Friday 20 March 2009

Majlis Peguam & Kalimah Allah SWT


Pada baru-baru ini Majlis Peguam telah mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu. Tindakan Majlis Peguam ini telah mendatangkan subjudis kerana pengunaan kalimah itu masih lagi belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi

Tindakan undang-undang yang cuba diambil oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)adalah amat bertepatan dan harus disokong kerana apa yang jelas Majlis Peguam telah melanggar undang-undang agama Islam Selangor yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran Di kalangan Orang Islam) 1998 Seksyen 9 menyatakan "adalah satu kesalahan sekiranya ada mana-mana orang sama ada Islam atau bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam memperihalkan kepercayaan sesuatu agama bukan Islam".

Menurut Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa (Pengerusi MAIS) pengunaan kalimah itu oleh badan berkenaan dikhuatiri boleh menggugat sensitiviti umat Islam.

Adalah amat menghairankan apabila Majlis Peguam membuat tinjauan berkenaan sedangkan ramai peguam-peguam yang ada dalam Majlis tersebut dan yang sudah pastinya mereka lebih arif dengan undang-undang.

Majlis Peguam seharusnya lebih bersifat "Neutral" selagi keputusan tidak buat oleh Mahkamah Tinggi kerana tindakan majlis Peguam amat tidak profesional. Diharapkan agar Majlis peguam lebih rasional dan berhati-hati.

Dewakampung sayang perpaduan kaum

No comments: