bangsa Melayu yang terdiri dari faktor, bahasa dan budaya. Ketiga-tiga elemen ini terletak di bawah naungan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan terkandung termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Konteks kekuatan Bangsa Melayu merujuk kepada elemen penyatuan bangsa tetapi apa yang berlaku pada hari ini apabila Bangsa melayu sendiri yang mahu meruntuhkan institusi Melayu.

Jelas menunjukkan survival bangsa Melayu akan terancam apabila tradisi dan institusi Melayu tidak dihormati. Ini berlaku apabila pemimpin dan generasi muda pada hari ini cetek latar belakang sejarah keagongan dan ketuanan Melayu.

Apabila pemimpin Melayu sendiri tidak menghormati Institusi Raja-Raja seperti apa yang dilakukan oleh Nizar (Pemimpin dalam PAS) yang jelas menentang Kedaulatan DYMM Sultan Perak apakah lagi bangsa lain, maka tidak hairan apabila ada pemimpin dari Parti pembangkang yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam mahu menyaman DYMM Sultan Perak.

Jika keadaan ini berterusan Bangsa Melayu hanya tinggal nama dan tidak mustahil hanya tinggal nama sahaja. Kepada Pemimpin-peminpin Melayu jangan kerana dok gila kuasa hingga sanggup memperjudikan nasib anak Bangsa Melayu.

GMP dan PPSMI


Baru-baru ini sekelompok manusia terutamanya Orang Melayu mengadakan demostrasi membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menurut Datuk Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi Gerakan Memasuhkan Pendidikan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) atau lebih dikenali dengan nama GMP menyatakan misi mereka adalah mahu kerajaan memansuhkan PPSMI kerana ia merosakan perkembangan Bahasa Melayu serta Bahasa Ibunda.

Datuk Dr. Hassan Ahmad menyatakan tiada dalang dalam perhimpunan GMP dan bukan sebagai alat tunggangan politik, tetapi beberapa persoalan harus dijawab oleh GMP
1. Mengapa terdapat ramai ahli-ahli politik dari PKR & PAS semasa demostrasi berkenaan??
2. Mengapa GMP tidak membantah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang secara jelas meminggirkan Bahasa Melayu melalui papan tanda??
3. Dan mengapa selepas 6 tahun dilaksanakan baru terdapat bangkangan apabila kerajaan Barisan Nasional menang dengan Majoriti Mudah pada pilihanraya 2008.

Seharusnya GMP melihat dari sudut yang lebih luas bukankah penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik & Sains ini akan mendatangkan impak yang baik kepada Bangsa Melayu sendiri terutamaya generasi muda. Sukacita diingatkan disini kebanyakkan subjek Sains dan Matematik serta rujukkan-rujukkan dalam Bahasa Inggeris. Bukankah ini akan memudahkan pembelajaran anak-anak Melayu semasa menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Seharusnya GMP melihat anak-anak luar bandar terutama Melayu & Bumiputra beberapa ramaikah yang pandai berbahasa Inggeris, dengan penggunaan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris saya melihat ini akan membantu anak-anak luar bandar menguasai Bahasa Ingeris dengan lebih cepat.

GMP menyatakan PPSMI menyebabkan perkembangan Bahasa Melayu dalam Teknologi akan tersekat adalah satu alasan yang tidak matang. Saya berpendapat Bahasa Melayu tidak akan hilang kerana subjek Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Moral, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan lain-lain semua diajar dalam Bahasa Melayu.. Persoalan yang disini apa yang menyekat perkembangan Bahasa Melayu???

Jika GMP benar-benar memperjuangankan Bahasa Melayu saya ingin mencadangkan kepada Datuk Dr. Hassan Ahmad dan seluruh ahli GMP agar mencabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang secara jelas meminggirkan Bahasa Melayu sedangkan ia termaktud dalam Perlembagaan Negara melalui Perkara 152 (1).

DEWA KAMPUNG MAHU BANGSA MELAYU MENJADI BANGSA YANG HEBAT

Monday, 9 March 2009

Nizar Menghina Ketuanan Melayu


Gambar di atas menunjukkan Nizar bersama Lim Kit Siang (DAP), Ngeh Koo Ham (DAP), V. Sivakumar (Speaker DUN Perak yang tidak sedar diri)dan S.Kulasegaran menyertai upacara meletakkan tanda peringatan dan menanam pokok di Lebuh Istana di sini. Pokok ini ditaman kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar dengan megah menyatakan peletakkan batu tanda di bawah pokok serta tanam lima batang pokok bertujuan memperingati peristiwa persidangan DUN dibawah pokok.

Nizar bersama Pakatan pembangkang ingin mengemukkan 3 usul yang dibentang kepada DYMM Sultan Perak iaitu:-
1. Menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

2. Mencadangkan supaya DYMM Sultan Perak perkenankan DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya negeri

3. Sahkan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, YAB Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Sukacita diingatkan kepada Nizar dan Pakatan pembangkang yang bodoh berkenaan undang-undang dan peraturan. Jika dilihat dari Undang-undang Tubuh Negeri Perak Perkara 16(6) memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Manakala menurut perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan kuasa melantik seorang Menteri Besar terletak di bawah kuasa mutlak DYMM Sultan Perak

Apa dibuat oleh Nizar menyusahkan rakyat, menghina DYMM Sultan Perak serta mencabar Institusi & Kedaulatan Raja.

Nizar jangan jadi manusia yang angkuh, bongkak serta taksud dengan kuasa dan diingatkan di sini bahawa Nizar perlu sedar bahawa beliau telah dipermainkan oleh DAP dan PKR.

Dewakampung Sayang Bangsa MELAYU & agama ISLAM

Sunday, 8 March 2009

Perkataan Allah, PAS sendiri pun keliru

YB Tuan Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen PAS Kawasan Baling) yang juga merupakan bekas Iman Besar Masjid Negara berbahas dalam Parlimen perkataan nama Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana Allah didalam kepercayaan Agama Islam hanya satu bukan nya seperti kepercayaan agama lain yang tuhan mempunyai anak.

Perjelasan yang diberikan oleh YB Tuan Taib Azamudden Mat taib ini adalah selari dengan keputusan Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional terutama UMNO, Ketua Pengarah JAKIM, Majlis Fatwa Kebangssan serta seluruh rakyat Malaysian yang beragama Islam dan berbudaya Melayu.

Adalah amat hairan apabila orang besar PAS iaitu Tuan Guru Dato' Nik Aziz menyatakan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh semua agama. Dukucita apabila Melayu yang beragama Islam seperti YB Dr.Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen PAS kawasan Kuala Selangor) & YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Kawasan Shah Alam) memberi pendapat yang berlainan atau pendapat tersebut agar selari dengan Nik Aziz.

YB Dr. Dzulkefly menyatakan perkataan Allah tidak harus timbul kerana diakui dalam Al-Quran kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam manakala YB Khalid mendakwa dalam Al-Quran menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Jika pada hari ini perkataan Allah SWT hanya digunakan oleh orang Islam dan menunjukkan tuhan yang Maha Agong dan Satu, manakala bagi orang bukan beragama Islam contohnya Hindu kebanyakkan tuhan bernama Dewa.

Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah kekeliruan yang akan wujud dikalangan generasi muda pada masa hadapan jika perkataan Allah digunakan untuk semua agama maka genarasi muda pada masa hadapan akan bertanya Allah yang mana???. Allah Islam atau Allah Kristian. Bukankah itu akan mencentuskan kekeliruan serta secara tidak langsung boleh menyebabkan konflik agama di Malaysia.

Janganlah kerana Politik dan Kuasa Orang melayu beragama Islam sanggup dipergadaikan Agama Islam dan Bangsa Melayu. ini luahan ikhlas dari hamba Melayu beragama islam

Monday, 2 March 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu



Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957

“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan
kami 7 PERKARA yang mana jika kamu
bersatu padu dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”

PERKARA SATU
• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

PERKARA DUA
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.

PERKARA TIGA
• Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.

PERKARA EMPAT
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini

PERKARA LIMA
• Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN

PERKARA ENAM
• Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan

PERKARA TUJUH
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Aparteid & Kenyataan Dr. Boo Cheng Hau


Dr. Boo Cheng Hau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid boleh membangkitkan semangat perkauman di Malaysia. Dilihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Wakil Rakyat berkenaan boleh merosakkan keharmonian negara.

Kenyataan ini menunjukkan dasar sebenar DAP yang suka membangkitkan politik perkauman yang sempit. Jelas menunjukkan DAP tidak belajar dari sejarah berlakunya peristiwa 13 Mei yang berpunca dari kenyataan-kenyataan berbaur perkauman sehingga mencetuskan isu pergaduhan kaum.

Adalah jelas menunjukkan Dr. Boo Cheng Hau tidak memahami sejarah atau lebih tepat tidak mengenali sejarah Malaysia. Persoalan yang boleh dibangkitkan adakah Dr. Boo Cheng Hau benar-benar rakyat Malaysia kerana jika kita melihat sejarah DAP sendiri adalah serpihan dari PAP (Parti yang membentuk kerajaan di Singapura).

Jika dikaji Perlembagaan melalui Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu dan Kaum Bumiputera telah termaktud ia seharusnya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Jelas menunjukkan Dr. Boo Cheng Hau dan DAP agak buta berkenaan Perlembagaan Malaysia.

Di harapkan semua wakil rakyat samada dari Barisan Nasional atau Parti Pembangkang harus memahami sejarah agar isu berbaur perkauman sempit tidak dibangkitkan lagi.

DEWA KAMPUNG SAYANG MALAYSIA