Thursday 30 April 2009

H1N1 mula merebak di Malaysia


Negara berada dalam keadaan gempar dan menakutkan apabila H1N1 atau selsema babi sudah ada di Malaysia tanah tumpah negara tercinta. Tetapi penyakit yang dibawa bukan selsema babi, tapi selsema poltik yang macam babi. Menyondol sahaja kerjanya. Menyondol je apa cara pun asalkan matlamat politik tercapai. Nama panjang bagi penyakit selsema politik babi H1N1 di Malaysia dibawa oleh dua vektor politik sondol iaitu Husam 1 Nizar 1.

Si Husam 1 sondol-menyondol dalam PAS, Si Nizar 1 pula menyondol Melayu dan sanggup menyondol(menderhaka)kepada Institusi Kedaulatan Raja-raja Melayu asalkan mendapat jawatan. Memang sangat kuat penyakit selseman politik babi yang mereka berdua bawa, sangat buruk padanya jika penyondolan mereka tidak dihalang. Yang paling penting untuk dihalang vektor utama atau penyondol utama penyakit selsema politik babi. YB Anwar Ibrahim.

Jadi, kini H1N1 sudah semakin menganas mahu membuktikan bahawa mereka setanding AIDS yang tiada vaksin mampu mengubatinya.

Semoga Allah menghindarkan Malaysia dari jangkitan virus selsema babi dan diubati segera jangkitan virus H1N1 versi PAS ini.

Wednesday 29 April 2009

Nizar perlu fahami Lagu Terang Bulan


Senikata lagu Terang Bulan

Dilanjutkan Allah Usianya Sultan,
Adil dan Murah Memerintah Watan,
Ditaati Rakyat Kiri Dan Kanan,
Iman Yang Soleh Allah Kurniakan,
Allah Berkati Perak Ridzuan,
Allah Selamatkan Negeri Dan Sultan


Senikata lagu ini penulis perolehi dari anak jati negeri Perak..maka penulis mula tertanya-tanya dan penuh persoalan dihati adakah bekas Menteri Besar Perak YB Nizar tidak memahami lagu ini. Kalau diperhalusi setiap baris lagu jelas menunjukkan ketaatan rakyat kepada Sultan dan keseluruhan lagu menyatakan agar Allah SWT merahmati dan memelihara DYMM Sultan.

Penulis mula terfikir bukankah Nizar mendendangkan lagu ini dibibir dari kecil hingga besar? dan bukankah seluruh atau sebahagian pemimpin Barisan Pakatan Rakyat menyanyikan lagu ini terutama semasa dibangku sekolah? atau Nizar dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat bukan berasal dari Negeri Perak maka tidak memahami akan lagu tersebut, jika bukan berasal dari Negeri Perak pun seharusnya setiap wakil rakyat yang bertanding di jajahan negeri Perak seharusnya memahami lagu Terang Bulan.

Dengan apa yang berlaku adalah amat memalukan dan seakan-

Tuesday 28 April 2009

Konsep Adil Ditemui di Pejabat Pos

Semalam Penulis telah pergi ke Pejabat Pos Sepang untuk menghantar surat permohonan jawatan ke sebuah Perbadanan di bawah kerajaan. Semasa memasuki Pejabat Pos berkenaan terdapat ramai rakyat Malaysia berketurunan Cina membeli Saham yang telah ditawarkan oleh kerajaan dan amat menyedihkan tiada seorang pun berbangsa Melayu dan India di Pejabat Pos berkenaan.

Selepas selesai urusan menghantar surat dikaunter pos laju, seorang Cina wanita dalam lingkungan 43 tahun meminta bantuan penulis untuk mengisi borang pembelian saham kerana mendakwa tidak nampak...lalu atas dasar semangat setia kawan rakyat Malaysia dan konsep "Satu Malaysia" yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri serta cuba dipraktikkan oleh penulis maka penulis pun mengisi borang permohonan pembelian saham untuk wanita Cina tadi.

Setelah selesai mengisi bahagian pengenalan diri tibalah masa untuk mengisi jumlah pembelian saham..lalu penulis bertanya berapa jumlah yang hendak dibeli lalu wanita Cina tadi menyatakan RM 100 Ribu.

Setelah keluar dari Pejabat Pos penulis terfikir dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyatakan Selangor tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi apa yang jelas Selangor masih memerlukan DEB berdasarkan pengalaman penulis. Tujuan menulis perkongsian pengalaman ini bukanlah untuk meninggikan atau merendahkan sesuatu bangsa tetapi untuk dikongsi realiti sebenar yang berlaku di Malaysia kerana bagi penulis konsep adil bukanlah sama rata seperti diperjuangkan oleh parti-parti politik tertentu tetapi adil di Malaysia bermaksud saksama dan meletakkan pada yang hak

Adalah diharapkan agar Menteri Besar Selangor memikirkan nasib akan bangsanya sendiri serta memahami konsep adil dan jangan kerana kekuasan dan kerakusan politik hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan dicadangkan agar Menteri Besar Selangor melakukan kaji selidik berapa ramai orang Melayu dan India mampu membeli saham sebanyak RM 100 ribu pada satu-satu masa, maka tidak hairanlah penulis apabila Permodalan Nasoinal Berhad (PNB) menyatakan saham untuk orang Melayu dan India masih banyak.

dewakampung hairan dengan pemimpin sekarang
dewakampung masih berfikir peristiwa semalam

Sunday 26 April 2009

PAS takut dengan Bayang-Bayang Sendiri



Pelantikan Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor dilihat sebagai petanda awal penguasaan UMNO di negeri itu selepas kejatuhan negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi melalui media rasmi PAS iaitu HarakahDaily.Net menyatakan perlantikan Datuk Seri Najib menunjukkan krisis kepimpinan yang sangat serius dan akan menyebabkan parti UMNO terus tidak diterima masyarakat.

Bagi penulis pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Roslan Shahir Mohd Shahir (Ketua Penerangan PAS Selangor) menujukkan PAS takut dengan bayang-bayang sendiri. Suka cita diingatkan negeri Terengganu pernah dipimpin oleh Presiden UMNO dan hasilnya rakyat negeri Terengganu kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional hingga menyebabkan parti PAS kalah dalam pilihanraya lepas.

Disini menunjukkan bahawa seorang berstatus Perdana Menteri & Presiden UMNO yang merupakan orang nombor satu dalam negara dan parti sanggup menurunkan label sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri yang biasanya hanya dijawat oleh Naib Presiden UMNO, Ahli Majlis Tertinggi atau Menteri Besar negeri terbabit. Disinilah menunjukkan konsep pemimpin turun ke akar umbi telah dilaksanakan dalam UMNO tetapi adakah ini berlaku dalam PAS??.

Jika PAS terlupa negeri Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) jadi tidak perlulah PAS terlalu takut dengan perlantikan Datuk Seri Najib. Seharusnya PAS mempertikaikan keputusan YAB Menteri Besar Selangor yang mengekalkan Exco Kerajaan Negeri yang mempunyai masalah moral dan itu adalah krisis sebenar kepimpinan.

Persoalan disini mengapa PAS tidak kecoh serta menyatakan pendirian persoalan moral yang melanda kepimpinan kerajaan negeri Selangor??. Dimanakah perjuangan Islam yang selalu diwar-warkan oleh PAS?, Penulis merasa hairan dengan PAS era kini kerana amat berbeza jauh dengan PAS diawal penubuhan dan apa yang jelas PAS era kini tiada beza dengan PKR dan DAP

Saturday 25 April 2009

Kedai Runcit, Anwar & Raja Petra


Raja Petra menyatakan Anwar Ibrahim menguruskan PKR seperti kedai runcit dan bukannya seperti Pasar Raya Besar yang sedang berkembang..Persoalan disini adakah Raja Petra bermaksud PKR umpama sebuah perniagaan??

Jika ini dimaksudkan adalah amat malang bagi pengikut PKR dan dinasihatkan agar pengikut PKR keluar dari Parti itu dan merenung kembali perjuangan mereka kerana Anwar hanya mengedalikan parti ini seorang diri.

dewakampung mencadangkan agar merujuk http://www.mstar.com.my bagi mendapatkan maklumat lebih ditel dan rujuk kenyataan yg diambil



Wednesday 22 April 2009

Camry Di Lelong


Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin (satu kenyataan dalam Utusan On-line)

Taniah kepada Kerajaan Perak kerana telah melakukan satu tindakan yang bagus serta mengelakkan pembaziran wang rakyat, Sesungguhnya usaha dan tindakan ini harus dipuji kerana Malaysia sendiri ada mengeluarkan kereta Nasional iaitu Perdana, Waja, Wira, Persona, Exora dan kesemua kereta tadi adalah sesuai dijadikan kereta rasmi Kerajaan Negeri jadi apa kejadahnya Nizar membeli Toyata Camry hingga menyebabkan pengaliran keluar wang rakyat kepada negara luar?

Sesungguhnya Nizar perlu memahami konteks pengurusan Ekonomi sesuatu Kerajaan dan jangan hanya sibuk berpolitik hingga pengurusan serta perbelanjaan wang negeri dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Taniah juga diucapkan kepada YAB Menteri Besar Perak kerana melakukan tindakan yang bijak. Sesungguhnya usaha YAB telah membuka mata rakyat Perak bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat hanya tahu melakukan pembaziran dan tiada semangat Nasionalisme cintakan negara

Dewakampung sanyang Malaysia

Tuesday 21 April 2009

PAS Sanggup Gadaikan Kestabilan Negara



Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.

''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan..Satu kenyataan angkuh PAS dalam utusan on-line
.

Jelas menunjukkan PAS sangup mengadaikan kestabilan negara dan Ketuanan Melayu dmi kepentingan politik. Sedarkah PAS apa yang dilakukan ini akan merosakkan Negara, Agama, Bangsa dan Keturunan Melayu.

Mengapa PAS bergitu angkuh dan taksub dengan kuasa, seharusnya PAS bermuhasabah dan merenung kembali perjalanan poltik PAS kerana jelas sudah tersasar jauh dari nilai-nilai Islam kerana konsep taat kepada pemimpin seperti dianjurkan Islam pun PAS tidak ikuti.

Dewakampung Hairan dengan PAS??, Apa Nik Aziz Buat??

Friday 17 April 2009

Penanti Satu Perancangan



Satu lagi Pilihanraya Kecil Penanti akan berlaku dengan perletakkan jawatan Fairuz (ahli PKR). Pilihanraya kecil ini boleh dikatakan satu perancangan kotor PKR bagi menunjukkan yang rakyat menyokong PKR sebelum berlangsung Pilihanraya Umum Ke-13. Boleh dikatakan strategik ini menghabiskan duit rakyat kerana punca berlakunya pilihanraya kecil ini disebabkan perletakkan jawatan wakil rakyat PKR, jika dilihat ia bermula dengan Pilihnaraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Pilihanraya Bukit Selambau dan diikuti Pilihanraya Kecil Penanti.

Jelas menunjukkan PKR bukanlah parti yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat kerana kesemua wakil rakyat yang dipilih tidak menjalankan tugas dengan baik serta secara jelas mengkhinati amanah yang telah rakyat berikan. PKR juga hanya mementingkan kuasa politik sahaja hingga sanggup mengadaikan nasib rakyat

Seharusnya rakyat sedar akan permainan politik kotor PKR dan tidak tertipu dengan perancangan ini...

Thursday 16 April 2009

Politik dan Pimpinan



Pada dewasa ini dan senario politik masa kini jelas menunjukkan ketidakstabilan dalam negara. Apa yang jelas ketidakstabilan ini mendatangkan impak kepada Bangsa Melayu serta kaum-kaum lain. Sejarah juga menunjukkan orang Melayu telah menjaga hak kaum lain semasa berkuasa dan menghampiri 52 tahun merdeka orang Melayu tidak pernah sekali-kali mengambil hak kaum lain selaras dengan peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi selepas Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12)telah mula kelihatan percubaan mencabar Ketuanan Melayu serta telah mula ada yang mempertikaikan Kontrak Sosial yang selama ini menjamin keharmonian semua kaum di Malaysia. Lebih menyedihkan lagi apabila Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial ini dipertikaikan oleh orang Melayu. Keadaan ini semakin jelas apabila peristiwa kejatuhan Pakatan Rakyat(PR)di negeri Perak.

Kenapakah pemimpin PAS dan PKR sanggup mempersoalkan keputusan DYMM Sultan Perak yang secara jelas melambangkan Kedaulatan dan Keagongan Ketuanan Melayu dan mengapakah Nik Aziz boleh membenarkan orang Cina berceramah menggunakan ayat suci Al-Quraan tanpa menurut hukum sebenar serta mentafsir sesuka-hati dan mempunyai banyak kesalahan demi kepentingan politik Pakatan Rakyat (PR), lupakah Nik Aziz dan seluruh pemimpin serta pengikut PAS dan PKR bahawa ayat suci Al-Quraan itu merupakan kalam Allah SWT.

Ditegaskan jangan sesekali mengadaikan Bangsa Melayu dan Agama Islam hanya semata-mata kepentingan politik dan dinasihatkan agar YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Hj. Hadi Awang dan seluruh pemimpin umat Melayu dalam mana-mana parti politik agar menjaga Bangsa Melayu dan jangan 20 tahun akan datang Melayu hilang di Tanah Melayu seperti apa yang berlaku di Singapura.

Dewakampung sayang Bangsa Melayu dan Agama Islam

Monday 13 April 2009

MIC dan MCA juga harus Berubah



Berdasarkan senario politik masa kini, banyak pihak menyatakan UMNO harus melakukan perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan hinggalah kaedah mendekati pengundi (terutama golongan muda). Tidak dinafikan UMNO harus berubah dengan apa yang berlaku dan wajib melakukan tranformasi. UMNO juga seharusnya melakukan tranformasi dari segi perlantikkan ahli Majlis tertinggi.

Komponen Barisan Nasional (BN) harus berubah terutama MCA dan MIC berdasarkan petunjuk Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU Ke-12) dan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang daripada analisis menunjukkan UMNO tidak mengalami kekalahan teruk semasa PRU Ke-12 dan terdapat peralihan pengundi-pengundi Melayu kepada UMNO semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang tetapi telah berlaku sebaliknya bagi pengundi-pengundi Bukan Melayu dan persoalannya kenapa ini berlaku harus dijawab oleh MCA dan MIC tidak terkecuali Gerakan???

Semasa berada disana penulis dapat melihat bilik gerakan MCA telah tutup pada jam 11.00 malam tetapi bilik gerakan parti lawan beroperasi hingga ke lewat malam, persoalan disini mengapa ini berlaku???.

Seharusnya tranformasi dan anjakan paradigma dalam MCA dan MIC harus dilaksanakan dengan seberapa segera bagi meraih kembali sokongan Bukan Melayu menyokong BN. Ikatan setia kawan dalam BN harus dilaksanakan oleh MCA dan MIC seperti mana perlaksanaan ikatan setia kawan semasa menuntut kemerdekaan.

Penulis turut merasakan keseluruhan parti Komponen BN harus bergerak bersama dan seiring dengan UMNO agar sokongan kepada BN dapat dikembalikan seperti pilihanraya Ke-11 dan menjamin SURVIVAL BN bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 dalam masa empat hingga lima tahun akan datang. Jika ini berjaya dilaksanakan penulis percaya BN akan terus memerintah Malaysia hingga ke hari kiamat.

Bukti menunjukkan hanya kerajaaan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia serta menjaga kepentingan semua kaum berdasarkan prinsip adil dan saksama kerana berdasarkan sejarah BN telah membawa Malaysia hingga ke tahap tertinggi pencapaian negara tanpa wujud perbalahan kaum.

dewakampung sayang Tanah Melayu

Sunday 12 April 2009

Barisan Kabinet YAB Najib



Perlantikan Kabinet pada kali ini banyak menunjukkan kesungguhan dan ketegasan YAB Perdana Menteri bagi merealisasikan hasrat "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Ini dibuktikan beberapa orang digugurkan kerana terlibat dengan pelbagai imej tidak bersih serta akan menjadi bebanan kepada Kerajaan Persekutuan dan penulis percaya rakyat akan mula mempercayai kabinet ini kerana yang perlu digugurkan-digugurkan, yang perlu diketepikan-diketepikan dan yang perlu dikekalkan-dikekalkan.

Kesungguhan YAB Perdana Menteri dibuktikan lagi dengan penguatkuasaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan diharapakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dapat membantu YAB Perdana Menteri melaksanakan tugas ini kerana ia merupakan petunjuk penting kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri serta akan memberi keyakinan rakyat kepada kerajaan, Ingatlah Pilihanraya Umum Ke-13 menentukan nasib kerajaan Barisan Nasional (BN).

Adalah dihasratkan agar Barisan Kabinet yang dilantik memainkan peranan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Tindakan ini harus disokong oleh Ahli-ahli Parlimen BN, seharusnya tiada istilah terkilan sekiranya tiada wakil dalam Barisan Kabinet walaupun memenangi dengan cemerlang dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Disinilah menunjukkan kesetiaan dan ketaataan Pengerusi Bahagian kepada pemimpin.

Kepada Barisan Kabinet yang baru dilantik harap dapat menjalankan tugas dengan baik kerana ia merupakan amanah Allah SWT.

Wednesday 8 April 2009

1 BN, 1 PAS, 1 PKR



Tiga pilihanraya kecil baru berlangsung dimana 2 dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) dan 1 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), kekalahan BN bukan disebabkan rakyat membenci kerana jika dilihat terdapat peningkatan undi kepada BN.

Kemungkinan besar beberapa perkara perlu dianalisis oleh BN dan mungkin juga antara faktor-faktor penyumbang kekalahan BN adalah seperti berikut terutama di Kawasan Parlimen Bukit Gantang antaranya

i. Dahulu UMNO adalah parti yang sangat kuat kerana semua ahli bersama dan bersatu-padu, tetapi apa yang berlaku kebanyakkan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO. Apa yang perlu, UMNO harus mencari semula kekuatan dahulu dengan lebih memberi ruang dan peluang kepada generasi muda menjadi ahli UMNO serta memberi ruang kepada mereka melibatkan diri dalam politik secara langsung.

ii. Jentera PR di Parlimen Bukit Gantang dikatakan dua ganda lebih besar daripada jentera BN. Disini saja dapat dilihat bahawa mengundi PR telah menang. Ini bermakna jika dibuat perkiraan mudah, jentera BN baru hendak bermula berkempen PR telah berjaya memancing pengundi.

iii. Kekalahan BN tidak menunjukkan ianya satu keputusan yang berpihak kepada PR kerana majoriti kemenangan adalah kecil. Jika ada usaha yang lebih kuat undi ini pada bila-bila masa boleh berpihak kepada BN.

iv. Kemenangan Ketua Pemuda UMNO tidak mencerminkan kemahuan akar umbi, persoalan disini bagaimana orang yang mendapat pencalonan tinggi dari akar umbi boleh kalah ?, Keadaan ini membuatkan akar umbi tidak mahu bergerak untuk memastikan kemenangan di pihak BN kerana merasa dikhianati.

v. Persoalan disini nampaknya perwakilan UMNO kenyang di perwakilan sahaja tetapi masih tidak sedar dengan realiti politik semasa.

dewakampung sayang Malaysia

Tuesday 7 April 2009

Kenyataan Tian Chua oleh harakahdaily.net.



Satu lagi BUKTI NYATA bentuk fitnah dan pertuduhan yang dibuat oleh Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) kepada Dato’ Seri Najib yang turut disiarkan di dalam laman harakahdaily.net. Adalah amat menghairankan apabila harakahdaily.net sanggup bersubahan dalam menyiarkan fitnah yang dilemparkan oleh Tian Chua, adakah editor harakahdaily.net tidak memahami dosa orang yang membuat fitnah???.

Seharusnya pihak Pembangkang berterima kasih dengan Dato’ Seri Najib kerana membebaskan Harakah dan Suara KeADILan dari pergantungan selama tiga bulan, bukannya terus melemparkan pelbagai tuduhan ini bukan merupakan budaya orang Timur. Dicadangkan agar Tian Chua belajar adap sopan sebagai seorang rakyat Malaysia yang tahu untuk berterima kasih kepada pemimpin negara dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.

Adalah lebih wajar sekiranya pihak pembangkang melihat dulu gaya dan corak kepimpinan Dato’ Seri Najib dan selepas itu barulah mengeluarkan kenyataan berdasarkan BUKTI DAN FAKTA bukannya retorik dan pembohongan yang dilemparkan

dewakampung harap pemimpin pakatan rakyat berubah!!!!!!!

Monday 6 April 2009

Orang Kanan PKR Letak Jawatan



Satu tamparan kepada Anwar Ibrahim yang dengan jelas menunjukkan orang kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba merupakan Pengerusi telah meletak jawatan. Ini merupakan bukti nyata PKR sudah tidak mendapat kepercayaan ahli PKR serta rakyat kerana sikap Pemimpin PKR yang hanya tahu berceramah serta terlalu beretorik tanpa membuat tugas sebagai wakil rakyat dan adalah dicadangkan parti ini dikuburkan sahaja.

Hidup Melayu

Sunday 5 April 2009

Kalimah Allah & Ucapan Anwar Ibrahim



Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) menyatakan Anwar Ibrahim tidak seharusnya membangkitkan kalimah Allah SWT kerana ia melibatkan sensitiviti Islam dan Bangsa Melayu. Harussani turut mendakwa Kalimah Allah SWT bukan untuk “suka-suka”.

Penulis melihat Anwar Ibrahim membangkitkan Kalimah Allah adalah tindakan yang tidak boleh diterima dan tidak harus dimaafkan. Seharusnya Anwar Ibrahim sebagai seorang penganut Agama Islam faham sensitiviti ini.

Adalah tidak sangka Anwar Ibrahim sebagai seorang Penganut Agama Islam dan Berbangsa Melayu sanggup berbuat demikian semata-mata untuk meraih sokongan politik. Seharusnya sebagai Penasihat PKR harus memahami sensitivi Islam dan Bangsa Melayu.

Adalah amat mendukacitakan apabila Anwar Ibrahim sanggup menuduh UMNO yang menyebabkan Kalimah Allah tidak boleh digunakan. Persoalan disini adakah Anwar Ibrahim faham kalimah tersebut berkaitan dengan agama Islam. Penulis berpendapat Anwar Ibrahim tidak layak menyatakan demikian kerana beliau bukannya Ustaz dan mengapa semasa duduk dalam UMNO Anwar Ibrahim tidak menyatakan demikian....

Ini menunjukkan senario orang yang mabuk kuasa dan pangkat, sedarkah Anwar Ibrahim kenyataan semasa ceramah beliau boleh mengundang persengketaan di Malaysia.

dewakampung sayang Islam, Melayu dan negara Malaysia

Friday 3 April 2009

Taniah PM Ke-6 & Selamat Bertugas



Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah meletak jawatan. Upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri telah diadakah di Istana Negara dan di hadapan YDP Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Penulis akan mendoakan Datuk Seri Selamat Menjalankan Tugas sebagai Perdana Menteri dan terus membawa Malaysia ke mercu dunia serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu serta kaum-kaum yang lain. Itu lah harapan saya selaku generasi muda kepada Datuk Seri

Semoga Allah SWT memberkati kepimpinan dan pemerintahan Datuk Seri
Amin

Kenyataan Angkuh PKR



Kenyataan angkuh yang dikeluarkan oleh Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) dengan menyatakan. “Jika dikira secara matematik pun, tidak ada keberangkalian calon Bebas akan menang pada pilihan raya di sini,” kata Tian Chua, selain itu juga kehadiran calon Bebas yang banyak akan mengurangkan undi PKR

Daripada kata-kata Tian Chua ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR diambang kejatuahan serta tidak berupaya untuk memdukong aspirasi rakyat. Kenyataan ini menunjukkan PKR merayu agar calon Bebas menarik diri dari pertandingan dengan memberi laluan mudah kepada PKR ini merupakan bukti PKR takut dengan bayang-bayang sendiri.

Thursday 2 April 2009

Pakatan Rakyat memahami Undang-undang


Diharapkan agar Pakatan Rakyat jelas mengenai peruntukan Undang-undang yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan negara. Sudah cukup menjadi seperti ANJING MENYALAK BUKIT. Rakyat sudah bosan dengan permainan politik pembangkang

Wednesday 1 April 2009

Wajarkah Nizar menjadi Ahli Parlimen



Orang Melayu kawasan Parlimen Bukit Gantang seharusnya berfikir dengan lebih matang kerana apa yang jelas Nizar adalah penderhaka kepada DYMM Sultan Perak. Selain itu Nizar turut memberikan 999 tanah kepada bukan Melayu dan mengapa tanah 999 tahun ini tidak diberikan kepada Orang Melayu.

Dengan jumlah pecahan 63.48 % pengundi Melayu, seharusnya orang Melayu perlu sedar akan nasib anak cucu-cicit pada masa akan datang. Ingat Nizar pernah derhaka kepada DYMM Sultan Perak sedangkan apa yang jelas DYMM Sultan Perak merupakan Ketua Negeri, Ketua Agama Islam dan adat-istiadat Melayu sanggup Nizar menderhaka, persoalan disini adakah Nizar akan mohon sembah derhaka kepada YDP Agong yang merupakan kepala pemerintah negara Malaysia apabila menjadi Ahli Parlimen kelak…

sama-sama kita fikirkan, demi negara tercinta.