Monday, 13 April 2009

MIC dan MCA juga harus Berubah



Berdasarkan senario politik masa kini, banyak pihak menyatakan UMNO harus melakukan perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan hinggalah kaedah mendekati pengundi (terutama golongan muda). Tidak dinafikan UMNO harus berubah dengan apa yang berlaku dan wajib melakukan tranformasi. UMNO juga seharusnya melakukan tranformasi dari segi perlantikkan ahli Majlis tertinggi.

Komponen Barisan Nasional (BN) harus berubah terutama MCA dan MIC berdasarkan petunjuk Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU Ke-12) dan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang daripada analisis menunjukkan UMNO tidak mengalami kekalahan teruk semasa PRU Ke-12 dan terdapat peralihan pengundi-pengundi Melayu kepada UMNO semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang tetapi telah berlaku sebaliknya bagi pengundi-pengundi Bukan Melayu dan persoalannya kenapa ini berlaku harus dijawab oleh MCA dan MIC tidak terkecuali Gerakan???

Semasa berada disana penulis dapat melihat bilik gerakan MCA telah tutup pada jam 11.00 malam tetapi bilik gerakan parti lawan beroperasi hingga ke lewat malam, persoalan disini mengapa ini berlaku???.

Seharusnya tranformasi dan anjakan paradigma dalam MCA dan MIC harus dilaksanakan dengan seberapa segera bagi meraih kembali sokongan Bukan Melayu menyokong BN. Ikatan setia kawan dalam BN harus dilaksanakan oleh MCA dan MIC seperti mana perlaksanaan ikatan setia kawan semasa menuntut kemerdekaan.

Penulis turut merasakan keseluruhan parti Komponen BN harus bergerak bersama dan seiring dengan UMNO agar sokongan kepada BN dapat dikembalikan seperti pilihanraya Ke-11 dan menjamin SURVIVAL BN bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 dalam masa empat hingga lima tahun akan datang. Jika ini berjaya dilaksanakan penulis percaya BN akan terus memerintah Malaysia hingga ke hari kiamat.

Bukti menunjukkan hanya kerajaaan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia serta menjaga kepentingan semua kaum berdasarkan prinsip adil dan saksama kerana berdasarkan sejarah BN telah membawa Malaysia hingga ke tahap tertinggi pencapaian negara tanpa wujud perbalahan kaum.

dewakampung sayang Tanah Melayu

No comments: