Sunday 8 March 2009

Perkataan Allah, PAS sendiri pun keliru

YB Tuan Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen PAS Kawasan Baling) yang juga merupakan bekas Iman Besar Masjid Negara berbahas dalam Parlimen perkataan nama Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana Allah didalam kepercayaan Agama Islam hanya satu bukan nya seperti kepercayaan agama lain yang tuhan mempunyai anak.

Perjelasan yang diberikan oleh YB Tuan Taib Azamudden Mat taib ini adalah selari dengan keputusan Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional terutama UMNO, Ketua Pengarah JAKIM, Majlis Fatwa Kebangssan serta seluruh rakyat Malaysian yang beragama Islam dan berbudaya Melayu.

Adalah amat hairan apabila orang besar PAS iaitu Tuan Guru Dato' Nik Aziz menyatakan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh semua agama. Dukucita apabila Melayu yang beragama Islam seperti YB Dr.Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen PAS kawasan Kuala Selangor) & YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Kawasan Shah Alam) memberi pendapat yang berlainan atau pendapat tersebut agar selari dengan Nik Aziz.

YB Dr. Dzulkefly menyatakan perkataan Allah tidak harus timbul kerana diakui dalam Al-Quran kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam manakala YB Khalid mendakwa dalam Al-Quran menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Jika pada hari ini perkataan Allah SWT hanya digunakan oleh orang Islam dan menunjukkan tuhan yang Maha Agong dan Satu, manakala bagi orang bukan beragama Islam contohnya Hindu kebanyakkan tuhan bernama Dewa.

Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah kekeliruan yang akan wujud dikalangan generasi muda pada masa hadapan jika perkataan Allah digunakan untuk semua agama maka genarasi muda pada masa hadapan akan bertanya Allah yang mana???. Allah Islam atau Allah Kristian. Bukankah itu akan mencentuskan kekeliruan serta secara tidak langsung boleh menyebabkan konflik agama di Malaysia.

Janganlah kerana Politik dan Kuasa Orang melayu beragama Islam sanggup dipergadaikan Agama Islam dan Bangsa Melayu. ini luahan ikhlas dari hamba Melayu beragama islam

1 comment:

Anonymous said...

sdr empunya blog,

perkara ini menunjukkan bhw ianya ada khilaf di situ, lantas masing2 ada pendapat dan hujah sendiri. lantaran itu kita tidak semestinya bersetuju dan menjadi tukang angguk sahaja dalam mengiyakan apa yg dicakap oleh pemimpin.

mmg benar jika dirujuk di dalam AlQuran perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam. namun ianya juga benar apabila ianya digunakan oleh org Kristian di dalam penerbitan mereka ianya akan mengelirukan.

saya amat berharap para pemimpin UMNO/BN juga bukan menjadi tukang angguk shj dlm isu2 spt PPSMI, ISA & Hudud.

-etc-