Monday 30 March 2009

Nizar sukar ditemui oleh wartawan



Selepas pencalonan di Parlimen Bukit Gantang kebanyakan ramai wartawan melahirkan rasa kecewa dengan sikap Calon PAS iaitu YB Nizar yang sukar ditemui untuk ditemu bual oleh wartawan. Perkara ini turut disokong oleh jentera pilihanraya PAS yang menyatakan untuk sebarang proses sidang akhbar hanya perlu bertanya kepada jentera kerana calon PAS mempunyai agenda lain.

Sikap Nizar ini sangat memalukan dan bukanlah sikap sebenar seorang pemimpin kerana sebagai seorang pemimpin ia perlu mempunyai sikap yang merendah diri, bukannya sombong dan tinggi melangit.

Adalah amat mendukacitakan kerana belum menjadi ahli Parlimen sudah sombong dan membangga diri itu belum lagi menjadi Ahli Parlimen. Sikap Nizar ini mungkin disebabkan sikap angkuh semasa menjadi Menteri Besar Perak sehingga sanggup memohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Ini sangat berbeza dengan Calon Barisan Nasional(BN) yang boleh ditemu-bual oleh wartawan pada bila-bila masa jelas menunjukkan calon BN untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah calon yang tidak sombong dan boleh membantu rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Saya sokong penulisan saudara kerana memang jelas yang Nizar sangat tidak boleh diterima akal kerana sanggup mengadaikan Melayu kerana kuasa politik