Tuesday, 28 April 2009

Konsep Adil Ditemui di Pejabat Pos

Semalam Penulis telah pergi ke Pejabat Pos Sepang untuk menghantar surat permohonan jawatan ke sebuah Perbadanan di bawah kerajaan. Semasa memasuki Pejabat Pos berkenaan terdapat ramai rakyat Malaysia berketurunan Cina membeli Saham yang telah ditawarkan oleh kerajaan dan amat menyedihkan tiada seorang pun berbangsa Melayu dan India di Pejabat Pos berkenaan.

Selepas selesai urusan menghantar surat dikaunter pos laju, seorang Cina wanita dalam lingkungan 43 tahun meminta bantuan penulis untuk mengisi borang pembelian saham kerana mendakwa tidak nampak...lalu atas dasar semangat setia kawan rakyat Malaysia dan konsep "Satu Malaysia" yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri serta cuba dipraktikkan oleh penulis maka penulis pun mengisi borang permohonan pembelian saham untuk wanita Cina tadi.

Setelah selesai mengisi bahagian pengenalan diri tibalah masa untuk mengisi jumlah pembelian saham..lalu penulis bertanya berapa jumlah yang hendak dibeli lalu wanita Cina tadi menyatakan RM 100 Ribu.

Setelah keluar dari Pejabat Pos penulis terfikir dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyatakan Selangor tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi apa yang jelas Selangor masih memerlukan DEB berdasarkan pengalaman penulis. Tujuan menulis perkongsian pengalaman ini bukanlah untuk meninggikan atau merendahkan sesuatu bangsa tetapi untuk dikongsi realiti sebenar yang berlaku di Malaysia kerana bagi penulis konsep adil bukanlah sama rata seperti diperjuangkan oleh parti-parti politik tertentu tetapi adil di Malaysia bermaksud saksama dan meletakkan pada yang hak

Adalah diharapkan agar Menteri Besar Selangor memikirkan nasib akan bangsanya sendiri serta memahami konsep adil dan jangan kerana kekuasan dan kerakusan politik hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan dicadangkan agar Menteri Besar Selangor melakukan kaji selidik berapa ramai orang Melayu dan India mampu membeli saham sebanyak RM 100 ribu pada satu-satu masa, maka tidak hairanlah penulis apabila Permodalan Nasoinal Berhad (PNB) menyatakan saham untuk orang Melayu dan India masih banyak.

dewakampung hairan dengan pemimpin sekarang
dewakampung masih berfikir peristiwa semalam

No comments: