Sunday 26 April 2009

PAS takut dengan Bayang-Bayang Sendiri



Pelantikan Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor dilihat sebagai petanda awal penguasaan UMNO di negeri itu selepas kejatuhan negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi melalui media rasmi PAS iaitu HarakahDaily.Net menyatakan perlantikan Datuk Seri Najib menunjukkan krisis kepimpinan yang sangat serius dan akan menyebabkan parti UMNO terus tidak diterima masyarakat.

Bagi penulis pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Roslan Shahir Mohd Shahir (Ketua Penerangan PAS Selangor) menujukkan PAS takut dengan bayang-bayang sendiri. Suka cita diingatkan negeri Terengganu pernah dipimpin oleh Presiden UMNO dan hasilnya rakyat negeri Terengganu kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional hingga menyebabkan parti PAS kalah dalam pilihanraya lepas.

Disini menunjukkan bahawa seorang berstatus Perdana Menteri & Presiden UMNO yang merupakan orang nombor satu dalam negara dan parti sanggup menurunkan label sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri yang biasanya hanya dijawat oleh Naib Presiden UMNO, Ahli Majlis Tertinggi atau Menteri Besar negeri terbabit. Disinilah menunjukkan konsep pemimpin turun ke akar umbi telah dilaksanakan dalam UMNO tetapi adakah ini berlaku dalam PAS??.

Jika PAS terlupa negeri Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) jadi tidak perlulah PAS terlalu takut dengan perlantikan Datuk Seri Najib. Seharusnya PAS mempertikaikan keputusan YAB Menteri Besar Selangor yang mengekalkan Exco Kerajaan Negeri yang mempunyai masalah moral dan itu adalah krisis sebenar kepimpinan.

Persoalan disini mengapa PAS tidak kecoh serta menyatakan pendirian persoalan moral yang melanda kepimpinan kerajaan negeri Selangor??. Dimanakah perjuangan Islam yang selalu diwar-warkan oleh PAS?, Penulis merasa hairan dengan PAS era kini kerana amat berbeza jauh dengan PAS diawal penubuhan dan apa yang jelas PAS era kini tiada beza dengan PKR dan DAP

3 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara

Apa yang saudara tulis ini umpama budak kecil yang bodoh

Anonymous said...

taniah dewakampung kerana menulis berdasarkan fakta

-shah-

TAAVEEKUN PERAK said...

NEGARA ISLAM PANDANGAN UMNO DAN PAS
Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Islam?


PAS kata:

"Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama.

UMNO JAWAP

Istilah Negara Islam “al-Dawlah Islamiyyah” atau “al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, “Caliphate and the Great Immate”

(1). Sungguhpun begitu dalam Qur’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala’if


(2) dan juga istilah imam

(3) yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam

(4) Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa

(5) perkataan hukum

(6) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur’an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat

(7) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang

(8) istilah kaum

(9) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura

(10) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah

(11) dan jamaah

(12) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.