HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Tuesday, 31 March 2009
Politik & Guru adakah berbaloi
Saya melihat Cadangan membenarkan Guru bergiat aktif dalam politik harus dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan kerana ia boleh memecahbelah warga pendidik serta kemungkinan besar akan menghasut para pelajar sekolah ini terjadi apabila seorang Guru sangat taksub dengan parti tertentu yang disokong.
Jika pada masa sekarang pun terdapat segelintir guru yang taksud dengan parti tertentu hingga telibat dalam kempen pilihanraya apakah lagi apabila kelonggaran diberi. Saya percaya pelajar sekolah pun akan turut dipolitikkan apabila Guru terbabit tidak bersikap profesional.
Sukacita diingatkan disini bukan semua Guru menyokong kerajaan apa yang jelas dalam perlaksanaan Pembelajaran Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut ditentang oleh segelintir guru ini berdasarkan pengalaman penulis semasa menghadiri jemputan ceramah di salah sebuah sekolah di Lembah Klang sedangkan sebagai penjawat awam seharusnya melaksanakan setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Seharusnya Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat perkara ini dari aspek positif dan negatif sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.
Harap Naib Presiden UMNO menpertimbangkan kembali cadangan tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Tuan,
Taniah satu ulasan yang baik, saya bersetuju dengan tuan bahawa guru seharusnya dipertimbangkan kembali untuk melibatkan diri dalam politik kerana ia kemungkinan besar akan menjejaskan pretasi pelajar atau guru itu sendiri. Saya merasakan Hishammudin seharusnya menilai kembali apa yang diucapkan
Post a Comment