Wednesday, 11 March 2009

GMP dan PPSMI


Baru-baru ini sekelompok manusia terutamanya Orang Melayu mengadakan demostrasi membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menurut Datuk Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi Gerakan Memasuhkan Pendidikan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) atau lebih dikenali dengan nama GMP menyatakan misi mereka adalah mahu kerajaan memansuhkan PPSMI kerana ia merosakan perkembangan Bahasa Melayu serta Bahasa Ibunda.

Datuk Dr. Hassan Ahmad menyatakan tiada dalang dalam perhimpunan GMP dan bukan sebagai alat tunggangan politik, tetapi beberapa persoalan harus dijawab oleh GMP
1. Mengapa terdapat ramai ahli-ahli politik dari PKR & PAS semasa demostrasi berkenaan??
2. Mengapa GMP tidak membantah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang secara jelas meminggirkan Bahasa Melayu melalui papan tanda??
3. Dan mengapa selepas 6 tahun dilaksanakan baru terdapat bangkangan apabila kerajaan Barisan Nasional menang dengan Majoriti Mudah pada pilihanraya 2008.

Seharusnya GMP melihat dari sudut yang lebih luas bukankah penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik & Sains ini akan mendatangkan impak yang baik kepada Bangsa Melayu sendiri terutamaya generasi muda. Sukacita diingatkan disini kebanyakkan subjek Sains dan Matematik serta rujukkan-rujukkan dalam Bahasa Inggeris. Bukankah ini akan memudahkan pembelajaran anak-anak Melayu semasa menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Seharusnya GMP melihat anak-anak luar bandar terutama Melayu & Bumiputra beberapa ramaikah yang pandai berbahasa Inggeris, dengan penggunaan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris saya melihat ini akan membantu anak-anak luar bandar menguasai Bahasa Ingeris dengan lebih cepat.

GMP menyatakan PPSMI menyebabkan perkembangan Bahasa Melayu dalam Teknologi akan tersekat adalah satu alasan yang tidak matang. Saya berpendapat Bahasa Melayu tidak akan hilang kerana subjek Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Moral, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan lain-lain semua diajar dalam Bahasa Melayu.. Persoalan yang disini apa yang menyekat perkembangan Bahasa Melayu???

Jika GMP benar-benar memperjuangankan Bahasa Melayu saya ingin mencadangkan kepada Datuk Dr. Hassan Ahmad dan seluruh ahli GMP agar mencabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang secara jelas meminggirkan Bahasa Melayu sedangkan ia termaktud dalam Perlembagaan Negara melalui Perkara 152 (1).

DEWA KAMPUNG MAHU BANGSA MELAYU MENJADI BANGSA YANG HEBAT

No comments: