Thursday 16 April 2009

Politik dan Pimpinan



Pada dewasa ini dan senario politik masa kini jelas menunjukkan ketidakstabilan dalam negara. Apa yang jelas ketidakstabilan ini mendatangkan impak kepada Bangsa Melayu serta kaum-kaum lain. Sejarah juga menunjukkan orang Melayu telah menjaga hak kaum lain semasa berkuasa dan menghampiri 52 tahun merdeka orang Melayu tidak pernah sekali-kali mengambil hak kaum lain selaras dengan peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi selepas Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12)telah mula kelihatan percubaan mencabar Ketuanan Melayu serta telah mula ada yang mempertikaikan Kontrak Sosial yang selama ini menjamin keharmonian semua kaum di Malaysia. Lebih menyedihkan lagi apabila Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial ini dipertikaikan oleh orang Melayu. Keadaan ini semakin jelas apabila peristiwa kejatuhan Pakatan Rakyat(PR)di negeri Perak.

Kenapakah pemimpin PAS dan PKR sanggup mempersoalkan keputusan DYMM Sultan Perak yang secara jelas melambangkan Kedaulatan dan Keagongan Ketuanan Melayu dan mengapakah Nik Aziz boleh membenarkan orang Cina berceramah menggunakan ayat suci Al-Quraan tanpa menurut hukum sebenar serta mentafsir sesuka-hati dan mempunyai banyak kesalahan demi kepentingan politik Pakatan Rakyat (PR), lupakah Nik Aziz dan seluruh pemimpin serta pengikut PAS dan PKR bahawa ayat suci Al-Quraan itu merupakan kalam Allah SWT.

Ditegaskan jangan sesekali mengadaikan Bangsa Melayu dan Agama Islam hanya semata-mata kepentingan politik dan dinasihatkan agar YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Hj. Hadi Awang dan seluruh pemimpin umat Melayu dalam mana-mana parti politik agar menjaga Bangsa Melayu dan jangan 20 tahun akan datang Melayu hilang di Tanah Melayu seperti apa yang berlaku di Singapura.

Dewakampung sayang Bangsa Melayu dan Agama Islam

No comments: